Majlis Fatwa Silap, Insurans Halal – “Pakar” Insurans
Beberapa hari lalu saya berdiskusi dengan seorang “pakar” insurans.
Mungkin bagi para pembaca yang mengikuti perkara ini di Facebook saya, sudah mengetahui akan perkara ini.
Ia bermula apabila saya terbaca satu tulisan oleh “pakar” tersebut berkenaan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan berkenaan isu hukum insurans konvensional.
Kata pakar tersebut, Majlis Fatwa Kebangsaan dan para ulama telah tersilap dalam mengeluarkan hukum berkenaan kerana mereka bukan pakar insurans. Baginya, hanya pakar insurans yang layak memberi hukum tentang insurans.
Justeru, fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis fatwa yang menghukum insurans konvensional haram adalah satu kesilapan.
Di ruang komen, saya memberi pandangan saya untuk mempertahankan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan dengan hujah-hujah saya.
Dia membalas hujah-hujah saya.
Kemudian saya membalas hujah-hujahnya.
Kemudian, dia membalas balik hujah-hujah balas saya.
Kemudian, saya membalas balik hujah-hujah balas ke atas hujah-hujah balas saya.
Begitulah yang berlaku dalam masa beberapa jam.
Ia berlaku di ruang Facebook beliau. Melalui ruang komen tulisannya yang mempertikaikan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan.
Namun entah kenapa, akhir sekali dia membuang kesemua diskusi tersebut dari ruan komen.
Tetapi, saya sempat menyimpannya.
Para pembaca boleh membuat penilaian sendiri….

Inilah tulisan tersebut. Dia sendiri yang menulis dia mewakili “pakar” insurans. Saya cuba menyemak perkataan “pakar insurans” di dalam website Malaysian Insurance Institute, tetapi tidak berjumpa. Saya tidak pasti siapa yang mengiktiraf ke”pakar”an tersebut.
Berikut adalah sebahagian daripada diskusi tersebut yang sepatutnya terdapat di ruang facebook tersebut tetapi telah dibuang. Hanya ini sahaja yang sempat saya “selamatkan”.













Selepas itu, saya tidak lagi boleh masuk lagi ke dalam FB tersebut. Mungkin saya telah di”block”.
Namun, saya masih lagi boleh mengikuti perkembangannya melalui pengkhabaran rakan-rakan FB lain.
Malahan, ada juga yang “menyambung” diskusi tersebut yang mempertahankan Majlis Fatwa akhirnya diban dan diblok untuk masuk.
Yang paling mengejutkan, akhir sekaliartikel dan diskusi itu ditutup terus daripada dipaparkan.
Atas ihsan seorang rakan FB, beliau sempat “menyimpan” tulisan penuh tersebut.
Jika ada yang ingin membacanya, sudi-sudilah menyertai saya di Facebook
Lain-lain berkaitan:
- Penama Takaful/Insurans : Jangan Letak Nama Anak!
- Dari SKY BIZ, SWISH CASH ke INFINITY DOWNLINE – Berapa kali rakyat Malaysia Perlu Terkena?
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.
Terima kasih kerana sudi membaca blog www.afyan.com, yang dimiliki oleh Sdra Afyan Mat Rawi, seorang perunding kewangan Islam dan takaful. Tuan-puan boleh manfaatkan kandungan blog ini untuk disiar kembali dengan merujuk blog ini sebagai sumbernya bagi mengelakkan salah faham. Sebarang komen dan persoalan boleh diajukan melalui ruang komen di bawah ini atau melalui emel afyan.ikhlas[@]gmail.com. Sudi-sudikan juga untuk menambah rakan Facebook di http://www.facebook.com/afyan.ikhlas








Salam Afyan,
Tahniah kerana berani menegakkan kebenaran.
Kalau dia benar dia tidak akan delete posting tersebut.
Moga dirahmati Allah
Assalamualaikum Tuan,
ini fenomena biasa masyarakat kita masa kini.Cuba berhujah,bukan dengan rasional bahkan membawa kepada emosional.
http://tanya-ustaz.blogspot.com/2009/12/blog-20-rasional-vs-emosional.html
Benar,ulama’ mungkin bukan serba serbi tahu mengenai insurans.Tetapi menuduh ulama’ memutuskan hukum tanpa rujukan kepada pakar bidang tertentu ialah 1 kenyataan yang emosional lagi membelakangkan(kata lembut bagi biadap)terhadap kepakaran ulama’ sendiri.
Ilmu syariah,walaupun tak menjadi pakar insurans,bermula dari ilmu Usul Fiqh ilmu mengenai cara mengeluarkan sesuatu hukum hinggalah menyentuh mengenai ilmu muamalat(kewangan,insurans dan yang berkaitan).Memperkatakan sesuatu hukum,Imam Malik ada menyebut akan menentukan seseorang yang mengeluarkan hukum itu sama ada berada di syurga atau neraka!
Jangan sekadar bermuzakarah di FaceBook , bermuzakarahlah sendiri dengan Majlis Fatwa.
Dunia,dunia akhir zaman…ulama’ dilecehkan.
Saya sukar mengikuti perkembangan diskusi ini kerana tidak ikuti dari awal. Tetapi saya agak terkilan, sebagai pakar dalam bidang insuran konvensional, mengapa tidak dilanjutkan sahaja perbincangan ini. Tindakan memblok dan menutup diskusi itu salah satu tanda yang menyekat budaya perbincangan. Saya tidak nampak unsur-unsur serangan melainkan penghujahan.
Jika tuan dapat keluarkan satu artikel berkenaan Majlis Fiqh Sedunia tahun 70-an itu mungkin dapat mencerahkan lagi perbincangan ini. Usah ditutup perbincangan ini dengan tertutupnya kehendak tuan yang disebut pakar itu daripada membincangkannya.
Saya kira tuan itu pun keliru juga dalam pemilihan panel, mengapa dengan kredibiliti beliau tidak digunakan mengadakan muzakarah melibatkan panel dalam majlis fatwa sendiri. Bimbang program itu menjadi program belasahan sahaja.
[...] umumnya saya berpendapat, istilah insurans itu sendiri bukan lah faktor pengharaman insurans. Sebab tiada ayat Quran dan Hadis yang [...]
pakar insuran???
kejap saya cari kat google
aku dah google, cari maksud pakar insuran
yang aku dapat adalah
http://myais.fsktm.um.edu.my/744/
Terima kasih atas respon semua.
Saya sendiri terlibat di dalam diskusi tersebut secara tidak sengaja.
Malah tidak merancang pun untuk membuat satu posting khusus tentang perkara ini.
Tidak salah untuk tidak bersetuju, namun biarlah kena dengan cara dan hujah, bukan dengan menyerang peribadi.
Pertama kali membaca tulisan tersebut, ia menyerang kredibiliti Majlis Fatwa kebangsaan.
Yang paling ditekankan di dalam tulisan tersebut, penulis mendakwa dirinya sebagai “pakar insurans” dan pakar ugama tidak layak memberi pendapat tentang insurans.
Beliau mencabar pakar-pakar ugama untuk bermuzakarah dengan beliau, namun ruang muzakarah dia dengan saya pun ditutup sama sekali.
Wassalam
Bagi yg ingin mengenali si ‘Pakar’:
AZHA SYAZRI HJ AZIZAN (H/P: 012-2011-555)
http://www.simpanduit.com/team.html
http://www.youtube.com/watch?v=b20EyGmZ7Pw
http://www.mail-archive.com/sahabatinteraktif@yahoogroups.com/msg37680.html
http://www.mail-archive.com/sahabatinteraktif@yahoogroups.com/msg37376.html
fikir secara logik.
1.Mungkin dia tutup sbb tak nak layan dengan orang2 yang tetap dengan pendirian tanpa mahu berfikir secara lebih terbuka.
2.Apa yang saya nampak sbg pelanggan:- Agent takaful selalu menekankan konsep halal haram semata2. Tidak dari segi benefit kepada cust. Sedangkan apabila dicompare produk, mereka tidak dapat compete dr segi harga.
3.Saya sbg pengguna hanya mahukan yg terbaik dengan nilai duit yg saya keluarkan. Asalkan produk tu halal pelaburannya saya tidak kisah samada takaful@ insurans.
4.Yg sy tak suka-kalau agent tu melampau2 mengutuk produk org lain.Produk dia aje yg betul.Kalau jumpa agent macam ni, saya terus tak nak dengar dan BLAH dari tempat penerangan
hehehe… congrats! belasah cukup-cukup mamat tue.
Kalau nama takaful, mesti problematik dia punya operasi. Banyak makan duit orang, claim susah, suka luputkan org punye takaful walaupun dah byar bulan2. kalau insuran, sangat cekap. Ini berdasarkan pengalaman saye
Saya cuba mengakses laman web simpanduit.com tapi tidak dapat akses. Maka saya akses guna cara kedua. Saya puji cara presentasi web beliau. Memenuhi prinsip online marketing. Susunan artikel, pemilihan tajuk entri dan cara beliau mencipta heading semuanya selesa untuk pengunjung. Mungkin presentasi teks sahaja perlu gunakan font lebih besar.
Web beliau keseluruhan mesra pembaca.
Salam Afyan,
Berkaitan tentang halal tentang halal haram insuran nie, saya memang amat confuse. Setiap agen memberi penerangan yang berbeza. Saya ada ambil takaful dgn prudential, tapi yg sy diberitahu prudential tu haram.tetapi agen saya kata mereka ada lesen takaful.soalan saya:jika saya ambil takaful drp syarikat konvensiaonal, adakah hukumnya haram?bagaimana lesen takaful diperolehi?saya ada dgr lesen nie boleh dibeli.harap dapat jawapan yg jelas dr afyan. terima kasih.
hairan juga kenapa pening2 dgn insuran dan takaful..pada saya ia ibarat mcm ni….katakan kita ada anak bini.kita tak kerja.kita nk bg anak bini makan minum.adakah dibolehkan kita merompak dan menyamun utk dptkan duit.niat kita baik nk bg anak bini makan.atau kita cari kerja halal @ berniaga,dpt duit bg anak bini makan….seperti itu jg ibaratnya insuran & takaful..niatnya sama.
kalau masih ragu2,pendapat saya ikut saja ulamak.kerana kalau fatwa kebangsaan dan ulamak fiqh dunia itu salah,sudah tentu syarikat konvensional besar2 saman dorg sbb ia merosakkan bisnes mereka.maknanya tuduhan tersebut melulu dan fitnah.mengharamkan mereka sesuka hati tanpa mengkaji insuran.hairan juga saya.spt juga prudential membuka takaful.kenapa mereka tak pertahankan bahawa fatwa tu salah seperti kata pakar insuran kita tu…dan adakah pakar tersebut juga seorang yg hafaz quran,tafsir serta hadis utk menidakkan fatwa ni.mereka berfikir dr sudut dunia semata2.
cthnya seorang pelacur yg mempunyai 3 anak.kita kata melacur itu haram.kenapa pula haram katanya?saya melacur dgn niat nk membesarkan anak saya,nak bg mereka makan.urusan jual beli sy sbg pelacur sah apa?saya melacur,sesudah itu mereka bayar.harga saya sudah tetapkan awal2.tiada sebarang unsur gharar dll…
walau apapun,ada baiknya bertukar kpd takaful.kenapa nk pertaruhkan pendapat ulama dan memekakkan telinga.kata fatwa ada unsur riba didalam insuran.riba al-fadl & an-nasiah dll.menurut hadits thabrani,satu dirham terlibat riba..dosa sama spt 36 kali zina..kata abu hurairah pula,terlibat riba dbalasi 70 dosa dan yg paling ringan adalah seperti lelaki menjimaki ibunya sendiri.hadis ini dtgnya drpd apa yg Rasulullah SAW sabdakan.jadi sanggup ke kita nk berjudi dan berkeras mempertahankan insuran dan terus mengambil nsuran…renung2kan
Salam.. syabas tuan! terkadang mereka akan memutar belitkan segala bagi membenarkan hujah mereka.. saya juga dulu buta pasal kewangan Islam… tapi dengan bloggers seperti Ust Zaharuddin, Pakdi dan bloggers seperti anda.. Alhamdulillah.. saya kini jadi lebih jelas..
sekarang pun dah jadi agen takaful.. hehe.. InsyaAllah, di samping dapat mencari pendapatan tambahan.. say juga harap dapat mempertingkatkan sistem ekonomi dan perbankan Islam… InsyaAllah
dah lama saudara simpan duit ni dok menegakkan insuran itu halal.
kalau cari kat forum, nick dia “simpanduit” xsilap saya.
mmg ramai dah yg dok berdebat dengan dia tentang halal haram insuran ni.
mmg dia selalu mengiktiraf diri dia sebagai PAKAR insuran.
saya pun tak faham apa yg cuba dia perjuangkan. jarang ada orang yg nak lawan dengan majlis fatwa ni..
apa pun, teruskanlah usaha kita dengan takaful
Syabas Tuan Afyan,
Hujah tuan memang baik dan tuan berada di pihak yang benar…
Sebelum ini saya pernah terbaca post tersebut dalam FB beliau dan agak terkejut dan terkilan…
Saya kira untuk mendakwa sesuatu perkara itu biarlah kita belajar dan lihat kepada kedua-dua sisi…
Jangan hanya melihat pada satu sisi dan kemudian menghukum satu sisi yang lain tanpa belajar terlebih dahulu…
Apabila kita terlalu taksub kepada satu – satu ilmu yang kita ada, maka kita mula menutup minda kita daripada lebih terbuka untuk menerima ilmu yang lain pula..
Sebelum nie, saya tergerak juga nak ‘perbetulkan’ kenyataan beliau yang mengatakan “Insuran itu halal”..tetapi tak sempat nak berhujah..
Alhamdullilah, tuan dah melaksanakan tanggungjawab tersebut…
p/s: Hujah ‘Lawyer’ VS Hujah ‘Pakar Insuran’..mesti lawyer menang punya
Salam.
Syabas. Tahniah. Atas usaha anda.
Sama-sama kita doakan semoga “Pakar Insurans” diberi taufik dan hidayah.
Salam
Terima kasih Sdr Afyan kerana masih bercerita di belakang saya.
Saya tak pernah delete posting tersebut. Saya block sdr sebab sdr tak pernah jawab apa jua counter-argument yang saya berikan. Sebaliknya, sdr acap-kali cuba mencari sesuatu untuk dipersalahkan atau dipertikaikan dengan tujuan untuk menjatuhkan kredibiliti saya, sedangkan topik yang ingin dibincangkan itu (iaitu hujah hujah halal haram insurans), langsung sdr tidak ketengahkan satu persatu.
Sdr boleh rujuk balik chatlog dan komen komen di atas and see what you did. In the end, sdr sibuk nak lakukan personal attack dengan mempertikai kepakaran saya, sedangkan saya jauh lebih arif tentang insurans daripada sdr sendiri. Apatah lagi ulama ulama yang buta insurans.
Kawan2 sdr yang saya block, bukan kerana saya tak kasi mereka baca, sebab mereka melakukan spamming di wall & notes saya. Pun terikut ikut gaya personal attack sdr. So, jangan sekadar pandai menuduh tanpa mendapatkan penjelasan sebenar. Itu bukan cara Islam.
Rakan-rakan,
Saya tidak sekali-kali menyekat / mem’block’ / men’delete’ sebarang perbincangan di blog ini sekalipun ia bertentangan dengan pendapat saya, sebagaimana yang telah dilakukan ke atas saya.
Teruskan…
Ulama-ulama buta Insuran? fuhh ayat….Jangan tunggu sakaratul maut tiba!!
Kerna Duit…ramai yg pandai membuat hukum sendiri dan cakap Para Ulama tidak tahu apa2. Sama keadaan macam kes SwissCash.
Orang lain pun buat Insuran juga tak lah semacam ini…….heran aku.
Hujjah pakar insuran bab produk ok ,bab agama kena tanya pada pakar agama.bab hukum tentulah kena rujuk pakar agama.Hujjah Afyan betul
Si Luncai terjun dengan Labu-labunya!
Biarkan! Biarkan!
saudara kata ulama buta insuran. bagi mereka pula saudara ni buta hukum.
saudara kata mereka, baru kerja bank dah anggap faham insuran.
saudara pula baru belajar agama dah nak lawan majlis fatwa..
saudara kena pakar insuran dan pakar hukum.. bukan sekadar pakar insuran dah boleh perbetul hukum..
senang je, berubah la kepada takaful.. kenapa nak terus menegakkan benang yang basah.
orang lain pun ada gak buat insuran lagi.. tp dah tau salah tu diam2 dah ler.. xyah kecoh2 lg.. :p
Assalamualaikum saudara Afyan dan saudara-saudara yang lain
saya terjumpa blog ini dan saya bersedia untuk bermuzakarah dengan saudara atas perkara ini kerana saya rasa saya telah banyak menulis tentang takaful dan ramai wakil-wakil takaful telah membaca buku saya, “Takaful Teori dan Praktis” yang diterbitkan pada tahun 1997 dan telah menggunakan hujjah-hujjah didalamnya untuk memasarka produk-produk takaful. Walaubagaimanapun saya dapati kebanyakan tidak membacanya dengan teliti dan ramai wakil-wakil takaful telah membuat kesilapan yang besar dan saya harap dapat kita selesaikan perkara ini. saya boleh dihubungi di azmanwong@gmail.com tel : 03-78809200 atau 016-9776007
Assalamualaikum wmt wbt saudara Afyan dan saudara-saudara yang lain
Saya ingin mengadakan muzakarah dengan saudara2 kerana saya rasa ramai wakil-wakil takaful telah membuat kesilapan yang besar dan tidak mengetahui selok belok insurans dan takaful. Saya boleh dihubungi di azmanwong@gmail.com atau tel 03-78809200 atau 016-9776007
Assalamualaikum amt wbt saudara Afyan dan saudara2 yang lain
Saya terbaca blog ini dan ingin bermuzakarah dengan saudara2 kerana saya rasa ramai wakil wakil insurans mahupun takaful tidak mengetahui selok-belok insurans dan takaful dan telah melakukan kesilapan yang sangat besar. saya boleh dihubngi di azmanwong@gmail.com atau tel 03-78809200 atau 016-9776007
Ada sesiapa yang sudi untuk mengaturkan satu diskusi terbuka di antara “Pakar Insurans” dengan ahli Syariah?
Saya sedia untuk memanggil panelis yang mewakili ahli dalam bidang syariah dan muamalah Islam. Oh, buakn saya orangnya. Saya hanya seorang wakil takaful.
Saya akan memanggil rakan-rakan saya yang bekerja sebagai Pegawai Syariah di mana-mana syariakt takaful atau bank.
macamnilah,..saya nak tanya pakar insuran,ada beza tak antara tinggal sebumbung dengan awek kita tanpa kahwin dengan tinggal sebumbung lepas kahwin???
Salam sdr afyan,
Good presentation.
Nabi SAW juga menghadapi perkara2 ini dalam perjuangan dakwah baginda. Bahkan sehingga menumpahkan darah. Inilah yang dikatakan hakikat perjuangan.
Teruskan sdr afyan menyampaikan dakwah.
Saya juga sedang bergiat menyampaikan misi dan visi dakwah ini di seluruh negara. Mudah2han ALLAH SWT membantu perjuangan kita dan memberikan kemenangan buat Muamalah Islam.
Assalamualaikum
Saya menyokong perbualan seperti ini…walaupun setakat ini ia tertutup, namun banyak pengalaman yang kita boleh ambil daripada muzakarah ini…apapun, kita mesti ingat, HIDAYAH tu datang daripada Allah swt…sedangkan bapa saudara Nabi saw sendiri Allah swt tak beri hidayah atas sebab2 tertentu dan adakah disebabkan bapa saudara Nabi saw itu orang yang lemah pengetahuan ttg Islam? jawapannya, tidak. Beliau juga adalah pakar agama dan tahu tentang selok belok Islam. Jadi, dalam konteks muzakarah kita ni, kedua2nya merasakan diri adalah benar, masakan kebenaran itu hanya Allah swt yang Maha Mengetahui. Walaubagaimanapun, berpihak kepada ulama’ adalah jalan terbaik kerana Allah menyediakan “ulil amri” sebagai rujukan kes2 semasa. Maha Suci Allah yang masih memberi rahmatnya melalui ulama’…Subhanallah
saya dah baca diskusi ni dari awal….now bukan soal insuran halal atau haram, tapi kredibliti para ulama dalam majlis fatwa tu jer….hukum yang lebih besar yang melibatkan kepentingan ummah sperti yang disarankan oleh Al-Quran….hudud, Takzir dan Qisas…tak berani deme nak buat muzakarah dan buat fatwa….knape, takut miss syoruu…ulama taik minyak. Saya memang mengaku keluar tajuk, tapi saja nak bagi tau….gua tak respek sama itu ulama yang cari makan…
Terima kasih atas respon rakan-rakan, semoga tulisan ini dapat dikongsi-untuk manfaat semua. Saya masih menanti jika ada mana-mana pihak yang mempertikaikan perkara ini, terutama Sdra Azha untuk aturkan disusi terbuka. Saya bersedia untuk menyediakan panelisnya.
Leave your response!
Facebook
Afyan Mat Rawi | Create Your Badge

AFYAN merupakan seorang Penolong Pengurus Unit Takaful Keluarga di Takaful Ikhlas Sdn Bhd. Memulakan karier selaku perunding takaful dan kewangan Islam sebaik sahaja beliau bergelar graduan daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Undang-undang (LL.B), pada tahun 2003. Baca Selanjutnya
Sembang
Sponsor
Subscribe www.afyan.com
Blogroll
Login
Pages
Categories
Arkib
Terkini
Respon
Random Posts
Most Commented
Recent Posts