fbpx

Lelaki Ini Berkongsi Tip Kewangan Dengan Membeli Kereta Second Hand Tetapi Baru

  • 4 years ago
  • 7Minutes
  • 1168Words
  • 608Views

Kisah ini berlaku pada tahun 2008, kereta Proton Persona baru sahaja keluar di pasaran.

Port Dickson, 7 Jun 2008.

“Wah kereta baru nampak”, tegur seorang sahabat ketika berjumpa dalam satu program reunion.

“Tidak lah, kereta pinjam”, kata saya.

“Eh, jangan main-mainlah. Kereta baru ye?”, tanya beliau lagi.

“Betullah, kereta pinjam. Pinjam daripada bank“, kata saya tersenyum.

“Oh, terkena rupanya, tapi kereta baru la ye?”, kali ketiga dia bertanya soalan yang sama.

“Tidaklah, kereta second hand”, kali ini baru saya menjawab soalannya setelah diasak tiga kali soalan yang sama.

“Hei, jangan main-main lagilah”, dia nampaknya tak percaya. Mungkin dia telah terkena sekali tadi, berhati-hati kali ini.

“Betul, kereta second hand, mana saya mampu beli kereta baru”, balas saya jujur.

“Eh, saya tak percayalah”, dia meragui kejujuran saya nampaknya.

Saya hanya diam. Membiarkan persoalan itu terus bermain di fikirannya.

Dia memerhatikan setiap inci kereta tersebut, mungkin hendak mengesan kesahihan kata-kata saya. Mungkin ingin mencari bukti bahawa kebenaran dakwaannya bahawa kereta tersebut adalah kereta baru.

“Hmmmm…”, getusnya.

“Kenapa? Tidak percaya?”, soal saya lagak iklan BCB suatu ketika dahulu.

“Tidak, langsung tidak percaya”, katanya sambil menggeleng kepala.

“Mana ada kereta Proton Persona second hand?”, dakwanya penuh yakin.

“Cuba tengok plat kereta itu?” usul saya.

“JKU XXXX, kenapa dengan nombor plat tu?”, tanyanya kembali.

Takkanlah saya ke Johor semata-mata nak beli Proton Persona baru?”, perangkap saya.

“Errrr….”, mungkin dia nak kata yang saya betul, tapi tak terkeluar daripada mulutnya…

 

MAYKU, KANCILKU….

Di zaman gawat sebegini, bukanlah satu tindakan bijak untuk membeli kereta baru. Tambahan lagi, kereta bukan menjadi aset kita, tapi aset bank. Nilainya tidak akan bertambah, malah berkurangan bermula kali pertama kita memulakan pemanduan.

Sebenarnya cadangan kami suami isteri untuk menukar kereta dengan muatan bonet yang lebih besar dan kapasiti enjin yang lebih tinggi telah dibincangkan kira-kira setahun yang sebelumnya. Dengan ahli keluarga yang makin membesar, serta memikirkan keselesaan pemanduan jarak jauh itulah yang mendesak untuk menukar kereta.

Kereta pertama saya, Kancil 850 dibeli semenjak tahun 2003. Semenjak bujang hingga saya bujang tiga mempunyai seorang anak. Semenjak tiada anak (bujang, mestilah tiada anak), hingga anak itu pandai meminta adik bercakap.

Cadangan untuk membeli kereta lain yang lebih baik sudah bermain-main di fikiran semenjak mendapat anak pertama. Pengalaman membawa beg baju dan barang-barang keperluan bayi ketika pulang beraya di kampung cukup menyesakkan.

Bayangkanlah, kira-kira 3/4 barang di dalam kereta kancil dipenuhi keperluan bayi saya, yang meliputi makanan, pakaian, pampers, susu dan sebagainya. Apalah sangat keluasan sebuah bonet kereta kancil, sehingga saya menggunakan ruang tempat duduk belakang sebagai bonet kedua.

Sehingga 2008, sudah tiga kali balik beraya menggunakan khidmat kereta tersebut. Bayangkan setiap kali pulang beraya, meter kereta mencecah 1000 kilometer perjalanan. Pernah kami beraya di Melaka tempat isteri saya, kemudian ke Sabah Bernam kampung nenek sebelah ibu saya dan kemudian ke Jerteh, Terengganu kampung saya.

Perjalanan meliputi 2/3 semenanjung Malaysia, apabila bertolak daripada rumah di Gombak, melalui Kuala Lumpur, seterusnya melalui lebuh raya utara selatan yang merentasi Negeri Sembilan. Kemudian balik semula ke Selangor, ke Sabak Bernam. Balik ke Terengganu melalui lebih raya Grik, Perak. Mendaki Banjaran Titiwangsa, melintasi Sempadan Perak-Pahang dan merentasi Cameroon Highland di Pahang dan kemudian turun ke Gua Musang, Kelantan dan akhir sekali tiba di Jerteh, Terengganu.

Betul, hampir 2/3 semenanjung; Selangor – Kuala Lumpur – Negeri Sembilan – Melaka – Perak – Pahang – Kelantan -Terengganu! Sekurang-kurangnya 5 kali tangki petrol diisi penuh. Perjalanan melebihi 1500 kilometer untuk kembali ke Kuala Lumpur. Malah mungkin 2000 kilometer termasuk perjalanan ziarah.

Semuanya hanya dengan menggunakan Kancil dengan keupayaan padu 850 cc. Keletihan? Tidak digambarkan dengan kata-kata. Cuba bayangkan pula keletihan yang dialami oleh anak yang baru berusia beberapa bulan yang di dalam kereta tersebut.

Baca juga kisah kereta lama saya: https://afyan.com/?p=187

DILEMA MEMBELI KERETA

Ketika mengambil keputusan untuk menukar kereta, beberapa pilihan bermain-main di fikiran saya, antaranya;

1. Tunggu sehingga kereta pertama selesai perjanjian sewa-beli, barulah membeli kereta lain, atau

2. Trade-in dengan kereta yang ingin ditukar, atau

3. Tambah sahaja kereta.

Pilihan pertama; maknanya saya menggunakan kancil untuk dua tahun setengah lagi sebelum habis bayar. Maknanya dua kali raya lagi saya merentasi 2/3 Malaysia dengan kancil 850.

Pilihan kedua: maknanya saya kehilangan kancil saya yang tinggal dua tahun setengah lagi untuk saya selesai pembayaran balik. Satu pembelian yang tidak bijak.

Pilihan ketiga: maknanya saya terpaksa membayar pembiayaan balik untuk dua buah kereta. Satu pilihan yang amat tidak bijak. Ingat kereta bukan aset!

Akhirnya saya mengambil keputusan yang meliputi;

1. Tidak merentasi 2/3 Malaysia dengan penuh kepenatan,

2. Tidak kehilangan kancil,

3. Tidak membayar dua installment.

Tindakan saya: membeli kenderaan lain yang lebih selesa, dan jana pendapatan melalui kereta kancil lama sebelum memilikinya dalam tempoh dua setengah tahun lagi. ๐Ÿ™‚

KENAPA PERSONA?

Selepas membuat keputusan, tibalah pula ke peringkat: kereta mana yang sesuai.

Dua pilihan utama IKIM.fm;

1. Membeli kereta baru, atau

2. Membeli kereta second hand

Pilihan pertama bermakna saya membeli kereta pada harga yang tinggi dan harga tersebut akan turun 10% sebaik sahaja tandan tangan perjanjian sewa beli diturunkan.

Pilihan kedua bermakna saya berisiko untuk menanggung kos penyelenggaraan kereta tersebut.

Maka, saya membuat keputusan untuk membeli kereta second hand yang baru!

Hasilnya; sebuah kereta Persona 1.6 Automatik, yang didaftarkan pada Februari 2008, yang saya beli pada Mei 2008 dengan harga 10% lebih rendah daripada harga baru di pasaran.

Saya beli kereta ini daripada “Sunday Sale” di PJ. Ia umpama pekan sehari, tempat berkumpulnya penjual-penjual kereta individu atau kedai use-car. Selepas membeli kereta ini, kereta pertama saya, Kancil disewakan.

 

 

BARANG SECOND HAND? APA KELAS!!

Saya tidak malu untuk mengakui, 50% perabot di rumah saya adalah barang second hand.

Ya 50% perabot. Pakaian pun ada yang second hand, tetapi pakaian luaran sahaja. ๐Ÿ™‚

Daripada rak baju, rak buku, rak dapur, television dan peti sejuk dan mesin basuh!. Kesemuanya saya beli di awal perkahwinan, daripada seorang pensyarah yang baru membeli rumah baru dan senior saya yang membeli perabot baru. Kesemua perabot berkenaan saya beli tidak kurang dengan harga RM 1,000.00, dah masih elok digunakan sehingga sekarang, setelah tiga tahun digunakan.

Di awal perkahwinan, seperti kebanyakan pasangan-pasangan lain, rata-rata terpaksarela menanggung kos perkahwinan yang tinggi. Bermula daripada kad jemputan kahwin, hantaran, pakaian kahwin, pelamin, katering, sewa khemah, dan sebagainya. Semuanya yang disebut tadi persiapan pra-perkahwinan. Kesemuanya tidak kurang memakan belanja sekitar RM 10,000.00. Mungkin Sdra Pakdi dan Sdr Amin ada pengalaman tersendiri (mereka baru berkahwin).

Selepas kahwin, takkanlah hendak duduk selamanya bersama keluarga atau keluarga mentua. Sudah tentu lambat bangat akan berpindah ke rumah sendiri; sewa atau pun beli. Kalau sewa sekalipun, sudah tentu memerlukan deposit 2+1 untuk masuk rumah sewa. Jika sewa rumah tersebut RM 500, maka sekurang-kurangya RM 1500 perlu disediakan sebelum melangkah ke rumah tersebut. Jadi, perancang kewangan perlulah diatur seawal mengurat si gadis untuk dijadikan isteri.

Kemudian, takkanlah rumah tersebut dibiarkan kosong. Paling kurang tilam sebagai tempat tidur, almari untuk menyimpan pakaian. Peralatan-peralatan lain seperti dapur, television, peti sejuk turut tidak ketinggalan untuk disediakan. Maka di sini perancangan kewangan menjadi lebih penting lagi. Ini belum dikira apabila mendapat anak pertama.

.

.

.

.

Aduh, saya baru tersedar, semasa membuat perancangan membeli kereta tersebut adalah sebelum pengumuman kenaikan harga minyak. Sekarang ini barulah saya sedar betapa bernilainya sebuah Kancil 850….

Baca juga:

1. Cari Duit Lebih? Jangan lupa poket yang bocor

2. 5 Gejala Poket Bocor

3. 3 Tips Elak Poket Bocor

4. Tips Jahit Poket Bocor: Berjimat Ketika Banyak

 

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

18 Comments
  1. Avatar
  2. Avatar
  3. Avatar
    • Avatar
    • Avatar
  4. Avatar
    • Avatar
  5. Avatar

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Sumber Foto: http://imp.lss.wisc.edu/~emraffer/083a.htm Suatu hari di Jalan Masjid India, ketika…