Articles in the Imaginasi Category
Entahapahapaentah, Imaginasi, Takaful »
Filem “Terminator Salvation” mengingatkan saya tentang pertanyaan seorang prospek takaful saya.
Saya bertemunya di sebuah restoran.
Selepas menerangkan tentang perancangan kewangan, kedudukan takaful di dalam perancangan kewangan, peranan takaful dan sebagainya di bertanyakan soalan tersebut.
Dia bertanya;
”adakah takaful memberi perlindungan apabila berlaku peperangan di negara kita seperti di Palestin?”.
Saya terdiam seketika.
Bukan kerana tidak mengetahui jawapannya.
Terdiam kerana sepanjang ingatan dan pengalaman saya sebagai wakil takaful selama hampir 6 tahun, inilah pertama sekali saya ditanya soalan sebegitu rupa.
Selalunya soalan-soalan yang biasa diajukan ialah bagaimana takaful berfungsi, apakah takaful terbaik, bagaimana membuat tuntutan, berapakah sumbangan …
Imaginasi, Kreativiti »
Entahapahapaentah, Imaginasi, Kreativiti, Pengguna, Takaful, Urus Wang, Usahawan »
Pernah ditayangkan disiarkan dahulu. Ditayang Disiar kembali dengan beberapa penambahbaikan.
“Kassim Selamat???? Siapa Kassim Selamat??”jerkah Nyonya Mansor.
Sabariah teresak-esak.
“Siapa Kassim Selamat? Lawyer? Majistret?” jerkahnya lagi apabila melihat anak perempuan tunggalnya hanya menangis.
”Ejen takaful,” jawab Sabariah di dalam sendunya.
“Apa???? Ejen takaful ??!!!!”terperanjat besar Nyonya Mansor.
“Pantang nenek moyang aku berkahwin dengan ajen takaful!” jerit Nyonya Mansor kepada Sabariah.
“Tapi mak…!¦” Sabariah merintih.
“Tak ada tapi-tapi. Sekarang kau pilih, sama ada kau kahwin dengan lelaki yang aku suka atau Kassim Selamat” Nyonya Mansor memberi kata dua.
Tanpa menjawab, Sabariah memeluk gambar potret Kassim Selamat yang birainya telah retak …
Ceritaku, Entahapahapaentah, Imaginasi, Keluarga »
Warkah Buat May…
Ke hadapan May yang diingati selalu, maafkan aku atas perpisahan ini…….
Aku tidak mampu untuk menolak takdir yang memisahkan kita berdua. Percayalah, dirimu tetap kurindui selalu sekalipun jasad kita tepisah jauh….
May…..
Ku tahu kau setia. Semenjak aku bujang lagi. Selepas aku berkahwin pun kau masih setia mendampingiku. Kemudian, setelah aku memperolehi seorang cahaya mata pun dikau masih setia…..
Kini hampir 5 tahun hubungan kita…. semuanya tinggal kenangan terindah buat kita berdua…
May…..
Kuharap janganlah dikau tangisi perpisahan ini. Semuanya telah tertulis di dalam lipatan azali. Usah kau ingkar ketentuan Ilahi, …
Entahapahapaentah, Imaginasi, Isu »
(adaptasi dari lagu “Cinta Sakti” nyanyian Def-Gab-C)
Makkal Shakti
Sekarang dah menjadi
Makkal Shakti
Suara hati rakyat ini
Sakti Sakti
kini dah terbukti
Makkal Shakti
Hancur UMNO yang korupsi
Cahaya reformasi UMNO tak peduli
Petrol naik PM tidak peduli
Janji dapat jadi PM lagi
Makkal Shakti
Bila dah bersemi
Sakti
Mahu KJ di sisi
Tanpa mu
PM beku
Anak menantu
Tujuan ku
Abdullah pasangannya Jean
Mahathir pasangannya Hasmah
Khairi pasangannya Nori
Apa pasangannya Azalina
Mari mari
Makkal Shakti
Bila jadi lagi
Sakti sakti
Dapatkah kuasa rakyat di sini
Pulanglah dikau
Ke sangkar tidur mu
Rakyat benci mu
Tanpa mu rakyat maju
Anak menantu tujuan mu
Entahapahapaentah, Imaginasi, Isu »
Merdekakah kita??
Merdekakah kita seandainya lebih suka memilih spaghetti, pizzaa dan burger, sedangkan geli untuk menyentuh cencalok, budu dan tempoyak?
Merdekakah kita seandainya lebih suka memilih kedai-kedai makanan barat; McDonalds, Kentucky Fried Chicken, Burger King, dan Kenny Rogers Roaster, sedangkan masih banyak lagi restoran-restoran muslim yang menanti-nantikan kehadiran kita sebagai pelanggan?
Merdekakah kita seandainya masih mendewa-dewakan artis-artis barat; Bradd Pitt, Britney Spears, dan Michael Jackson sedangkan lupa akan nama-nama nabi dan rasul?
Merdekakah kita sekiranya lebih mengagung-agungkan tokoh-tokoh sarjana barat seperti Edward de Bono, John Maxwell, Samuel Hatington, berbanding tokoh-tokoh ulama muktabar seperti as-Shafie, …
Imaginasi, Kreativiti, Urus Wang »
Kerana dialah Bill Gates menjadi billioaire apabila memilikinya sebanyak 1000000000. Kerana dialah Syed Mokhtar Bukhari menjadi jutawan dan menjadi Melayu terkaya di Malaysia.
Kerana dialah Eric Chia terpaksa berulang alik ke mahkamah hampir setiap hari, dan akhirnya dibebaskan. Kerana dia jugalah Bentong Kali ditembak apabila setelah berkali-kali merompak untuk mendapaykanya.
 Sekeping kertas A4 berguna untuk ditulis. Apabila direnyuk-renyuk hanya layak dijadikan sampah. Namun, sekeping not RM 100 tetap bernilai sekalipun direnyuk, dipijak, dicampak. Â
 Apa ada dengannya sehingga begitu besar sekali kuasanya!
Entahapahapaentah, Imaginasi, Kreativiti »
Poster ini saya dedikasi untuk Masa yang sudi meluangkan masa berbicara soal masa, beberapa masa yang lalu. Pertemuan yang sungguh bermakna itu sehingga saya tidak sedar begitu pantas masa berlalu …
Terima kasih Masa.
Imaginasi »
Di sebuah perhentian, terdengar suara suram mengalu-alukan kehadiran anda….“Salam sejahtera!â€
Suasana tiba-tiba hening, tanpa sebarang suara…. lalu terdengar pula …
“Selamat datang ke perhentian Barzakh! Perhentian yang akan membawa anda ke destinasi yang abadi!†tiba-tiba terdengar suara entah daripada mana…
Suara itu bersambung lagi…
Sebentar tadi anda telah dijemput oleh En Izrail daripada perjalanan kehidupan untuk memasuki perjalanan kematian. Sebagai imbasan, di perjalanan kehidupan yang baru sahaja anda tempuhi sebentar tadi, anda telah menempuhi beberapa perhentian.
Masihkah anda ingat di perhentian pertama sebelum anda memulakan perjalanan kehidupan? Ya, tepat sekali; perhentian roh di mana anda …
Ceritaku, Imaginasi »
Suatu ketika, saya sempat meluangkan masa untuk berbicara dengan Masa….
“Masa, apa khabar?”, sapa saya itu.
“Khabar tidak baik…” jawab Masa tanpa membuang masa.
“Kenapa?”, tanya saya.
“Aku hairan, manusia akhir zaman ini selalu membazirkan aku”, jawab Masa spotan.
“Termasuk akukah?”, tanya saya.
“Jika engkau selalu membuang masa, engkau juga termasuk dengan orang lain yang suka membuang aku”, kata Masa.
“Maafkan aku Masa, kerana selalu membuang engkau”, saya berkata lagi.
“Aku hairan, manusia menganalogikan aku dengan berbagai-bagai metafora. Ada yang kata aku ini umpama emas. Makananya nilai aku sangat tinggi. Namun mereka tidak sedar diriku yang begitu berharga ini …






