“Bagaiamana Afyan boleh ke masuk Israel?”

“Bukankah orang Islam diharamkan masuk Israel kerana menyumbang kepada Zionis?”

“Bukankah pasport Malaysia tidak boleh digunakan untuk masuk ke Israel?”

“Takaful cover tak kalau terjadi apa-apa masa dekat Palestin?”

(i)
Ini antara persoalan-persoalan yang saya terima sepanjang kembara kali ini.

Ia dari awal saya ke sana, apabila saya maklumkan dalam group-group rakan-rakan terdekat, ahli keluarga dan sanak saudara hinggalah apabila saya pulang dan kongsikan ke FB dalam siri#Travelog3Kembara

Tak putus-putus persoalan-persoalan di atas timbul.

Sebenarnya ia bukan sahaja persoalan yang bermain di kalangan rakan-rakan, malah juga di pemikiran saya selama ini.

Ya, memang ada fatwa Dr Yusof Qaradhawi yang mengatakan haram bagi umat Islam masuk ke Palestin kerana memerlukan kita mendapatkan visa Israel dengan kos tertentu dan ia memberi sumbangan langsung kepada Zionis.

Pendapat itu turut disokong oleh beberapa ulama lain sejak Palestin dijajah oleh Zionis. Haram hukum ke sana untuk tujuan ziarah, kecuali dengan tujuan untuk berjihad. Ziarah ke sana seolah-olah kita mengiktiraf pendudukan Israel ke atas Palestin.

Seumpama kampung kita ditawan perompak, keluarga kita ditawan, ayah, ibu, adik-beradik kena sembelih kemudian kita datang untuk melawat kampung tersebut dan bayar “visa” kepada perompak untuk masuk ke situ. Begitulah analoginya.

Dalam masa sama ada, ada hadith sahih yang menggesa umat Islam menziarahi 3 masjid; Masjid Nabawi di Madinah, Masjidil Haram di Mekkah dan Masjid Al-Aqsa di Palestin. Malah pahala dan fadhilat solat di masjid-masjid ini beribu kali ganda dibandingkan solat di masjid lain.

Maka, dalam hal ini ramai juga ulama yang menolak fatwa Dr Yusof Qaradhawi kerana hadith sahih tersebut terpakai zaman berzaman tanpa pengecualian masa dan waktu. Tidak kira waktu perang atau waktu aman.

Wallahua’lam, saya bukan ahli untuk mengulas hal tersebut. Kita serahkan kepada pakar dari kalangan alim-ulama untuk mengulasnya.

Mutawif kami, Ustaz Syed Abdul Aziz Edruce turut berkongsikan hal ini tempoh hari di sana. Turut dikongsi tentang tugasan beliau sebagai pemandu pelancong, apa pula hukum membawa pelancong non-Muslim ke Palestin.

(ii)
Seminggu sebelum ke sana, para peserta sudah diberikan maklumat awal tentang persediaan untuk ke sana, pakaian dan peralatan yang perlu dibawa, itenary sepanjang kembara dan tidak lupa pantang larang di sana terutama di Palestin dan ketika umrah.

Sepanjang posting saya, apabila saya menyebut negara Palestin, ia adalah merujuk kepada keseluruhan negara Palestin, tidak kira yang sedang dijajah ataupun kawasan aman seperti di Jeruselam yang saya ziarahi. Saya jijik untuk menulis negara itu sebagai negara Israel biarpun dunia mengiktirafnya.

Pada hari pertama kami tiba di sempadan Jordan – Palestin, berkali-kali kami diperingatkan kami dilarang sama sekali mengambil gambar.

“Afyan, kau jangan buat hal nanti”, berkali-kali rakan-rakan mengulangi peringatan itu kepada saya. Bukan seorang, malah ramai. Hahahaha

Saya menjadi tumpuan peringatan tersebut kerana saya memang sedari awal dari dalam penerbangan saya membuat rakaman video dan gambar supaya tidak terlepas momen-momen indah sepanjang kembara kali ini.

Malah saya juga digelar “CNN” dan kadang kala “Al-Jazeera” sepanjang trip hingga balik ke Malaysia. Hampeh betul. Siapalah yang memulakannya. Adeh…

Baiklah, kembali kepada cerita tadi.

Saya memang tak dapat hilangkan rasa gatal saya untuk mengaktifkan mode kamera dan video pada telefon saya ketika berada di sempadan.

Ada beberapa gambar yg saya berjaya rakam tanpa pengetahuan sesiapa. Yezzzzaaaa!

(Nota: Di tengah-tengah trip, Saudara Ra Uf memberitahu bahawa dia perasan yang saya mengambil gambar curi-curi. Dan katanya dia pula yang berdebar-debar. Kah!)

Tapi malangnya banyak gambar-gambar yang saya curi-curi ambil, tidak berkualiti dan tidak jelas. Ada la satu dua gambar yang berjaya diambil. Nak tengok?

Kasi like banyak-banyak posting ini, nanti saya sambung.

Kasi thrill sikit kali ini.

Mentang-mentang saya tak tulis pasal tips kewangan dan isu scam, kurang pula engagement untuk posting #Travelog3Kembara saya kali ini.

Saya kongsikan sedikit gambar sebagai teaser untuk tatapan rakan-rakan.


Gambar: Pasport Malaysia, jelas dinyatakan “Pasport ini sah digunakan untuk semua negara kecuali Israel”. Di sebelahnya ialah visa Israel.

#Travelog3Kembara

— in Jerusalem, Israel.

Comments

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?