Articles in the Wasiat dan Pusaka Category
Isu, Urus Wang, Wasiat dan Pusaka »
Tulisan ini adalah sambungan tulisan sebelum ini Tiga Abdul dan Faraid : Ilmu Yang Semakin Dilupakan
Hikmah Faraid
Salah satu hikmah Allah menurunkan ilmu faraid ini adalah untuk mengelakkan berlakunya perebutan harta pusaka peninggalan si mati. Semua ahli waris mendapat hak masing-masing. Ini adalah keadilan menurut Islam.
Ia berbeza dengan proses pembahagian harta bagi orang bukan Islam. Penama secara automatik akan menjadi penerima harta atau pampasan harta. Apabila berlaku kematian, maka tidak semua ahli waris akan mendapat harta tersebut.
Malah di dalam undang-undang pewarisan harta bagi bukan Islam, sekiranya ketika hidup pemilik mewasiatkan keseluruhan …
Ceritaku, Isu, Keluarga, Takaful, Wasiat dan Pusaka »
www.afyan.com
Ketika saya belajar di UIAM suatu ketika dahulu, salah satu subjek yang dipelajari adalah ”Probate and Sucession”. Subjek ini mengajar tentang proses pentadbiran dan pewarisan harta pusaka untuk orang Islam dan bukan Islam.
Subjek ini diajar di dalam dua semester atau setahun, bersama subjek-subjek lain.
Dalam subjek ini, saya belajar satu hadith Rasulullah s.a.w yang dilaporkan oleh Imam Ahmad, yang bermaksud; “Hendaklah kamu pelajari ilmu faraidh, maka sesungguhnya ilmu faraidh adalah suruhan dari agama kamu dan bahawasanya ilmu faraidh adalah seperdua daripada ilmu dan yang mula-mula dicabut dari umatku.”.
Pada waktu itu, …
Ceritaku, Isu, Takaful, Tuntutan, Wasiat dan Pusaka »
www.afyan.com
Saya menerima satu maklumat yang agak mengejutkan ketika saya menghadiri satu kursus latihan baru-baru ini.
”Kira-kira 80% suami akan meletakkan nama isteri mereka sebagai penama polisi takaful mereka, namun hanya kira-kira 30% isteri meletakkan nama suami mereka sebagai penama”, kata pegawai latihan tersebut kepada para peserta.
Ia disambut dengan hilai tawa para peserta porgram. Baik lelaki mahupun wanita. Ada yang tersenyum-senyum, terutama wanita. Bagi peserta lelaki pula, nampak senyuman sinis di bibir mereka.
Saya pun agak sedikit terkejut dengan pendedahan tersebut. Apabila diimbas sekali polisi-polisi klien-klien saya sebelum ini, memang tidak dapat dinafikan …
Isu, Takaful, Urus Wang, Wasiat dan Pusaka »
Kes 1:
Aqil dan Maizawati (kedua-dua bukan nama sebenar) telah mendirikan rumah tangga selama 15 tahun. Aqil telah mengambil polisi takaful semenjak daripada mereka belum dikurniakan cahaya mata lagi, dan meletakkan nama isterinya, Maizawati sebagai penama bagi polisi takafulnya. Disangka cerah hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari. Istana bahagia yang mereka layari selama ini tidak mampu bertahan lama akibat orang ketiga.
Akhrinya pasangan ini bercerai dengan baik dan Aqil berkahwin dengan Wahidah (bukan nama sebenar). Malang pula tidak berbau (bukan meniru stail Karam Singh Walia), Aqil meninggal dunia akibat kemalangan …
Entahapahapaentah, Keluarga, Takaful, Wasiat dan Pusaka »
Andainya aku pergi dulu sebelum mu
Janganlah kau bersedih hati
Andainya aku tiada lagi di sisi mu
Janganlah kau memencil diri
Bayarkanlah hutang-hutang ku semuanya
Gunakan pampasan takaful ku
Yang telah ku wasiatkan untuk mu
Di waktu ku hidup dahulu
Andainya aku pergi dulu sebelum mu
Takkan engkau hidup melara
Andainya aku tiada lagi di sisi mu
Janganlah engkau kecewa
Ku sediakan perlindungan secukupnya
Walaupun jasad ku tiada
Walau di mana kau berada
Kasihku takkan berubah
Di polisi ini ku sediakan perlindungan
Untuk keluarga kita
Perlindungan takaful yang ku sediakan untuk mu
Menyara kehidupan
Di sini ku bersedia dengan polisi
Andainya ku pergi dulu
Jikalau ku pergi dulu
Ku pastikan perlindungan untuk mu
Lagu …
Takaful, Urus Wang, Wasiat dan Pusaka »
“Berapakah jumlah perlindungan yang perlu saya ambil?” tanya seorang prospek kepada saya.
“Sekurang-kurangnya lapan kali ganda gaji tahunan encik ”, kata saya.
“Mmmm…. Kalau begitu maknanya saya perlu ambil perlindungan sebanyak RM 500 ribu lah?”, tanyanya sambil membuat kira-kira.
“Nampaknya begitulah”, kata saya sambil membahagikan jumlah 500 ribu tersebut dengan 8 dan dibahagi dengan 12 untuk mendapat tahu anggaran pendapatannya sebulan.
Jumlah 8 kali ganda ini adalah jumlah minimum untuk menghadapi situasi paling buruk di dalam kehidupan, iaitu kematian.
Kenapa 8 kali ganda?






