Home » Archive

Articles in the Entahapahapaentah Category

Ceritaku, Entahapahapaentah »

[30 Jun 2009 | No Comment | ]
Kita berMESRA……

Lupakan sebentar soal takaful, lupakan sebentar soal kerenah pelanggan, lupakan sebentar soal prospek…
Kita berMESRA……

Sekali lagi MESRA 2009 berjaya berlansung dalam 1001 kekangan masa dan tenaga.
Semangat kali ini rasanya berkali ganda berbanding lepas lantaran ini pengalaman kali kedua dibuat dengan bermalam, bermula tahun lalu. Rujuk entri MESRA tahun lalu di: http://afyan.com/ver1/?p=162
Beberapa bulan sebelum program, saya bertungkus lumus menghubungi sahabat handai yang sama belajar di UIA dahulu, dengan segala macam teknologi komunikasi terkini melalui SMS, emel, facebook, yahoogroup, dan sebagainya.
Hari Pertama, 27 jun 2009, 6.00 Petang

MB Negeri Sembilan menyambut kehadiran kami….

Sayup-sayup bangunan …

Entahapahapaentah, Imaginasi, Takaful »

[26 May 2009 | 4 Comments | ]
Takaful untuk Terminator?

Filem “Terminator Salvation” mengingatkan saya tentang pertanyaan seorang prospek takaful saya.
Saya bertemunya di sebuah restoran.
Selepas menerangkan tentang perancangan kewangan, kedudukan takaful di dalam perancangan kewangan, peranan takaful dan sebagainya di bertanyakan soalan tersebut.
Dia bertanya;
”adakah takaful memberi perlindungan apabila berlaku peperangan di negara kita seperti di Palestin?”.
Saya terdiam seketika.
Bukan kerana tidak mengetahui jawapannya.
Terdiam kerana sepanjang ingatan dan pengalaman saya sebagai wakil takaful selama hampir 6 tahun, inilah pertama sekali saya ditanya soalan sebegitu rupa.
Selalunya soalan-soalan yang biasa diajukan ialah bagaimana takaful berfungsi, apakah takaful terbaik, bagaimana membuat tuntutan, berapakah sumbangan …

Entahapahapaentah, Keluarga, Takaful, Wasiat dan Pusaka »

[18 Apr 2009 | 2 Comments | ]
Andainya Aku Pergi Dulu

Andainya aku pergi dulu sebelum mu
Janganlah kau bersedih hati
Andainya aku tiada lagi di sisi mu
Janganlah kau memencil diri
Bayarkanlah hutang-hutang ku semuanya
Gunakan pampasan takaful ku
Yang telah ku wasiatkan untuk mu
Di waktu ku hidup dahulu
Andainya aku pergi dulu sebelum mu
Takkan engkau hidup melara
Andainya aku tiada lagi di sisi mu
Janganlah engkau kecewa
Ku sediakan perlindungan secukupnya
Walaupun jasad ku tiada
Walau di mana kau berada
Kasihku takkan berubah
Di polisi ini ku sediakan perlindungan
Untuk keluarga kita
Perlindungan takaful yang ku sediakan untuk mu
Menyara kehidupan
Di sini ku bersedia dengan polisi
Andainya ku pergi dulu
Jikalau ku pergi dulu
Ku pastikan perlindungan untuk mu
Lagu …

Entahapahapaentah, Isu, Kreativiti »

[10 Jul 2008 | 8 Comments | ]

Demo lo ni tak supo mulo (loghat Kelantan) = Demo sekarang tidak seperti dahulu
Demo dulu-dulu . . . Dibuat di tepi jalan, tepi lebuh raya, depan kedutaan, depan masjid

Demo lo ni tak supo mulo … Di buat di dalam stadium.

Demo dulu-dulu . . … Tempat luah perasaan marah, geram.

Demo lo ni tak supo mulo … Tempat seronok-seronok

Entahapahapaentah, Imaginasi, Kreativiti, Pengguna, Takaful, Urus Wang, Usahawan »

[27 Jun 2008 | 13 Comments | ]

Pernah ditayangkan disiarkan dahulu. Ditayang Disiar kembali dengan beberapa penambahbaikan.

“Kassim Selamat???? Siapa Kassim Selamat??”jerkah Nyonya Mansor.
Sabariah teresak-esak.
“Siapa Kassim Selamat? Lawyer? Majistret?” jerkahnya lagi apabila melihat anak perempuan tunggalnya hanya menangis.
”Ejen takaful,” jawab Sabariah di dalam sendunya.
“Apa???? Ejen takaful ??!!!!”terperanjat besar Nyonya Mansor.
“Pantang nenek moyang aku berkahwin dengan ajen takaful!” jerit Nyonya Mansor kepada Sabariah.
“Tapi mak…!¦” Sabariah merintih.
“Tak ada tapi-tapi. Sekarang kau pilih, sama ada kau kahwin dengan lelaki yang aku suka atau Kassim Selamat” Nyonya Mansor memberi kata dua.
Tanpa menjawab, Sabariah memeluk gambar potret Kassim Selamat yang birainya telah retak …

Ceritaku, Entahapahapaentah, Imaginasi, Keluarga »

[18 Jun 2008 | 17 Comments | ]

Warkah Buat May…
Ke hadapan May yang diingati selalu, maafkan aku atas perpisahan ini…….
Aku tidak mampu untuk menolak takdir yang memisahkan kita berdua. Percayalah, dirimu tetap kurindui selalu sekalipun jasad kita tepisah jauh….
May…..
Ku tahu kau setia. Semenjak aku bujang lagi. Selepas aku berkahwin pun kau masih setia mendampingiku. Kemudian, setelah aku memperolehi seorang cahaya mata pun dikau masih setia…..
Kini hampir 5 tahun hubungan kita….  semuanya tinggal kenangan terindah buat kita berdua…
May…..
Kuharap janganlah dikau tangisi perpisahan ini. Semuanya telah tertulis di dalam lipatan azali. Usah kau ingkar ketentuan Ilahi, …

Entahapahapaentah, Imaginasi, Isu »

[2 Jun 2008 | 3 Comments | ]

(adaptasi dari lagu “Cinta Sakti” nyanyian Def-Gab-C)
Makkal Shakti
Sekarang dah menjadi
Makkal Shakti
Suara hati rakyat ini
Sakti Sakti
kini dah terbukti
Makkal Shakti
Hancur UMNO yang korupsi
Cahaya reformasi UMNO tak peduli
Petrol naik PM tidak peduli
Janji dapat jadi PM lagi
Makkal Shakti
Bila dah bersemi
Sakti
Mahu KJ di sisi
Tanpa mu
PM beku
Anak menantu
Tujuan ku
Abdullah pasangannya Jean
Mahathir pasangannya Hasmah
Khairi pasangannya Nori
Apa pasangannya Azalina
Mari mari
Makkal Shakti
Bila jadi lagi
Sakti sakti
Dapatkah kuasa rakyat di sini
Pulanglah dikau
Ke sangkar tidur mu
Rakyat benci mu
Tanpa mu rakyat maju
Anak menantu tujuan mu

Ceritaku, Entahapahapaentah, Pengguna »

[26 May 2008 | 17 Comments | ]

Sekiranya anda ke kedai-kedai mamak, cuba periksa lauknya: adakah terdapat masakan berlaukkan daging lembu.
 Ya, daging lembu. Inilah kunci untuk membezakan di antara kedai mamak Muslim dengan bukan mamak yang berlagak Muslim.
Kenapa daging lembu? Sebab, tidak mungkin penganut-penganut agama hindu tergamak hendak menyembelih, memasak dan menghidangkan “tuhan” mereka! Di dalam agama Hindu, lembu merupakan haiwan suci yang dianggap tuhan mereka.
Justeru, masakan yang berasaskan daging lembu tidak akan dihidangkan oleh restoran-restoran yang Hindu bukan Muslim yang menyamar Muslim.
Mungkin mereka boleh menipu pelanggan dengan menggantungkan poster-poster al-Quran atau menggaji pekerja-pekerja India Muslim yang …

Ceritaku, Entahapahapaentah »

[25 Apr 2008 | One Comment | ]

Salam Ukhuwah Salam Persahabatan,
Buat semua pengunjung-pengunjung blog www.afyan.com (kalau ada pengunjunglah), terima kasih kerana masih sudi mengunjungi blog yang tidak seberapa ini.
Sebagaimana sebuah rumah usang yang selalu ditinggalkan, mungkin itulah analogi terbaik untuk blog ini.
Seandainya tuan rumah sendiri tidak sudi untuk mengunjungi rumahnya sendiri, apakah hendak diharapkan daripada orang lain untuk mengunjungi rumah tersebut… Oh….
Malah, tidak keterlaluan sekiranya ada jiran-jiran tetangga yang  beranggapan bahawa tuan rumah tersebut telah meninggal dunia. Cuma mayat dan kuburnya tidak tahu entah di mana….
.
.
.
.
.
.
.
(noktah, tiada idea)

Entahapahapaentah, Imaginasi, Isu »

[20 Aug 2007 | 6 Comments | ]

Merdekakah kita??
Merdekakah kita seandainya lebih suka memilih spaghetti, pizzaa dan burger, sedangkan geli untuk menyentuh cencalok, budu dan tempoyak?
Merdekakah kita seandainya lebih suka memilih kedai-kedai makanan barat; McDonalds, Kentucky Fried Chicken, Burger King, dan Kenny Rogers Roaster, sedangkan masih banyak lagi restoran-restoran muslim yang menanti-nantikan kehadiran kita sebagai pelanggan?
Merdekakah kita seandainya masih mendewa-dewakan artis-artis barat; Bradd Pitt, Britney Spears, dan Michael Jackson sedangkan lupa akan nama-nama nabi dan rasul?
Merdekakah kita sekiranya lebih mengagung-agungkan tokoh-tokoh sarjana barat seperti Edward de Bono, John Maxwell, Samuel Hatington, berbanding tokoh-tokoh ulama muktabar seperti as-Shafie, …