Tips Kewangan Dari Pengasas Pasaraya Mydin

Saya praktikkan ilmu yang diperolehi oleh Datuk Wira Ali Ameer Mydin, Pengarah Urusan Mydin Holdings Sdn Bhd, anak pengasas Pasaraya Borong dan Runcit Mydin.

Beliau menceritakan kisah beliau bersama ayahnya, Mydin datang ke Restoran Mahboob, di Bangsar.

Ayahnya order mee goreng, sememangnya makanan kegemaran beliau bersama-sama air suam.

Kemudian, apabila tiba mee goreng, ayahnya meminta limau lebih.

Tidak semena-mena apabila sampai limau, ayah beliau mengambil limau tersebut dan memerah ke dalam air suam tadi.

Datuk Ali Ameer amat terkejut melihat perbuatan ayahnya! Lalu bertanya, mengapa berbuat demikian?

Jawab ayahnya, “Mengapa perlu membayar RM1.50 sedangkan ia boleh diperolehi percuma?”.

Pesanan Datuk Ali Mydin, sebagai bisnesman kita perlu berkira-berkira.

Sehingga kini, tagline “Mengapa Bayar Lebih?” menjadi motto Pasaraya Mydin.

Saya baru praktikkan ilmu tersebut tadi, cuma bezanya saya order kuey teow sup bakso dengan limau lebih.

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?