Mungkin agak lewat entri ini.
Ketika kali pertama menonton iklan raya Petronas kali ini, saya menyangkakan ia adalah iklan TM atau sekurang-kurangnya iklan Streamyx.
Rupa-rupanya iklan raya Petronas!
Rasanya iklan raya Petronas 2007 yang memaparkan cerita “burung apa? burung murai!” lebih mendalam kesannya ke dalam hati penonton.
Atau lebih syahdu lagi iklan raya Petronas 2006 tentang kisah “abah dah pakai lampin?”, yang mempu membuatkan penonton menitiskan air mata.
Ironinya, iklan TM “sebab masa atuk dan nenek ada, abah tak pernah balik kampung”, tahun ini lebih menyentuh perasaan berbanding iklan Petronas.
Cuba lihat jalan cerita iklan tersebut;










