Unit Trust Malaysia Terbaik?

Tahukah anda, semua unit trust akan mengaku mereka ialah yang terbaik?

Lihat iklan-iklan yang dipaparkan. Mereka akan mengaku mereka terbaik.

Untuk melihat prestasi unit trust adalah berdasarkan laporan yang dikelaurkan oleh pihak ke-3, bukan semata-mata daripada syarikat dan ejen.

Apabila bergantung hanya kepada ejen dan syarikat, sudah tentu mereka akan berikan maklumat yang postitif sahaja.

Antara pihak ke-3 yang boleh dirujuk ialah akhbar The Edge, yang boleh dirujuk secara online atau akhbar fizikal.

Ini yang dilaporkan dalam akhbar dalam talian ini semalam;

“Manulife and Eastspring win big at The Edge-Thomson Reuters Lipper Fund Awards 2017”

http://www.theedgemarkets.com/…/manulife-and-eastspring-win…

Dalam report ini, ada detail tentang syarikat-syarikat yang perform mempunyai dana-dana yang berkualiti sepanjang 2016.

 

Juga senarai dana-dana unit trust terbaik daripada pelbagai kategori.

Yang manariknya, dana-dana unit trust terbaik ini datang dari pelbagai syarikat.

Antara dana patuh syariah ekuiti yang pernah saya rekomen tahun lalu yang termasuk dalam senarai ialah Eastpring Dana Al Ilham.

Ia langsung tidak dipengaruhi oleh brand syarikat, saiz dana yang besar, jumlah ejen yang ramai, branch yang banyak dan lain-lain.

Penilaian yang dilakukan oleh The Edge Malaysia adalah penilaian yang adil tanpa bias kepada mana-mana syarikat.

Yang lebih menarik, pengguna selaku pelabur boleh membaca laporan tersebut dan membuat penilaian sendiri untuk memilih dana-dana berdasarakan laporan yang disediakan.

Melalui INFAQ Consultancy, kita mempunyai platform “Single License Investment” yang boleh membantu para pelabur untuk melabur dalam banyak dana serentak dengan menggunakan satu platform sahaja.

Pelaburan melalui platform ini boleh dilakukan melalui tunai dan juga melalui skim KW5P.

Dan lebih menarik lagi, kami di INFAQ juga mempunyai sistem agensi bagi sesiapa yang ingin berhijrah daripada sitem agensi biasa kepada agensi yang berkonsepkan advisory. Juga bagi sesiapa yang berminat untuk menyertai bisnes ini secara part-time dan full-time.

Melalui INFAQ Consultancy juga, kami melatih para perunding kami untuk mejadi seorang License Financial Planner pada masa hadapan.

Kini kami berada di seluruh negara;
HQ INFAQ KL dan Lembah Klang
INFAQ JDT
INFAQ Melaka
INFAQ Kuala Terengganu
INFAQ Kota Bharu
INFAQ Penang
INFAQ Kedah
INFAQ Perlis
INFAQ Negeri Sembilan
INFAQ Pahang Barat (Bentong, Raub & Kuala Lipis)
INFAQ Kuching
INFAQ Miri
INFAQ Labuan
INFAQ Sandakan
Melalui platform ini, para konsultan boleh berkongsi kepada prospek pelanggan dan pelabur untuk melabur dalam pebagai dana unit amanah berpandukan laporan-laporan ini tanpa terpengaruh dengan brand.

Ya, brand bagus untuk bisnes tapi belum tentu bagus untuk pelanggan.

Unit trust adalah pelaburan untuk jangka masa. Dan ia perlu didasari dengan ilmu untuk membuat penilaian suapaya dapat memilih unit trust yang berkualiti.

Untuk pastikan kita beroleh keuntungan dengan pelaburan unit trust, kita perlukan ilmu. Berdasarakan laporan oleh CEO KW5P, hanya 20% sahaja pelabur yang mengeluarkan wang dari akaun 1 untuk melabur unit trust, mendapat keuntungan. Selebihnya? 40% balik modal dan 40% lagi rugi.

Tapi untuk mendapat lebih untung adalah dengan menjadi perunding unit trust. Hahaaha

Jika ada yang berminat utk mengeahui lebih lanjut, boleh hantarkan secebis mesej ke m.me/afyan.ifp

PERHATIAN: Past performance does not indicate future result.

Afyan Mat Rawi, IFP
INFAQ Consultancy

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?