Tragedi Bapa Tinggal

Tragedi seorang bapa tinggal.

Bangun tidur, dengar bunyi azan.

Tengok telefon ada 11 misscall dari isteri di kampung. Rupa-rupanya setting silent.

Entah kenapa jam loceng yg berbunyi nyaring pun tak perasan pagi ini.

Selalu dia yg tolong “kejut” dari jauh.

(Nota: Isteri saya sedang berpantang di kampung)

 

Kombinasi bunyi loceng jam dan deringan telefon bimbit selalunya membuatkan saya terjaga.

Tapi kali ini bunyi jam sahaja maka saya ambil endah lewa sahaja bunyi itu dalam kesuraman hening subuh sementelah masih dalam separa sedar dari tidur.

Konon-konon hendak tunggu bunyi deringan telefon utk bangun.

Bangun-bangun tengok jam dah 5:43 sambil terdengar bunyi subuh.

Selalunya ada anak-anak, jadi motivasi utk saya bangun awal utk siapakah sahur utk mereka. Bunyi jam sahaja dah memberi kekuatan utk saya bangkit.

Tapi kali ini anak-anak sudah hantar balik kampung di hujung minggu.

Kalau tidak, naya anak-anak tak bersahur pagi ini.

 

Ada beza berpuasa dengan anak-anak dgn tanpa anak-anak.

Cara Allah mengajar hamba-Nya utk bersyukur memiliki anak-anak dan isteri.

Maka nikmat manakah yg engkau hendak dustakan?

(Maka damailah kambing golek di dalam peti ais)

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?