Home » Archive

Articles in the Usahawan Category

Ceritaku, Usahawan »

[11 Sep 2009 | 6 Comments | ]
Saya, Magnet dan …

Nota awal – Tulisan di bawah bukan saya yang menulisnya;
Dari LL.B ke Ejen Insurans
Semasa di universiti dulu, saya menuntut dalam jurusan undang-undang di sebuah institut pengajian tinggi awam di Malaysia. Ketika itu saya berpeluang mengenali ramai individu-individu hebat, berkarisma dan berpotensi. Di kalangan para penuntut undang-undang, ramai yang berimpian untuk menjadi peguam termasuk juga saya. Di buku-buku teks dan nota-nota para mahasiswa tercatat perkataan, “Lawyer in the making’” yang bermaksud peguam dalam pembikinan. Ini menggambarkan kehebatan semangat para penuntut undang-undang.

Saya tidak berhasrat menceritakan kisah saya yang tidak menjadi peguam atau …

Ceritaku, Pengguna, Usahawan »

[30 Aug 2009 | 7 Comments | ]
13 Tip di Bazar Ramadhan

Ketika saya sedang menaip tulisan ini, sudah genap lapan hari umat Islam di Malaysia berpuasa pada tahun 1430 ini.
Maka lapan hari jugalah saya tidak pernah mengunjungi bazar Ramadhan tahun ini. Semoga saya dapat kekalkan prestasi ini sehingga ke akhir bulan Ramadhan.
Sebelum saya menceburi sepenuhnya bidang takaful ini, saya pernah berniaga di bazar Ramadhan… Ops, bocor rahsia
Saya berniaga membantu ibu saudara saya, seorang peniaga di ibu kota. Saya membantunya semenjak daripada belajar di kampus sehingga selepas keluar daripada kampus.
Malu? Seorang graduan undang-undang, berniaga bazar Ramadhan. Hmmm…. ada juga bertembung …

Ceritaku, Takaful, Usahawan »

[12 Aug 2009 | 3 Comments | ]
Bisnes, Takaful dan …

Kalau boleh saya tidak mahu melakukanya.
Memang saya tidak sempat. Malah kalau diikutkan, sudah lebih sebulan pihak ejensi meminta saya menyiapkannya.
Ini adalah tahun ketiga saya membuatnya, bermula pada 2007. Ketika itu saya masih lagi masih lagi menerima tempahan bisnes printing yang saya lakukan semenjak 2003 lagi.
Asalnya ketika mula-mula saya menjadi perunding takaful pada 2003, saya memperkenalkan juga bisnes percetakan ini. Lalu saya mendapat tempahan-tempahan daripada rakan-rakan perunding lain untuk mencetak bahan-bahan promosi seperti bisnes kad, banner, banting, iklan dan sebagainya.
Namun, apabila bisnes takaful saya semakin berkembang sedikit demi sedikit maka …

Ceritaku, Takaful, Usahawan »

[17 Jul 2009 | 16 Comments | ]
Tips Mulakan Bisnes Dengan Modal Minimum – JANGAN SEWA PEJABAT

Tulisan ini adalah sambungan daripada beberapa tulisan yang lalu dalam siri Tips Memulakan Bisnes Dengan Modal Minimum. Tulisan-tulisan saya sebelum ini adalah;
Entri 1: Latar Belakang Pengalaman
Entri 2: Pengalaman Ngeri Bisnes Modal Lebih RM 1,000.00
Entri 3: Lagi Pengalaman Ngeri Bisnes Modal Lebih RM 1,000.00
Ini adalah siri ke-4 dan mungkin yang terakhir untuk siri tulisan tajuk ini.
Jika sebelum ini saya lebih banyak menumpukan kepada pengalaman-pengalaman ngeri saya, jadi di sini saya ingin berkongsi beberapa tips yang mungkin boleh dijadikan panduan kepada para pembaca.
JANGAN SEWA PEJABAT

Secara umumnya pejabat akan menjadi kos bisnes yang …

Ceritaku, Usahawan »

[9 Jul 2009 | 8 Comments | ]
Tips Bisnes: Mulakan Dengan Modal Minimum (Siri 3)

Ini adalah sambungan tulisan saya dalam siri “Tips Bisnes: Mulakan Dengan Modal Minimum”, yang boleh diiukuti di;
1. Siri 1: http://afyan.com/ver1/?p=1027
2. Siri 2: http://afyan.com/ver1/?p=1037
Secara umumnya, siri pertama adalah tips bisnes, manakala bagi siri kedua dan ketiga kali ini, ia sebenarnya adalah perkongsian pengalaman peribadi.
Di siri ketiga ini, saya kongsikan pengalaman “Bisnes Bunga Konvo”
Bisnes ini adalah bisnes kedua dan terakhir saya memulakan dengan modal melebihi RM 1000.00. Selepas peristiwa ini, saya menjadi serik mengeluarkan modal melebihi RM 1000.00. Mungkin bagi orang lain, RM 1000 adalah modal yang terlalu kecil untuk memulakan …

Ceritaku, Usahawan »

[3 Jul 2009 | 7 Comments | ]
Tips Bisnes: Mulakan Dengan Modal Minimum (Siri 2)

Entri ini adalah sambungan daripada entri yang lalu tentang strategi bisnes dengan menggunakan modal yang kecil; http://afyan.com/ver1/?p=1027
Kebanyakan bisnes yang pernah saya cuba, tidak memerlukan modal tinggi, kerana saya tidak berani mengambil risiko yang tinggi.
Tambahan pula sememangnya ketika saya ”terjebak dan terjerumus” di dalam bidang bisnes ini, saya tidak memiliki modal yang tinggi. Yang ada hanyalah lebihan duit PTPTiPu PTPTN ketika belajar, yang pinjamannya masih belum saya lansgsaikan sepenuhnya sebagaimana ramai pembaca di luar…haha…
Pengalaman sedih dalam bisnes yang memerlukan modal melebihi RM 1000.00, memeritkan saya.
Bisnes Kad Prepaid
Bisnes sebagai pembekal kad …

Ceritaku, Usahawan »

[1 Jul 2009 | 13 Comments | ]
Tips Bisnes: Mulakan Dengan Modal Minimum

Seorang teman menghubungi saya untuk mendapatkan pendangan tentang perancangannya untuk memulakan bisnes.
Terharulah pula….sebab saya bukanlah seorang usahawan yang berjaya. Saya hanyalah seorang perunding takaful
Oh, mungkin saya adalah orang terakhir yang dirujukinya selepas mendapat pandangan daripada ramai tokoh-tokoh usahawan berjaya.
”Berapakah modal untuk mulakan bisnes tersebut?”, soalan saya apabila berhadapan dengan rakan-rakan yag ingin memulakan bisnes sendiri.
Ya, modal adalah perkara yang penting di dalam bisnes, selepas ilmu bisnes. Kerana ia akan menjadi penentu kepada untung rugi bisnes berkenaan.
Modal besar tidak semestinya menjamin untung yang besar. Begitu juga modal yang kecil, …

Ceritaku, Usahawan »

[13 Apr 2009 | 11 Comments | ]
Mengapa Mahu Jadi Ejen Takaful?

Membaca entri blog Pakdi semalam dan blog Ust Hasrizal sebelum itu, mengimbau kenangan pahit maung menjadi seorang usahawan dan seterusnya perunding takaful sepenuh masa.
Semenjak daripada zaman persekolahan rendah lagi saya minat berniaga. Saya masih ingat lagi , ketika berada di dalam darjah empat, saya mengambil kad-kad raya ibu bapa saya untuk dijadikan penanda buku atau bookmark. Kemudian ia dijual dan pulangan keuntungannya 100% sebab ia dibuat tanpa sebarang modal
Saya juga pernah mengikuti makcik dan pakcik saya berniaga pasar malam. Juga kadang-kadang mambantu beliau di bazar Ramadhan pada …

Usahawan »

[13 Apr 2009 | 5 Comments | ]
Peluang Kerjaya dan Pendapatan: SKIM LATIHAN DUAL NASIONAL

SKIM LATIHAN DUAL NASIONAL: KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

Pengenalan

Skim ini diadakan dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia.
Ia bertujuan untuk melahirkan usahawan takaful yang kompeten dan berdaya saing.
Terbuka kepada semua warga Malaysia yang berusia 18 – 35 tahun. Pemegang Sijil / Diploma / Ijazah amat digalakkan.

Faedah

Elaun bulanan RM 300.00 akan diberikan oleh Kementerian Sumber Manusia kepada para perantis yang memenuhi syarat.
Komisen sehingga 6 tahun diberikan oleh syarikat Takaful Ikhlas.
Latihan secara intensif diadakan setiap minggu Selasa, jam 8.00 malam di Bangunan Takaful Ikhlas, Petaling Jaya, Selangor.
Boleh dilakukan …

Ceritaku, Usahawan »

[4 Jul 2008 | 11 Comments | ]

“Afyan…” sapa satu suara.
“Eh….”, satu wajah yang dikenali, tapi saya agak lupa namanya.
“Apa awak buat di sini?”, tanyanya. Saya masih belum cam namanya.
“Jumpa klien”, jawab saya ringkas. Otak saya ligat mengimbas kawan-kawan ketika belajar dahulu.
“Wah, mesti banyak kes awak ye?”, tanyanya lagi. Namanya masih belum menjengah ke pemikiran saya.
“Kes? Adalah sikit-sikit..”, saya dapat rasakan yang perkataan “kes” yang dia maksudkan tidak sama dengan “kes” yang saya makdudkan.
“Wah, awak dengan firm mana sekarang?”, tanyanya lagi. Betul jangkaan saya. Dia ada satu tanggapan awal kepada saya yang tidak tepat. Kala …