Home » Ceritaku, Entahapahapaentah, Imaginasi, Keluarga

Warkah Buat May…

18 June 2008 17 Comments

Warkah Buat May…

Ke hadapan May yang diingati selalu, maafkan aku atas perpisahan ini…….

Aku tidak mampu untuk menolak takdir yang memisahkan kita berdua. Percayalah, dirimu tetap kurindui selalu sekalipun jasad kita tepisah jauh….

May…..

Ku tahu kau setia. Semenjak aku bujang lagi. Selepas aku berkahwin pun kau masih setia mendampingiku. Kemudian, setelah aku memperolehi seorang cahaya mata pun dikau masih setia…..

Kini hampir 5 tahun hubungan kita….  semuanya tinggal kenangan terindah buat kita berdua…

May…..

Kuharap janganlah dikau tangisi perpisahan ini. Semuanya telah tertulis di dalam lipatan azali. Usah kau ingkar ketentuan Ilahi, kelak nanti memakan diri sendiri…..

Perpisahan ini, andai kau anggap pahit namun ketahuilah bahawasanya mungkin baik di sisi Yang Esa….

May yang diingati selalu….

Aku masih terkenang-kenang saat-saat manis bersamamu dulu. Ke hilir dan ku hulu kita bersama. Onak dan duri kita tempuh bersama. Ke gunung kita yang pernah kita daki, ke lurah yang pernah kita turuni. Tidak kira jalan bertar juga jalan tidak bertar yang berlopak-lopak….

Aku juga masih ingat lagi engkau langsung tidak tersinggung apabila mengetahui diriku akan berkahwin. Malah, engkau turut sama-sama mengiringi daku di hari yang berbahagia itu….

May, masihkah kau ingat….?

Masihkah kau ingat lagi bagaimana kita bertemu dahulu? Pasti aku tidak lupa kenangan itu yang tersimpan di dalam album hatiku sekian lama….

Masihkah kau ingat tempat-tempat persinggahan kita? Tasik titiwangsa, tasik perdana, KLCC, Port Dickson, pantai Batu Buruk, Cameron Highland, Ulu Yam, restoran Thaqwa, bengkel Ah Lek .. ¦ tidak cukup untuk aku senaraikan semuanya di warkah ini…

Oh May….

Maafkan aku atas perpisahan ini. Bukan aku tak sudi untuk menemanmu, namun aku rasa tiada hujungnya perhubungan ini andai engkau terus bersamaku. Mungkin engkau akan bertemu dengan orang yang lebih baik daripadaku….. Sekali lagi maafkanlah diriku ini….

Mungkin takdir dirimu bukan untuk diriku… dan diriku juga mungkin dicipta untuk dirimu….

Barangkali perpisahan ini bakal membuka satu pertemuan untukmu suatu ketika nanti.

Aku yakin… Amat yakin dan pasti bahawasanya engkau akan menemukan insan yang lebih baik dariku…

Yakinlah May,

Yakinlah bahawa semua ini untuk kebaikan dirimu juga. Aku terpaksa melepaskan mu demi melihat masa depanmu yang lebih cerah nanti..

may2.gif

Gambar kenang-kenangan bersama May

may.gif

May, aku tetap mengangatimu…

may3.gif

May sempat bergambar bersama-sama penggantinya….maafkan aku May..

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

Terima kasih kerana sudi membaca blog www.afyan.com, yang dimiliki oleh Sdra Afyan Mat Rawi, seorang perunding kewangan Islam dan takaful. Tuan-puan boleh manfaatkan kandungan blog ini untuk disiar kembali dengan merujuk blog ini sebagai sumbernya bagi mengelakkan salah faham. Sebarang komen dan persoalan boleh diajukan melalui ruang komen di bawah ini atau melalui emel afyan.ikhlas[@]gmail.com. Sudi-sudikan juga untuk menambah rakan Facebook di http://www.facebook.com/afyan.ikhlas

17 Comments »

  • Amin Idris said:

    Mesej penting di sini ialah, Afyan nak cakap dia dah beli keta baru.
    Keta apa ek? :) Hebat diaaaaa…. Keta baru skrg… :P

  • afyan (author) said:

    :P

  • khai149 said:

    haiyah belum sempat aku nk test drive MAY

    good achievement, tak perlu makan gaji utk beli keta huhuhu

  • khai149 said:

    ohh ye..masa mula2 baca tadi aku ingat MAY tu sejenis sabun yg ko bawak kehulur kehilir hahaha

  • afyan (author) said:

    apa ke jadah nak bawak sabun ke hulu ke hilir…

  • kasyah said:

    bro, beli kete baru ape?

    orang melaka ke ?

    papepun tahniah :D

  • afyan (author) said:

    :)

    Sebenarnya tak beli kereta baru pun….

    Kereta 2nd hand je …. nak tau kereta apa? tengok kat gambar May bersama penggantinya.

  • nazrida said:

    hu hu hu….tipah tertipu!! ingatkan putus cinta!!

  • afyan (author) said:

    Nazrida,

    Kalau saya putus cinta, tak mampu saya tulis warkah sebegini…

  • amdang81 said:

    Aku ingatkan MAY tu amoi yang biasa mung cerita dulu.. ala ada masa tu mung cerita minat kat amoi yang duk dekat Sri Gombak tu.. biasa mung g photostat kedai dia dan selalu usik-usik dia..

    Tp pelik gak sebab amoi tu kecik je lagi. Takkan la jadi percintaan terlarang tu. Hehehhehe.

    p/s: Gurau je, bukan betul pun wujud amoi tuu dalam hidup Afyan.. Tapi amoi kedai photostat Sri Gombak tu lawa kan? ;)

  • zool said:

    OO.. dah pakai keta baru ek..
    Tahniahlah aku belum mampu nak tukar lagi..
    banyak tanggungan

  • ….ikhlas dari afyan » Blog Archive » Tips RM: Membeli yang lama tetapi baru said:

    [...] on Balqis Insyirah….ikhlas dari afyan » Blog Archive » Dedikasi Buat Balqis on Warkah Buat May…zaiful on Siapa Afyan?zool on Warkah Buat May…zhar on Sanusi Junid: Dahulu Memecat, Sekarang [...]

  • insy said:

    hmmm…loyar buruk la lawyer nih…

  • ….ikhlas dari afyan » Blog Archive » Debat? said:

    [...] Warkah Buat May… [...]

  • www.afyan.com » Blog Archive » Sentiasa Periksa Angin Tayar Spare Kereta (Bhgn 1) said:

    [...] ya. Ketika itu saya masih menggunakan Merc Kanc. Kelajuan 120 km/j rasanya sudah cukup laju bagi kereta dengan keupayaan padu 850 [...]

  • 9 Perkara Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Renew Roadtax Kereta | www.afyan.com said:

    [...] contoh, sebelum ini anda memakai kereta kancil 850 yang berharga RM 15,000.00, dan NCD kereta anda itu sudah mencecah 55%. Apabila anda bertukar kepada [...]

Leave your response!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.