fbpx

Unit Trust Patuh Syariah Malaysia Terbaik: Eastpring Dana Al-Ilham

  • 7 years ago
  • 2Minutes
  • 412Words
  • 512Views

Pelaburan di Eastpring Dana Al-Ilham antara dana pelaburan saham amanah yang saya sertai dan saya cadangkan kepada para pelabur saya sejak tahun 2015

Dan tahun ini, ia diumumkan sebagai dana terbaik oleh The Edge Thomson Reuters Lipper Fund Awards 2017.

Bukan setakat dana ekuiti patuh syariah terbaik untuk tahun 2016, malah juga dana terbaik ekuiti patuh syariah untuk tempoh 3 tahun, 5 tahun dan 10 tahun!!!

Untuk tempoh 10 tahun ia diiktiraf sebagai dana terbaik untuk kategori dana pelaburan tunai dan pelaburan melalui KWSP.

Boleh rujuk tulisan-tulisan saya sebelum ini;

Ini antara artikel awal pengenalan tentang dana ini
Eastpring Dana Al Ilham

Antara kekuatan dana ini ialah tahap preservation yang tinggi
Tip Pelaburan Saham Amanah: Preservation

Juga dana ini saya cadangkan sebagai alternatif ASB
Alternatif ASB

Saya bukan ahlil nujum yang mempunyai mangkuk ajaib yang boleh melihat masa depan, atau Doraemon yang mempunya mesin masa yang boleh pergi ke tahun depan.

Tapi yang saya ada ialah sedikit ilmu berkenaan tips dan panduan yang saya pelajari sejak saya menggunakan platform Single License Investment pada tahun 2015.

Melalui platform ini, saya diajar bagaimana untuk membuat penilaian untuk memilih dana-dana saham amanah yang ada di Malaysia.

Ada banyak faktor yang akan diambil kira dalam memilih dana yang sesuai seperti preservation, volatility, sharpe ratio, asset allocation, dan bukan semata-mata past performace sahaja.

Melalui platform ini, ada banyak lagi dana-dana saham amanah yang sesuai bergantung kepada tahap penerimaan risiko seseorang.

Ada yang berminat untuk melabur ke dana ini? Boleh hantarkan mesej ke m.me/afyan.ifp dan tuliskan “Saya nak invest di Dana Al Ilham” atau isi ‘form’ di bawah

(Untuk melabur, saya utamakan yang mempunyai KWSP atau tunai melebihi RM10.000.)

Atau, ada yang berminat untuk menyertai team saya INFAQ Consultancy dalam bisnes Single License Investment?
Boleh hantarkan mesej ke m.me/afyan.ifp dan tuliskan “Saya nak join bisnes SLI bersama INFAQ”

(Untuk join bisnes, saya galakkan rakan-rakan yang berada dalam bidang perkhidmatan kewangan seperti ejen takaful atau ejen unit trust.)

NOTA: Ini adalah pelaburan jangka masa panjang dan tidak sesuai untuk anda yang inginkan keuntungan di bawah tempoh 3 tahun.

Pernah melabur menggunakan KWSP ?(required)

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
  Saya baru sahaja menerima salinan perintah mahkamah yang mengandungi…