Travelog 3 Kembara: Salam Dari Bumi Palestin

Salam dari bumi Palestin.

InsyaAllah gambar-gambar, video-video dan catatan-catatan lain bakal menyusul dalam siri Travelog 3 Kembara ini.

Kompilasi catatan, gambar dan video sepanjang kembara ke bumi Jordan, Palestin, Mekah dan Madinah.

Sepanjang bersama Takaful IKHLAS, saya sudah menjejak banyak negara seperti Spanyol, Turki, Bosnia, Ghuang Zhou, Thailand, Vietnam dan India malah pernah menjejak ke Osaka, Taipei dan Myanmar, tapi kembara kali ini paling bermakna.

Kembara kali ini akan saya coretkan dalam Travelog 3 Kembara ini.

Travelog 3 Kembara bukan sekadar kembara ke 3 buah negara;
– Jordan,
– Palestin dan
– Arab Saudi,
malah lebih dari itu.

Yang paling bermakna, Travelog 3 Kembara ini juga adalah kembara yang paling bermakna dalam hidup saya apabila dapat menziarahi 3 masjid suci umat Islam;
– Masjidil Aqsa di Palestin,
– Masjid An-Nabawi di Madinah, dan
– Masjidil Haram di Makkah Al Mukarramah

Selain itu juga, diberi peluang menziarahi 3 negeri pertama umat Islam;
– Madinah,
– Makkah, dan
– Thaif

InsyaAllah ia akan saya catat satu-per-satu dalam travelog ini.

#Travelog3Kembara

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?