1

Iklan ini diiklankan di www.muslimtradehouse.com

Nampak agak pelik sedikit dan sedang dapatkan pengesahan dari mereka.

 

Beberapa persoalan;

1. Bagaimana boleh dapat harga semurah itu?

2. Kompeni mana?

3. Ada lesen travel?

 

Harap-harap bukan lagi skim too good to be true.

Dan persoalan yang diajukan, harap-harap tidak dijawab dengan;

“Jumpa CEO kami”

“Datang program kami”

“Jangan dengki bisnes orang Islam”

 

UPDATE:

Ini respon yang saya terima;

Assalamualaikum WBT Tuan,
Terima Kasih kerana berminat untuk mengetahui lebih lanjut. Terlebih dahulu saya mendoakan pihak Tuan adalah keadaan sihat sejahtera kehendakNya. Untuk makluman Tuan, berikut adalah Pakej Umrah dan Pelancongan dari pihak MTH.

Ingin ditegaskan, lesen Pelancongan daripada Kementerian Pelancongan adalah bukan diatas MTH. MTH adalah sebagai pemasaran yang menjual produk Affiliate yang berdaftar bersama kami (boleh rujuk affiliate Travel & Tour kami di website Muslim Trade House). Namun marketing plan adalah dari MTH, bukan dari affiliate.

Berkenaan Pakej Umrah yang disampaikan adalah terdapat 4 pakej yang kami tawarkan. Pakej termurah kami adalah RM5490, di mana Tuan hanya perlu membayar deposit serendah RM2990 sahaja. dan bakinya dibayar secara Ansuran setelah Tuan pulang dari menunaikan Umrah.

Sebagai contoh, hari ini Tuan bayar deposit RM2990 untuk pergi Umrah pada Januari tahun hadapan, ini bermakna bayaran Ansuran akan dimulakan setelah Tuan pulang pada Januari tahun hadapan.

Hanya RM250 sebulan X 10 bulan sahaja kami tawarkan. Namun terdapat satu syarat utama yang perlu Tuan penuhi, iaitu Tuan perlu mencari 2 orang peserta yang ingin mengambil mana-mana pakej ansuran, tidak kira Umrah atau Pelancongan, setelah mereka bersetuju dan membayar deposit pada pakej yang dipilih, secara tidak langsung Tuan sudah layak untuk memilih tarikh tiket penerbangan. Begitu juga dengan dua peserta tersebut, masing-masing perlu mencari dua peserta lain.

Antara kelebihan pakej kami adalah :

1. Jika peserta meninggal dunia sebelum sempat jelaskan kesemua baki ansuran, maka pihak MTH akan mengHALALkan baki ansuran tersebut.

2. Jika peserta mengalami kecatatan setelah pulang dari destinasi yang dipilih dan belum sempat jelaskan kesemua baki ansuran, maka pihak MTH juga akan mengHALALkan baki ansuran tersebut.

Jika terdapat lagi sebarang pertanyaan, kami alu-alukan persoalan daripada pihak tuan. Untuk Flyers Pakej, boleh rujuk website kami untuk maklumat. Klik link dibawah untuk rujukan.

http://www.muslimtradehouse.com/umrah-pelancongan

Sekian, Terima Kasih,
Wassalam.

>>> Selepas respon di atas, saya tanyakan tentang lesen travel agency umrah mereka dan ini respon yg diterima;

Sama-sama Tuan, sudah menjadi tugas saya untuk menjawab persoalan dari pelanggan.

Ya tuan, mereka ada lesen, dan antara affiliate Travel&Tours kami adalah syarikat ke-6 terbesar di Malaysia untuk travel&tour iaitu syarikat Juara Travel. Tetapi ditegaskan juga, marketing plan ini bukan dari syarikat tersebut, tetapi dari Muslim Trade House. Harga pakej mereka adalah standard price yang ditetapkan kerajaan, tetapi bagi membantu orang muslim untuk menikmati pelancongan dan menunaikan umrah, maka MTH melahirkan marketing plan ini.

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?