Home » Archive

Articles in the Pengguna Category

Ceritaku, Pengguna, Usahawan »

[30 Aug 2009 | 7 Comments | ]
13 Tip di Bazar Ramadhan

Ketika saya sedang menaip tulisan ini, sudah genap lapan hari umat Islam di Malaysia berpuasa pada tahun 1430 ini.
Maka lapan hari jugalah saya tidak pernah mengunjungi bazar Ramadhan tahun ini. Semoga saya dapat kekalkan prestasi ini sehingga ke akhir bulan Ramadhan.
Sebelum saya menceburi sepenuhnya bidang takaful ini, saya pernah berniaga di bazar Ramadhan… Ops, bocor rahsia
Saya berniaga membantu ibu saudara saya, seorang peniaga di ibu kota. Saya membantunya semenjak daripada belajar di kampus sehingga selepas keluar daripada kampus.
Malu? Seorang graduan undang-undang, berniaga bazar Ramadhan. Hmmm…. ada juga bertembung …

Isu, Pengguna, Takaful »

[18 Jun 2009 | 7 Comments | ]
Takaful X, Takaful Y dan Takaful Z? Peninglah!

”Kenapa banyak sangat syarikat takaful?”
”Eh, bukankah Syarikat X adalah syarikat insurans konvesional. Bagaimana syarikat tersebut ada produk takaful?”
”Afyan, awak ejen Takaful Ikhlas, bukan? Sama ke dengan Takaful Ikhlas dengan Takaful Y”?
“Takaful Z? Eh, ada juga syarikat Takaful Z??? Tidak pernah pula saya dengar”
Akhir-akhir ini, saya agak kerap diajukan oleh para pengunjung blog www.afyan.com serta para pelanggan saya tentang kekeliruan mereka terhadap produk dan syarikat takaful yang agak banyak di pasaran.
Malah ada yang terperanjat besar apabila saya katakan yang sekarang ini ada kira-kira 10 syarikat takaful beroperasi di Malaysia! Terkejut yang …

Ceritaku, Isu, Pengguna »

[1 Jun 2009 | 8 Comments | ]
Laptop PERCUMA daripada Ericson !!!

Saya yakin, ketika tulisan ini ditulis, 50% pengguna internet menerima emel yang bertajuk “Free Laptop From Erricson” yang memaparkan iklan bergambar di bawah;

Saya sendiri telah menerima 5 emel daripada pengirim yang berbeza berkenaan iklan ini dalam masa 10 hari bermula daripada 19 Mei yang lalu.
Iklan tersebut tertulis;

Subject: Free Lap-Top
Hi, everyone
The Ericsson Company is distributing free computer lap-tops in an attempt to match Nokia that has already done so. Ericsson hopes to increase its popularity this way. For this reason, they are giving away the new WAP Laptops. All you need …

Pengguna, Takaful, Urus Wang »

[17 Mar 2009 | 5 Comments | ]
9 Perkara Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Memperbaharui <em>Roadtax </em>Kenderaan

9 Perkara Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Memperbaharui Roadtax Kenderaan
www.afyan.com
1. Bilakah selalunya anda memperbaharui cukai jalan (roadtax) kereta anda?
Pengalaman saya selaku wakil takaful, ramai pemilik kenderaan yang melakukannya di saat-saat akhir sebelum tamat roadtax. Malah ramai juga yang melakukannya selepas tamat tempoh.
Sebenarnya, cukai jalan boleh diperbaharui 60 hari sebelum tamat tempohnya.
Ya, 60 hari! Tidak percaya? Sila lihat geran kereta anda. Oho….tentu ramai juga yang tidak pernah membelek geran kereta sebaik sahaja membeli kereta, bukan?
Tidak mengapa, sila klik pada gambar rajah geran di bawah ini, dan lihatlah sendiri.

(gambar ihsan :http://renewroadtax.com)
2. Jangan serah bulat-bulat …

Ceritaku, Pengguna, Takaful, Urus Wang »

[14 Mar 2009 | 4 Comments | ]
AWAS Kepada Pemegang <em>Medical Card</em>: Kisah dan Panduan

AWAS Kepada Pemegang Medical Card: Kisah dan Panduan
www.afyan.com
Dewasa ini penggunaan medical card semakin meluas dan mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia. Lebih-lebih lagi apabila semakin banyak syarikat takaful turut menyediakan pelan perlindungan ini. Ia semakin mendapat sambutan khususnya untuk orang Melayu.
Beberapa hari berada di hospital menemani orang yang tersayang di hospital, menemukan saya kepada beberapa peristiwa dan pengalaman peribadi yang melibatkan penggunaan medical card.
Jadi di sini saya ingin kongsikannya bersama-sama dengan kawan-kawan dan para pembaca blog www.afyan.com. Saya bahagikan kepada dua segmen; segmen A menceritakan beberapa pengalaman dan …

Isu, Pengguna, pelaburan »

[13 Feb 2009 | 27 Comments | ]
ASB dan ASN Tidak Halal? Suruhanjaya Sekuriti VS Majlis Fatwa

Fax bertarikh 12 Februari 2009 ini saya terima melalui pada 13 Februari 2009. Kepantasan teknologi memungkinkan segala-galanya serba kemungkinan. Maka dengan kepantasan teknologi juga, saya meng’upload’ fax ini ke dalam blog saya
Jelas, isi kandungan fax berkenaan menegaskan tentang pendirian Suruhanjaya Sekuriti untuk tidak bersetuju dengan keputusan yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa berhubung keharusan ASN dan ASB.
Polemik ASN dan ASB ini menjadi polemik yang tidak sudah-sudah sejak dahulu sehingga sekarang. Kalau tidak silap saya sejak tahun 80-an lagi isu ini sudah dibangkitkan,.
Tahun lalu, menjelang PRU 12, tiba-tiba Majlis Fatwa …

Isu, Pengguna »

[18 Jan 2009 | No Comment | ]

Isu, Keluarga, Kreativiti, Pengguna »

[16 Dec 2008 | 3 Comments | ]
Tanah oh tanah, kenapa engkau runtuh?

Tanah oh Tanah
Kenapa engkau runtuh?
Macam mana aku tak runtuh,
Ada air mengalir.
Air oh air,
Kenapa engkau mengalir?
Macam mana aku tak mengalir,
Takungan aku terhakis.
Takungan oh takungan,
Kenapa engkau terhakis,
Macam mana aku tak terhakis,
Bukit habis ditarah.
Bukit oh bukit,
Kenapa engkau ditarah?
Macam mana aku tak ditarah,
Pemaju nak bina rumah.
Pemaju oh pemaju,
Kenapa engkau bina rumah?
Macam mana aku tak bina.
Sebab PBT dah luluskan.
PBT oh PBT,
Kenapa engkau luluskan?
Macam mana aku tak luluskan,
Kerajaan dah bagi green light.
Kerajaan oh kerajan,
Kenapa bagi green light,
Macamana aku tak ….. eh, itu kerajaan lama la!

Isu, Pengguna »

[23 Oct 2008 | 7 Comments | ]
Iklan Raya Petronas 2008

Mungkin agak lewat entri ini.
Ketika kali pertama menonton iklan raya Petronas kali ini, saya menyangkakan ia adalah iklan TM atau sekurang-kurangnya iklan Streamyx.

Rupa-rupanya iklan raya Petronas!
Rasanya iklan raya Petronas 2007 yang memaparkan cerita “burung apa? burung murai!” lebih mendalam kesannya ke dalam hati penonton.
Atau lebih syahdu lagi iklan raya Petronas 2006 tentang kisah “abah dah pakai lampin?”, yang mempu membuatkan penonton menitiskan air mata.
Ironinya, iklan TM “sebab masa atuk dan nenek ada, abah tak pernah balik kampung”, tahun ini lebih menyentuh perasaan berbanding iklan Petronas.
Cuba lihat …

Ceritaku, Isu, Keluarga, Pengguna, Urus Wang »

[14 Oct 2008 | 26 Comments | ]
Alahai Buluhmas…. (Update)

Kali pertama mendengar nama Buluhmas adalah kira-kira beberapa hari sebelum bulan Ramadhan yang lalu.
Dengan motto “biar di manapu, kami iklankan”, Buluhmas bergerak mengrekrut promoter-promoter untuk mempromosi stiker Buluhmas.
Daripada bulan Ramadhan hingga ke Syawal, rasanya tidak kurang 10 orang yang bercerita tentang skim “pelaburan” Buluhmas ini.
Malah ia menjadi topik perbahasan hangat ketika sanak saudara berkumpul dalam bulan syawal lali.
“Syarikat ini membantu bumiputera Muslim”, kata seorang ahli saudara.
“Ia mempunyai rangkaian kedai dan merancang untuk membina sebuah hyper-market di setiap negeri”, tambahnya lagi.
“Untuk permulaan kita perlu membayar RM 15 sahaja untuk mendapat upah …