fbpx

Tips RM-Jangan Ikut Majoriti Membuta Tuli

Tips RM | Jangan Ikut Majoriti Membuta Tuli

Prinsip saya mudah, dalam hal kewangan; jangan mudah-mudah buat apa yg majoriti buat.

Statistik menunjukkan majoriti rakyat Malaysia gagal dalam perancangan kewangan.

 Majoriti rakyat gagal membuat simpanan, hatta untuk menyediakan RM1,000 jika kecemasan pun susah.

 Majoriti rakyat Malaysia tidak memiliki pun plan takaful.

 Majoriti yang melanggan polisi takaful dan insurans pula tidak cukup coveage.

 Majoriti rakyat Malaysia tidak cukup wang untuk bersara.

 Majoriti pesara menghabiskan wang KWSP dalam masa 3 ke 5 tahun selepas bersara.

Nampak?

Maknanya, mohon maaf kalau saya katakan majoriti rakyat Malaysia TIDAK PANDAI merancang kewangan mereka dengan baik.

Jadi, kenapa perlu ikut majoriti?

Kenapa perlu ikut sentimen yang ramai orang mainkan?

Dan yang penting kenapa perlu ikut apa yang majoriti lakukan?

Jadi jika anda hanya mengikut apa yg ramai orang buat maka anda akan menjadi seperti apa yg terjadi kpd ramai orang.

 Ketika fenomena pelaburan emas berlaku sehingga iklan kopi pun mempromosi emas, maka itu masa terbaik utk menjual emas bukan berebut-rebut membelinya.

 Ketika harga rumah naik mencanak-canak dan ramai menggesa untuk beli rumah, elok tunggu sebentar supaya market sejuk sedikit.

 Ketika orang pakat-pakat tunggu “tahun depan” atau “dua tiga tahun lagi” utk membeli rumah, maka “tahun ini” ialah masa terbaik utk membelinya.

 Ketika ramai-ramai beli saham XXX, maka ketika itu elok kita beransur-ansur jual saham XXX.

 Ketika orang ramai-ramai membeli medical card “terbaik” dari syarikat “terbaik”, elok kita survey-survey produk medical card lain yg ada di pasaran yg semua claim “terbaik”.

 Ketika orang ramai memilih unit trust “nombor 1”, elok tinjau-tinjau dalam pasaran yg ada lebih 30 syarikat yg ke semuanya mengaku “nombor 1”.

 Ketika ramai orang memperkatakan tentang Bitcoin, sebaiknya ambil langkah berjaga-jaga. Harga sedang meroket. Kalau jatuh, naya.

Dalam banyak situasi, perbuatan majoriti hanya menghasilkan result yg biasa-biasa.

Jangan mudah terpengaruh dengan perkataan “peluang hanya datang sekali”, sebab percayalah akan ada peluang lain yang akan datang mungkin dlm bentuk berbeza.

Namun ada juga beberapa situasi tapi sanagt jarang, situasi yg ramai-ramai orang buat dan ia menguntungkan. Ya, sangat jarang.

Contoh, ketika saham Bank Rakyat dibuka. Pulangan sangat memberangsangkan tapi sudah tiada lagi peluang sekarang.

Tapi situasi itu sangat-sangat-sangat rare.

– Afyan Mat Rawi

Perkara ini antara yang dikongsikan dalam Seminar Bijak Merancang Wang #SeminarBMW yang akan diadakan di KL, JB, Sungai Petani, Melaka dan Kuantan.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

WP Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com