Home » Archive

Articles in the Kreativiti Category

Kreativiti »

[17 Sep 2009 | 7 Comments | ]
Selamat Hari Raya Aidil-Fitri!

Sorong papan tarik papan,
Buah keranji dalam perahu,
Berakhir sudah bulan Ramadhan,
Tahun hadapan tidak siapa tahu.
Dua tiga kucing berlari,
Mana nak sama si kucing belang,
Selamat hari raya aidil-fitri,
Sambutlah syawal dengan penuh gemilang!

Isu, Keluarga, Kreativiti, Pengguna »

[16 Dec 2008 | 3 Comments | ]
Tanah oh tanah, kenapa engkau runtuh?

Tanah oh Tanah
Kenapa engkau runtuh?
Macam mana aku tak runtuh,
Ada air mengalir.
Air oh air,
Kenapa engkau mengalir?
Macam mana aku tak mengalir,
Takungan aku terhakis.
Takungan oh takungan,
Kenapa engkau terhakis,
Macam mana aku tak terhakis,
Bukit habis ditarah.
Bukit oh bukit,
Kenapa engkau ditarah?
Macam mana aku tak ditarah,
Pemaju nak bina rumah.
Pemaju oh pemaju,
Kenapa engkau bina rumah?
Macam mana aku tak bina.
Sebab PBT dah luluskan.
PBT oh PBT,
Kenapa engkau luluskan?
Macam mana aku tak luluskan,
Kerajaan dah bagi green light.
Kerajaan oh kerajan,
Kenapa bagi green light,
Macamana aku tak ….. eh, itu kerajaan lama la!

Ceritaku, Isu, Kreativiti »

[24 Nov 2008 | No Comment | ]
Suara Di Perhentian….

Siaran ulangan sempena isu “video sajak kematian”….

Suara Di Perhentian
Di sebuah perhentian, terdengar suara suram mengalu-alukan kehadiran anda….
“Salam sejahtera!”
Suasana tiba-tiba hening, tanpa sebarang suara, lau terdengar pula …
”Selamat datang ke perhentian Barzakh! Perhentian yang akan membawa anda ke destinasi yang abadi!” tiba-tiba terdengar suara entah daripada mana…
Suara itu bersambung lagi…
Sebentar tadi anda telah dijemput oleh En Izrail daripada perjalanan kehidupan untuk memasuki perjalanan kematian. Sebagai imbasan, di perjalanan kehidupan yang baru sahaja anda tempuhi sebentar tadi, anda telah menempuhi beberapa perhentian.
Masihkah anda ingat di perhentian pertama sebelum anda memulakan perjalanan …

Ceritaku, Isu, Kreativiti, Seni »

[16 Oct 2008 | 3 Comments | ]
Siapa Selepas Shah Rukh Khan?

Sungguh murah “harga” sebuah gelaran Datuk di Malaysia.
Rata-rata rakyat Malaysia membantahnya. Buktinya, di dalam undian SMS di dalam Buletin Utama TV3 pada 14 Oktober, 91% pengundi menolak BN tidak bersetuju dengan soalan “Adakah anda bersetuju anugerah Datuk kepada Shah Rukh Khan mempengaruhi pelancongan malaysia ? ”.

Imaginasi, Kreativiti »

[13 Sep 2008 | 2 Comments | ]
AKADEMI RAMADHAN

Maklumat lanjut, rujuk di sini.
Kana-kanak pun ada yang mendaftar diri di akademi ini!

Entahapahapaentah, Isu, Kreativiti »

[10 Jul 2008 | 8 Comments | ]

Demo lo ni tak supo mulo (loghat Kelantan) = Demo sekarang tidak seperti dahulu
Demo dulu-dulu . . . Dibuat di tepi jalan, tepi lebuh raya, depan kedutaan, depan masjid

Demo lo ni tak supo mulo … Di buat di dalam stadium.

Demo dulu-dulu . . … Tempat luah perasaan marah, geram.

Demo lo ni tak supo mulo … Tempat seronok-seronok

Entahapahapaentah, Imaginasi, Kreativiti, Pengguna, Takaful, Urus Wang, Usahawan »

[27 Jun 2008 | 13 Comments | ]

Pernah ditayangkan disiarkan dahulu. Ditayang Disiar kembali dengan beberapa penambahbaikan.

“Kassim Selamat???? Siapa Kassim Selamat??”jerkah Nyonya Mansor.
Sabariah teresak-esak.
“Siapa Kassim Selamat? Lawyer? Majistret?” jerkahnya lagi apabila melihat anak perempuan tunggalnya hanya menangis.
”Ejen takaful,” jawab Sabariah di dalam sendunya.
“Apa???? Ejen takaful ??!!!!”terperanjat besar Nyonya Mansor.
“Pantang nenek moyang aku berkahwin dengan ajen takaful!” jerit Nyonya Mansor kepada Sabariah.
“Tapi mak…!¦” Sabariah merintih.
“Tak ada tapi-tapi. Sekarang kau pilih, sama ada kau kahwin dengan lelaki yang aku suka atau Kassim Selamat” Nyonya Mansor memberi kata dua.
Tanpa menjawab, Sabariah memeluk gambar potret Kassim Selamat yang birainya telah retak …

Imaginasi, Kreativiti, Urus Wang »

[1 Aug 2007 | No Comment | ]

Kerana dialah Bill Gates menjadi billioaire apabila memilikinya sebanyak 1000000000. Kerana dialah Syed Mokhtar Bukhari menjadi jutawan dan menjadi Melayu terkaya di Malaysia.
Kerana dialah Eric Chia terpaksa berulang alik ke mahkamah hampir setiap hari, dan akhirnya dibebaskan. Kerana dia jugalah Bentong Kali ditembak apabila setelah berkali-kali merompak untuk mendapaykanya.
 Sekeping kertas A4 berguna untuk ditulis. Apabila direnyuk-renyuk hanya layak dijadikan sampah. Namun, sekeping not RM 100 tetap bernilai sekalipun direnyuk, dipijak, dicampak.  
 Apa ada dengannya sehingga begitu besar sekali kuasanya!

Entahapahapaentah, Imaginasi, Kreativiti »

[26 Jul 2007 | One Comment | ]

Poster ini saya dedikasi untuk Masa yang sudi meluangkan masa berbicara soal masa, beberapa masa yang lalu. Pertemuan yang sungguh bermakna itu sehingga saya tidak sedar begitu pantas masa berlalu …
Terima kasih Masa.

Kreativiti, Program Training »

[17 Jul 2007 | 2 Comments | ]

 

“Sekeping gambar mampu mengungkapkan seribu perkataan…”