Travelog Financial Fighter

Travelog Financial Fighter

2016

Sepanjang karier saya sebagai perunding dalam bidang servis kewangan sepenuh masa dan sebagai pemburu scammer tanpa gaji secara separuh masa, insiden disaman oleh Norsham dan Alfafa antara detik penting dalam kerier saya.

Ketika posting ini ditulis, ia masih dalam perbicaraan dan dijangka keputusan diketahui pada bulan September 2016.

Namun ramai yang belum tahu ada satu lagi insiden yang pernah berlaku sebelum ini.

Ia berlaku pada tahun lalu, 2015.

2015, throwback

Tahun lalu pertama kali sekumpulan lelaki dari sebuah syarikat yang saya pernah dedahkan menjalankan urusniaga secara tidak sah, bertandang ke ofis saya.

Mereka datang bertiga, seorang sebagai jurucakap, seorang pembantu dan seorang bouncer. Dua daripadanya dalam gambar ini.

Dalam sesi tersebut, saya sempat snap gambar mereka dan saya katakan kepada mereka yang saya tidak akan tarik balik posting saya di FB.

1 2

Jika mereka berada di pihak yang benar, bawa kes ke pengadilan.

Posting saya yang mengandungi amaran dari sebuah jabatan kerajaan yang menyebut secara jelas tentang syarikat mereka dikatakan menjejaskan bisnes mereka.

Kisahnya begini,

Pada suatu hari saya menerima satu mesej dari seseorang yang dikenali sebagai En Azuan (bukan nama sebenar) yang ingin berjumpa saya.

Seperti biasa, saya cadangkan beberapa masa dan tarikh untuk beliau datang ke pejabat saya. Lalu satu tarikh dan masa dipersetujui bersama, pada 24 Ogos 2015.

Sebenarnya tidak ada sesuatu yang pelik kerana memang selalu prospek dan pelanggan datang berjumpa saya di pejabat untuk berdiskusi tentang hal ehwal kewangan seperti pengurusan perbelanjaan, pengurusan hutang, takaful, unit trust, wasiat dan sebagainya.

Kira-kira jam 9:30 pagi tarikh yang dijanjikan, beliau datang bersama 2 orang rakan. Seorang berbadan tegap, dan seorang agak pendek tapi agak tegap juga.

Ketika bersalaman terpacul dari mulut saya;

“Oh Encik Azwan, lain macam nampaknya?”.

Saay mempersilakan mereka duduk.

En Azwan lantas menghulurkan bisnes kadnya lalu berkata;

“Tentu Encik Afyan tahu syarikat kami?”

Saya mengangguk-angguk, menandakan saya tahu nama syarikatnya.

Ya, kira-kira seminggu dua sebelum itu saya pernah menulis tentang syarikat tersebut yang menjalankan urusniaga hartanah yang agak menghairankan.

Dalam posting berkenaan juga saya sertakan satu surat rasmi dari pihak berkuasa yang tertera nama syarikat tersebut.

“Apa yang boleh saya bantu?”, tanya saya. Serius. Saya menjangkakan sesuatu yang tidak diingini berlaku.

“Kami nak minta Encik tarik balik posting tentang syarikat kami”, Encik Azwan berkata dengan lembut.

“Mengapa saya peru berbuat demikian?”, tanya saya.

“Disebabkan posting Encik, jualan syarikat kami merudum”, katanya lagi.

“Apa yang saya tulis?”, tanya saya.

“Encik mengfitnah kami”, katanya lagi.

“Apa yang saya fitnah? Tunjukkan posting tersebut, dan jika ada fitnah saya akan tarik balik”, kata saya.

Saya yakin, saya tidak pernah mengfitnah.

Mana-mana syarikat yang saya bongkarkan, ia datang dengan fakta.

Lalu beliau membuka telefon bimbitnya dan mencari-cari posting saya.

Beberapa minit berlalu. Beliau menefon seseorang.

Berdasarkan perbualannya, saya dapati beliau menelefon rakan pejabatnya untuk dapatkan posting “fitnah” saya.

Kemudian, beliau menunjukkan posting saya.

Lalu saya tanyakan kembali soalan yang sama;

“Apa yang saya fitnah?”

“Begini, Encik masukkan surat daripada Jabatan Perumahan Negara. Ini merupakan satu salah faham dari jabatan terhadap syarikat kami dan kami sedang berurusan dengan pihak Jabatan Perumahan supaya salah faham diselesaikan…”

Saya memotong kata-kata En Azwan,

“Kalau begitu, bukan saya yang Encik perlu buat tuduhan fitnah. Encik patutnya ke Jabatan Perumahan Negara dan minta mereka tarik balik surat tersebut. Bukan saya yang fitnah, tapi Jabatan Perumahan Negara yang mengfitnah, bukan?”

En Azwan nampak terkejut.

Tiba-tba rakannya yang berbadan sasa bangun dan memberi amaran kepada saya;

“Encik, boleh Encik dengar dulu??”.

Agak keras kata-katanya sambil berpeluk tubuh.

Saya merenung mata lelaki berkaca mata hitam itu. Besar-kecik-besar-kecik saya nampak.

“Baik, teruskan”, kata saya.

En Azwan menyambung,

“Apabila Encik Afyan upload surat tersebut, ramai yang baca dan menyebabkan jualan syarikat kami merosot seminggu dua ini. Jadi saya minta Encik tarik balik posting berkenaan”.

Saya tegaskan kembali kata-kata saya sebelum itu;

“Saya tidak pernah mengfitnah. Jadi saya tak perlu tarik balik. Itu ialah kenytaan rasmi dari Jabatan Perumahan Negara dan saya hanya kongsikan sahaja. Jadi perkara ini Encik yang perlu selesaikan dengan mereka, bukan saya. Dan jika mereka ada keluarkan surat mengatakan syarikat Encik tiada masalah, saya akan kongsikan ke FB saya”.

Lelaki yang berdiri dari tadi pula menyampuk;

“Encik, yang Encik sibuk-sibuk sangat dengan syarikat kami kenapa? Kenapa Encik tak sibuk-sibuk sangat dengan syarikat judi, arak yang bersepah dekat Gombak ni? Syarikat orang Melayu juga yang Encik nak serang. Nasib baik Encik orang Melayu, kami datang berbincang. Kalau Encik bangsa asing, dah lama kena….”

Dia mengugut nampaknya.

“Encik, tadi Encik kata jangan potong cakap kawan Encik. Tapi kali ni Encik pula yang potong cakap saya?”

Saya mulai “berangin” dan ketika itu saya suara saya mulai bergetar dan mengetipkan gigi tanda saya pun mulai tidak senang dengan diskusi yang berlangsung.

Ketika itu, rakan-rakan office sebelah mula masuk ke office dan kelihatan mereka menjenguk-jenguk dari luar office. Antara yang menjadi saksi insiden berkenaan ialah Sdra Hamidi Zamri, Sdra Nik Muhammad Hanis dan bigboss mereka Sdra Amin Idris. Kami berkongsi pejabat yang sama, dengan dua lagi rakan, Ustaz Syaari Ab Rahman dan tauke borong China Sdra Faiz Zakaria. Saya ingat-ingat lupa sama ada ketika itu rakan-rakan lain yang ada di ruang tamu.

(Selepas “perbincangan” tamat baru saya tahu, mereka mencuri-curi dengar “perbincangan” kami dan sengaja “lalu-lalang” di depan pintu office saya untuk membuat rakaman)

“Encik jangan main-main dengan kami”, kata lelaki berbadan tegap itu sambil menunjuk jari telunjuknya kepada saya.

Saya cuba bertenang.

“Encik-encik semua, saya terima kedatangan Encik semua dengan baik. Jadi saya mohon Encik semua pun dapat berbincang juga secara baik.

Encik kata saya fitnah, dan apabila saya minta tunjukkan di mana fitnah, Encik gagal tunjukkan. Sekarang Encik nak meninggi suara pula dengan saya?

Sebagai tindakan berjaga-jaga saya perlu mengambil gambar Encik bertiga, boleh?”, kata saya sambil mengambil handset dan mencari mode kamera.

Tanpa menunggu mereka memberi keizinan, saya terus mengambil gambar mereka.

Ketika saya merakam gambar, dalam hati saya terdetik;

“Apa nak jadi selepas ini, jadilah!”. Saya nekad, jika mereka membuat tindakan yang di luar batasan, saya akan lawan balik dan bertakbir kuat-kuat!

Ketika itu dada saya berombak deras, dengan perasaan bercampur baur; marah, terkejut, suspen, berdebar dan sebagainya.

Selepas mengambil gambar, nampak lelaki berbadan sasa itu tidak puas hati lalu dia keluar daripada pejabat saya.

Kini di hadapan saya hanya tinggal Encik Azuan dan seorang lagi rakannya.

~Nantikan sambungan akan datang.

One Comment

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?