Travelog 3 Kembara: Suatu Subuh Di Al-Aqsa

Al-Aqsa bukan sekadar bangunan masjid.

Al-Aqsa bukan sekadar bangunan Masjid Berkubah Kubing yang dikenal juga sebagai Dome Of The Rock.

Ia seluas 144,000 meter persegi, yang merangkumi pintu gerbang hingga ke mihrab.

Itu yang diterangkan sendiri oleh Imam Masjid Al-Aqsa.

Tidak dapat digambarkan perasaan apabila kali pertama seumur hidup sampai di bumi Palestin.

Perasaan teruja, sebak, gembira, geram bercampur baur apabila melangkah kaki buat pertama kali ke dalam Al-Aqsa, pada subuh 22 Januari itu.

Perasaan itu semakin menusuk kalbu apabila pertama kali menyaksikan Masjid Kubah Kuning atau Dome Of Rock yang selama ini hanya dilihat melalui gambar atau video kaca.

Usai solat subuh di Masjid Suci Al-Aqsa, kami sungguh bertuah kerana Imam Masjid Al-Aqsa sendiri menawarkan diri untuk mengiringi kami rombongan dari Malaysia untuk menziarahi kawasan sekitar masjid, dari pintu masjid ke Maqam Sulaiman!

AllahuAkbar!

Kata Ustaz Syed Abdul Aziz Edruce, selaku pengurus perjalanan kami dan juga mutawif kami dalam kembara kali ini, mungkin ada dari kalangan kami hebat amalan yang Allah terima sehingga membuka hati Imam untuk mengiringi kami.

Sebab, sepanjang beliau menguruskan kehadiran tetamu dari Malaysia ke sini, ini pertama kali Imam Masjid Al-Aqsa sendiri mengiringi jemaah pelawat untuk meninjau kawasan sekitar masjid.

AllahuAkbar!

Ikuti catatan, ganbar dan video lain dalam Travelog 3 Kembara di album di atas atau hashtag #Travelog3Kembara

— at Dome of the Rock.

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?