Articles in the Keluarga Category
Featured, Keluarga, Takaful, Tuntutan, Urus Wang »
IKHLAS Senior Citizens: Takaful Untuk Warga Emas
Seingat saya,sepanjang saya mengendalikan blog www.afyan.com, saya tidak pernah mempromosi mana-mana produk takaful secara spesifik.
Sepanjang saya berblog, saya lebih menumpukan kepada penerangan konsep perlindungan takaful dan pengurusan kewangan peribadi. Ia boleh digunakan untuk semua orang tidak kira pelanggan Takaful IKHLAS atau syarikat-syarikat takaful lain di Malaysia.
Tetapi, kali ini saya “tidak dapat menahan diri” saya daripada menceritakan secara khusus produk IKHLAS Senior Citizens Takaful atau Takaful Warga Emas IKHLAS…
Pasaran Tempoh Terhad.
Bermula pada tahun 2004/2005 kalau tidak silap saya, Takaful IKHLAS mula memperkenalkan produk IKHLAS Senior …
Keluarga, Takaful, Urus Wang »
Tulisan ini adalah sambungan daripada tulisan sebelum ini yang bertajuk Membuat Perancangan Simpanan Pendidikan Anak.
Manakah instrumen yang terbaik?
Sekiranya kita menemui seorang wakil takaful untuk meminta plan terbaik bagi pendidikan anak-anak, sudah tentu dia akan mencadangkan plan takaful pendidikan.
Sebaliknya, sekiranya kita menemui seorang ejen unit amanah bagi tujuan yang sama, maka sudah tentu dia akan mencadangkan unit amanah sebagai instrumen terbaik.
Manakala sekiranya kita ke bank-bank pula, sudah tentu pegawai bank akan mencadangkan skim simpanan pendidikan bank berkenaan atau Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN).
Jadi, manakah yang terbaik?
Oleh kerana saya seorang …
Ceritaku, Isu, Keluarga, Takaful, Wasiat dan Pusaka »
www.afyan.com
Ketika saya belajar di UIAM suatu ketika dahulu, salah satu subjek yang dipelajari adalah ”Probate and Sucession”. Subjek ini mengajar tentang proses pentadbiran dan pewarisan harta pusaka untuk orang Islam dan bukan Islam.
Subjek ini diajar di dalam dua semester atau setahun, bersama subjek-subjek lain.
Dalam subjek ini, saya belajar satu hadith Rasulullah s.a.w yang dilaporkan oleh Imam Ahmad, yang bermaksud; “Hendaklah kamu pelajari ilmu faraidh, maka sesungguhnya ilmu faraidh adalah suruhan dari agama kamu dan bahawasanya ilmu faraidh adalah seperdua daripada ilmu dan yang mula-mula dicabut dari umatku.”.
Pada waktu itu, …
Entahapahapaentah, Keluarga, Takaful, Wasiat dan Pusaka »
Andainya aku pergi dulu sebelum mu
Janganlah kau bersedih hati
Andainya aku tiada lagi di sisi mu
Janganlah kau memencil diri
Bayarkanlah hutang-hutang ku semuanya
Gunakan pampasan takaful ku
Yang telah ku wasiatkan untuk mu
Di waktu ku hidup dahulu
Andainya aku pergi dulu sebelum mu
Takkan engkau hidup melara
Andainya aku tiada lagi di sisi mu
Janganlah engkau kecewa
Ku sediakan perlindungan secukupnya
Walaupun jasad ku tiada
Walau di mana kau berada
Kasihku takkan berubah
Di polisi ini ku sediakan perlindungan
Untuk keluarga kita
Perlindungan takaful yang ku sediakan untuk mu
Menyara kehidupan
Di sini ku bersedia dengan polisi
Andainya ku pergi dulu
Jikalau ku pergi dulu
Ku pastikan perlindungan untuk mu
Lagu …
Ceritaku, Keluarga »
Bukan Mohon Simpati, Cuma Pinta Doa Disusuli….
Salam hormat, buat kawan-kawan pembaca…
Saya berfikir berpuluh-puluh kali sebelum menulis entri ini di dalam blog ini. Ia terlalu personal. Asalnya ia adalah emel melalui yahoogroup yang saya tulis buat rakan-rakan terdekat saya.
Semenjak minggu lalu saya berfikir untuk memasukkannya sebagai entri di blog ini, dan akhirnya hari ini barulah saya melaksanakannya…..
Saya tidak tahu bagaimana hendak memulakannya, namun apa yang saya pinta hanyalah doa daripada sahabat-sahabat dan pengunjung-pengunjung semua.
Selepas melahirkan zuriat kami pada 19 Februari yang lalu, isteri saya mengalami sedikit masalah urat saraf yang …
Ceritaku, Keluarga »
Segagah-gagah Lelaki, Belum Tentu Mampu Menggalas Sebuah Kelahiran
www.afyan.com
“Kalau boleh biar abang sahaja yang bersalin. Biar abang yang tanggung kesakitan ini” kata saya sambil menatap wajah isteri. Dengan tujuan untuk menenang dan menghiburkannya.
“Ish.. Abang ni.” katanya sambil tersenyum. Nampak kepayahan pada wajahnya.
Moga “lawak cerdik” serba sedikit dapat menghiburkan hatinya.
Jam menunjukkan pukul 5 petang. Maknanya sudah kira-kira dua jam isteri saya ditahan di wad selepas membuat pemeriksaan kira-kira jam 2 petang tadi…
Sesudah mununuikan solat Asar, saya berlegar di ruang menunggu bilik bersalin. Sejujurnga, saya sendiri tidak dapat bayangkan bagaimana sekiranya “lelaki” …
Isu, Keluarga, Kreativiti, Pengguna »
Tanah oh Tanah
Kenapa engkau runtuh?
Macam mana aku tak runtuh,
Ada air mengalir.
Air oh air,
Kenapa engkau mengalir?
Macam mana aku tak mengalir,
Takungan aku terhakis.
Takungan oh takungan,
Kenapa engkau terhakis,
Macam mana aku tak terhakis,
Bukit habis ditarah.
Bukit oh bukit,
Kenapa engkau ditarah?
Macam mana aku tak ditarah,
Pemaju nak bina rumah.
Pemaju oh pemaju,
Kenapa engkau bina rumah?
Macam mana aku tak bina.
Sebab PBT dah luluskan.
PBT oh PBT,
Kenapa engkau luluskan?
Macam mana aku tak luluskan,
Kerajaan dah bagi green light.
Kerajaan oh kerajan,
Kenapa bagi green light,
Macamana aku tak ….. eh, itu kerajaan lama la!
Ceritaku, Isu, Keluarga, Pengguna, Urus Wang »
Kali pertama mendengar nama Buluhmas adalah kira-kira beberapa hari sebelum bulan Ramadhan yang lalu.
Dengan motto “biar di manapu, kami iklankan”, Buluhmas bergerak mengrekrut promoter-promoter untuk mempromosi stiker Buluhmas.
Daripada bulan Ramadhan hingga ke Syawal, rasanya tidak kurang 10 orang yang bercerita tentang skim “pelaburan” Buluhmas ini.
Malah ia menjadi topik perbahasan hangat ketika sanak saudara berkumpul dalam bulan syawal lali.
“Syarikat ini membantu bumiputera Muslim”, kata seorang ahli saudara.
“Ia mempunyai rangkaian kedai dan merancang untuk membina sebuah hyper-market di setiap negeri”, tambahnya lagi.
“Untuk permulaan kita perlu membayar RM 15 sahaja untuk mendapat upah …
Ceritaku, Keluarga »
Nombor-nombor bertuah (khurafat?)
13 menjadi angka kegemaran Pak Lah apabila membubarkan parlimen pada 13 Februari 2008, dan plat keretanya bernombor 13. Ternyata Pak Lah tersilap percaturan apabila Barisan Nasional mencipta rekod terburuk dalam sejarah Malaysia merdeka.
8 Mac setiap tahun bakal menjadi tarikh fobia bagi Semi Velue Samy Vellu apabila tewas di kerusi tradisinya pada hari ulangtahunnya yang ke 72. Setiap tahun pasti Samy Vellu akan menyambut hari lahirnya dengan wajah yang sugul mengenangkan tarikh ulangtahun kekalahannya.
8 Mac juga diharapkan sebagai tuah oleh Dato’ Sir Khir Toyo sebelum pilihan raya lalu, apabila …






