7 tip awal sebelum memulakan pelaburan.

1. Mulakan melabur dalam ilmu. Beli buku, datang seminar, datang kursus dan lain-lain. Mentor kami berpesan, jika mahu melabur dalam hartanah, baca sekurang-kurangnya 10 buah buku tentang hartanah. Lebih banyak lebih baik.

2. Disiplinkan membuat simpanan sebelum mengambil risiko melabur. Jika simpanan pun tak berapa hendak boleh buat, jangan harap hendak membuat untung dengan melabur. Pelaburan sejuta kali lebih sukar dari menyimpan.

12292-NO8JQE

 

3. Selesaikan hutang-hutang jahat seperti hutang kad kredit, hutang personal loan, hutang court mammoth, hutang kereta kedua, hutang kereta baru yang tukar dua tiga tahun sekali, hutang kutu, hutang sontot dan sebagainya. Kalau hutang keliling pinggang, nanti anda akan melabur dengan penuh emosi.

1

4. Cukupkan simpanan sebanyak bersamaan 3 ke 6 bulan gaji. Selepas cukup simpanan tersebut, barulah mulakan simpanan menggunakan wang lebihan simpanan bukan wang simpanan.

5. Jangan sekali-kali mulakan pelaburan menggunakan hutang. Jika ada ejen / broker / wakalah mengajar untuk melabur dengan membuat pinjaman yang tak pernah anda melabur – lari jauh-jauh dengan kelajuan 1000km/j.

run3

6. Jika berurusan dengan ejen, pilih ejen yang turut melabur dalam pelaburan yang dia promosikan. Jika pelaburan hartanah, pilih ejen yang turut melabur hartanah. Jika broker saham, pilih broker yang turut melabur dan untung dalam saham. Bukan apa, untuk dapatkan success story pelaburan mereka untuk dijadikan panduan.

7. Jangan semata-mata bergantung harap kepada ejen. Biar kita yang memantau pelaburan kita. Mereka hanya sebagai pemudah-cara untuk pelaburan kita, bukan pengurus dana kita.

Nota kaki;
– Kini ada platform Single License Investment yang membantu pelabur memantau dan melihat prestasi 350 lebih dana-dana pelaburan saham amanah di Malaysia dari 27 syarikat.

4

– Paltform tersebut www.fame.com.my yang boleh juga download melalui Google Play dan Apple Store. Tapi hanya pelabur sahaja boleh login 😉

– Berminat gunakan platform tersebut untuk pelaburan melalui tunai dan KWSP? PM tepi

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?