Articles in the Isu Category
Headline, Isu »
Perkembangan sepanjang 10 Ramadhan pertama 1431H.
Penemuan turut mendapati sebanyak 34 buah hotel telahmenggunakan istilah Buffet Ramadhan dan 24 buah hotel didapatimenggunakan bahan yang diragui halal.
Hasil pemantauan tersebut, didapati 70 peratus daripada keseluruhan premis berkenaan tidak memenuhi keperluan piawaian Pensijilan Halal Malaysia. Promosi buffet Ramadan yang ditawarkanadalah jelas tidak menepati Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasaan ‘Halal’) 1975.
Untuk maklumat penuh, baca laman Web JAKIM
Berikut adalah senarainya.
1. ONE WORLD HOTEL
FIRST AVENUE
Bandar Utama City Center
47800, Petaling Jaya
2. BISTRO & THEATRE RESTAURANT
139, Pusat Pelancongan Malaysia (MTC)
Jalan Ampang, 50450, Kuala Lumpur
3. IMPIANA KLCC HOTEL & SPA
No.13 Jalan Pinang
50450 Kuala Lumpur
4. HOTEL EQUATORIAL (M) SDN …
Ceritaku, Featured, Isu, Urus Wang »
Dari SKY BIZ, SWISH CASH ke INFINITY DOWNLINE – Berapa kali rakyat Malaysia Perlu Terkena?
www.afyan.com
Skim Infinity Downline mengingatkan saya peristiwa kira-kira 10 tahun lalu.
Ia berlaku kira-kira pada tahun 2000 ….
(kalau dalam filem atau drama Melayu, bunyi sound-track flashback akan berkumandang dan skrin akan menjadi kabur sebentar dan babak seterusnya dalam warna suram atau hitam-putih)
2000 – “ter”jebak.
Pada tahun tersebut saya baru kira-kira setahun jegung menjejakkan kaki di bumi Taman Ilmu dan Budi, UIAM, sebagai mahasiswa.
Tahun 2000 ketika itu Malaysia dilanda demam IT atau Information Technology . Dari kedai makan, sekolah, parlimen …
Ceritaku, Isu, Takaful »
Beberapa hari lalu saya berdiskusi dengan seorang “pakar” insurans.
Mungkin bagi para pembaca yang mengikuti perkara ini di Facebook saya, sudah mengetahui akan perkara ini.
Ia bermula apabila saya terbaca satu tulisan oleh “pakar” tersebut berkenaan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan berkenaan isu hukum insurans konvensional.
Kata pakar tersebut, Majlis Fatwa Kebangsaan dan para ulama telah tersilap dalam mengeluarkan hukum berkenaan kerana mereka bukan pakar insurans. Baginya, hanya pakar insurans yang layak memberi hukum tentang insurans.
Justeru, fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis fatwa yang menghukum insurans konvensional haram adalah satu kesilapan.
Di ruang komen, saya memberi …
Isu, Urus Wang, Wasiat dan Pusaka »
Tulisan ini adalah sambungan tulisan sebelum ini Tiga Abdul dan Faraid : Ilmu Yang Semakin Dilupakan
Hikmah Faraid
Salah satu hikmah Allah menurunkan ilmu faraid ini adalah untuk mengelakkan berlakunya perebutan harta pusaka peninggalan si mati. Semua ahli waris mendapat hak masing-masing. Ini adalah keadilan menurut Islam.
Ia berbeza dengan proses pembahagian harta bagi orang bukan Islam. Penama secara automatik akan menjadi penerima harta atau pampasan harta. Apabila berlaku kematian, maka tidak semua ahli waris akan mendapat harta tersebut.
Malah di dalam undang-undang pewarisan harta bagi bukan Islam, sekiranya ketika hidup pemilik mewasiatkan keseluruhan …
Ceritaku, Isu, Keluarga, Takaful, Wasiat dan Pusaka »
www.afyan.com
Ketika saya belajar di UIAM suatu ketika dahulu, salah satu subjek yang dipelajari adalah ”Probate and Sucession”. Subjek ini mengajar tentang proses pentadbiran dan pewarisan harta pusaka untuk orang Islam dan bukan Islam.
Subjek ini diajar di dalam dua semester atau setahun, bersama subjek-subjek lain.
Dalam subjek ini, saya belajar satu hadith Rasulullah s.a.w yang dilaporkan oleh Imam Ahmad, yang bermaksud; “Hendaklah kamu pelajari ilmu faraidh, maka sesungguhnya ilmu faraidh adalah suruhan dari agama kamu dan bahawasanya ilmu faraidh adalah seperdua daripada ilmu dan yang mula-mula dicabut dari umatku.”.
Pada waktu itu, …
Ceritaku, Isu, Takaful, Tuntutan, Wasiat dan Pusaka »
www.afyan.com
Saya menerima satu maklumat yang agak mengejutkan ketika saya menghadiri satu kursus latihan baru-baru ini.
”Kira-kira 80% suami akan meletakkan nama isteri mereka sebagai penama polisi takaful mereka, namun hanya kira-kira 30% isteri meletakkan nama suami mereka sebagai penama”, kata pegawai latihan tersebut kepada para peserta.
Ia disambut dengan hilai tawa para peserta porgram. Baik lelaki mahupun wanita. Ada yang tersenyum-senyum, terutama wanita. Bagi peserta lelaki pula, nampak senyuman sinis di bibir mereka.
Saya pun agak sedikit terkejut dengan pendedahan tersebut. Apabila diimbas sekali polisi-polisi klien-klien saya sebelum ini, memang tidak dapat dinafikan …
Isu, Takaful »
Sudah lebih 50 tahun kita Merdeka.
Sudah lebih 20 tahun sistem kewangan Islam bertapak di Malaysia.
++++
Sedang saya berurusan di sebuah perbankan Islam, seorang pegawai bank berkenaan menegur saya.
”Buat apa tu dik”, katanya yang berpangkat kakak.
”Hantar borang potongan klien saya”, jawab saya merujuk kepada borang potongan arahan tetap untuk premium bulanan pelanggan saya.
”Oh, potongan untuk apa?”, tanyanya.
”Potongan takaful”, kata saya.
”Puan sudah memiliki takaful?”, tanya saya sebelum dia ”melarikan diri”.
Ramai orang yang akan melarikan diri apabila berjumpa ejen takaful seperti saya. Jadi saya perlu bertindak pantas sebelum dia “lari”
”Oh, saya …
Isu, Pengguna, Takaful »
”Kenapa banyak sangat syarikat takaful?”
”Eh, bukankah Syarikat X adalah syarikat insurans konvesional. Bagaimana syarikat tersebut ada produk takaful?”
”Afyan, awak ejen Takaful Ikhlas, bukan? Sama ke dengan Takaful Ikhlas dengan Takaful Y”?
“Takaful Z? Eh, ada juga syarikat Takaful Z??? Tidak pernah pula saya dengar”
Akhir-akhir ini, saya agak kerap diajukan oleh para pengunjung blog www.afyan.com serta para pelanggan saya tentang kekeliruan mereka terhadap produk dan syarikat takaful yang agak banyak di pasaran.
Malah ada yang terperanjat besar apabila saya katakan yang sekarang ini ada kira-kira 10 syarikat takaful beroperasi di Malaysia! Terkejut yang …
Isu, Takaful, Urus Wang, Wasiat dan Pusaka »
Kes 1:
Aqil dan Maizawati (kedua-dua bukan nama sebenar) telah mendirikan rumah tangga selama 15 tahun. Aqil telah mengambil polisi takaful semenjak daripada mereka belum dikurniakan cahaya mata lagi, dan meletakkan nama isterinya, Maizawati sebagai penama bagi polisi takafulnya. Disangka cerah hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari. Istana bahagia yang mereka layari selama ini tidak mampu bertahan lama akibat orang ketiga.
Akhrinya pasangan ini bercerai dengan baik dan Aqil berkahwin dengan Wahidah (bukan nama sebenar). Malang pula tidak berbau (bukan meniru stail Karam Singh Walia), Aqil meninggal dunia akibat kemalangan …
Ceritaku, Isu, Pengguna »
Saya yakin, ketika tulisan ini ditulis, 50% pengguna internet menerima emel yang bertajuk “Free Laptop From Erricson” yang memaparkan iklan bergambar di bawah;
Saya sendiri telah menerima 5 emel daripada pengirim yang berbeza berkenaan iklan ini dalam masa 10 hari bermula daripada 19 Mei yang lalu.
Iklan tersebut tertulis;
Subject: Free Lap-Top
Hi, everyone
The Ericsson Company is distributing free computer lap-tops in an attempt to match Nokia that has already done so. Ericsson hopes to increase its popularity this way. For this reason, they are giving away the new WAP Laptops. All you need …






