Mengapa Mahu Jadi Ejen Takaful?
Membaca entri blog Pakdi semalam dan blog Ust Hasrizal sebelum itu, mengimbau kenangan pahit maung menjadi seorang usahawan dan seterusnya perunding takaful sepenuh masa.
Semenjak daripada zaman persekolahan rendah lagi saya minat berniaga. Saya masih ingat lagi , ketika berada di dalam darjah empat, saya mengambil kad-kad raya ibu bapa saya untuk dijadikan penanda buku atau bookmark. Kemudian ia dijual dan pulangan keuntungannya 100% sebab ia dibuat tanpa sebarang modal
Saya juga pernah mengikuti makcik dan pakcik saya berniaga pasar malam. Juga kadang-kadang mambantu beliau di bazar Ramadhan pada bulan puasa semenjak daripada tahun satu di UIA sehingga selepas grad. Juga berniaga ketika pesta konvokesyen universiti setiap tahun.
Selepas Grad
Itu cerita lama. Cerita zaman belajar.
Cerita selepas grad pula. Sebaik sahaja grad daripada kampus kehidupan pada 2003, saya cuba mencari jalan dan haluan yang berbeza daripada rakan-rakan.
Kawan-kawan lain kebanyakannya chambering. Ada juga yang menyambung ke peringkat sarjana. Tidak kurang juga yang menyambung ijazah kedua. Saya pula? Merangkak menongkah arus.
Kebetulan ketika saya grad bersamaan dengan bulan Ramadhan. Saya membantu makcik saya di gerainya berniaga roti goreng di bazar Ramadhan.
Ya, seorang lulusan undang-undang di gerai bazar Ramadhan melaung-laung memanggil pelanggan yang lalu lalang. Malah ada juga kadang-kadang terserempak dengan kawan-kawan sepengajian ketika berniaga.
Tidak malukah? Kadang-kadang timbul juga suara-suara sinis sebegini, sehingga saya berasa seolah-olah berada di dalam kandang orang bersalah di mahkamah.
Bisnes Pertama
Bisnes pertama saya adalh bisnes kad prepaid. Modalnya lebih daripada RM 1K. Cukup besar bagi seorang graduan seperti saya. Modal daripada lebihan wang PTP-Tipu PTPTN zaman belajar.
Modal daripada duit saya sendiri. Bukan daripada MARA, MEcD, bank, along atau kad kredit. Saya masih ingat lagi, ketika mula-mula mencari pembekal, naik-turun bangunan HQ CELCOM di jalan semarak dan HQ MAXIS di KLCC, semata-mata untuk untuk menjadi pembekal kad-prepaid!
Sebenarnya modal saya itu manalah cukup untuk menjadi pembekal kad-kad tersebut. Paling boleh pun sub-sub-sub pembekal. Aduh, sakit juga apabila terkenangkannya…..
Inilah bisnes pertama saya dengan modal sebanyak RM 1K. Saya serik melakukannya. Tambahan pula marginnnya terlalu rendah dibandingkan dengan kerja yang dilakukan, iaitu 4-8% sahaja. Lebih baik duit ini dilaburkan dalam ASB. Masa ni fatwa ASB belum keluar
Saya juga pernah mencuba bisnes printing. Bisnes ini antara bisnes yang margin keuntungannya amat meberansangkan.
Selain itu, saya pernah mencuba bisnes menjual bunga untuk pesta konvokesyen. Ini merupakan bisnes kedua dan terakhir saya menggunakan modal lebih RM 1K, selepas bisnes kad-prepaid. Kenapa terakhir? Saya serik!
Bisnes Takaful
Sebenarnya saya menjadi ejen takaful semenjak 2003 lagi, iaitu sebaik sahaja grad daripada kampus. Pada awalnya saya lakukan sekadar mencuba-cuba untuk mendapat pendapatan tambahan. Ia bermula secara tidak sengaja apabila menghantar resume ke sebuah syarikat takaful melalui seorang senior. Lalu beliau ter’hantar’ resume tersebut kepada seorang pengurus ejensi yang sedang mencari ejen.
Sebenarnya bisnes takaful tidak sesuai dengan jiwa saya sebab ia bukan product-oriented, berbanding dengan bisnes-bisnes lain yang saya lakukan. Bisnes lain yang saya pernah lakukan termasuklah percetakan, pembekal buku, perunding latihan, menjual bunga, dan tidak ketinggalan MLM.
Bisnes takaful merupakan service-oriented. Komitmen yang diperlukan adalah tinggi untuk memberi servis yang terbaik kepada pelanggan. Inilah sebenarnya yang menjadi kekangan untuk saya meneruskan bisnes takaful ini.
Namun, Allah berkehendakkan sebaiknya. Pengurus ejensi saya seorang yang cukup komited membuat follow-up terhadap saya. Allah menggerakkan hatinya untuk selalu meng”follow-up” saya setiap masa. Hampir penuh inbox SMS telefon saya dengan mesej-mesej motivasinya.
Hinggalah saya kehilangan telefon saya pada pertengahan 2004. Saya bertukar nombor telefon. Saya mempunyai pilihan untuk mengekalkan nombor yang asal, namun saya tidak memilihnya kerana memerlukan saya membayar RM 50. Tambahan pula, ia boleh dijadikan jalan untuk memutuskan hubungan saya dengan ejensi takaful saya.
Namun, Allah berkehendakkan sebaliknya. Hampir-hampir setahun juga bisnes takaful hilang daripada ingatan saya. Takdir Allah, memungkinkan segala-galanya. Pengurus ejensi saya masih “berjaya” menghubungi saya selepas itu, dan semenjak itulah saya mula “terpaksa” minat dengan bisnes takaful.
Daripada terpaksa kepada suka. Daripada kekok kepada seronok.
Sedar tidak sedar sudah masuk tahun ke-enam saya menjadi perunding takaful sepenuh masa. Sedar tidak sedar juga telah masuk tahun ke-enam juga saya berkecimpung di dalam bidang muamalat Islam ini.
Terima kasih pengurus ejensi saya; En Isa Sabitan, yang membimbing saya selama ini.
Rupa-rupanya bisnes ini lebih baik untuk saya berbanding berapa bisnes yang saya lakukan sebelum ini.
Jika tahun-tahun awal saya menceburi bidang keusahawanan, sesekali saya menoleh juga haluan yang telah saya lalui selama itu, dengan persoalan “benarkah jalan yang kuambil ini?”.
Kini, selepas lima tahun saya gembira menempuh jalan ini malah mengalu-alukan sesiapa di luar sana untuk menyertai jalan ini.
P/S: Pengambilan baru untuk Skim Latihan Dual Nasional dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia, sedang dilakukan. Daftarlah sekarang!
No related posts.
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.
Terima kasih kerana sudi membaca blog www.afyan.com, yang dimiliki oleh Sdra Afyan Mat Rawi, seorang perunding kewangan Islam dan takaful. Tuan-puan boleh manfaatkan kandungan blog ini untuk disiar kembali dengan merujuk blog ini sebagai sumbernya bagi mengelakkan salah faham. Sebarang komen dan persoalan boleh diajukan melalui ruang komen di bawah ini atau melalui emel afyan.ikhlas[@]gmail.com. Sudi-sudikan juga untuk menambah rakan Facebook di http://www.facebook.com/afyan.ikhlas









aku tak bagi komen pun
ko dapat kesan yer
hehehe
kalau bidang komputer
boleh buat parttime
walaupun ada bacelor
rasanya orang takkan persoalkan
tapi bidang komputer tiada pengawalan
takde pulak kena jadi ahli kelab pulak hehehe
kalau bidang lain tak tahu pulak
Amin007, Jom jadi ejen takaful! Boleh buat side-income
mmm
nanti aku solat hajat dulu
Pergh… siap solat hajat tu. Macamana, hasil solat hajat tu?
Kalau taknak jadi ejen, jadi klien takaful saya pun takpe
me tak fandaii wat bisnes one uoolsss..
En_Me,
taknak buat bisnes takpe. Tapi kalau belum ada polisi takaful, boleh saya terangkan kepentingannya kepada En_Me
salam… jomla kte kongsi ilmuberniaga sama2
amer^zanvi,
Sekadar pengalaman peribadi sahaja yang mampu saya coretkan di sini
Salam tuan, sy belum ada polisi insuran lagi. Plan nak amnbik insuran ngan jadi agen sekali…. Sy sms tuan x balas, maybe tuan bz kot.
[...] Dalam banyak-banyak bisnes saya tadi, hanya dua kali saya memulakan bisnes dengan modal melebihi RM 1000, iaitu bisnes pembekal kad pra-bayar (prepaid card) dan bisnes jualan bunga ketika konvo. Sebahagian kecil pernah saya coretkan di tulisan saya beberapa bulan lalu yang bertajuk ” Mengapa Mahu Jadi Ejen Takaful?” di http://afyan.com/ver1/?p=742. [...]
salam…semua..ada sapa2 nak join bisnes scoreA..?anak score A,kita score RM..insyaAllah..hubungi saya 0172418679 atau 0193975998
Leave your response!
Facebook
Afyan Mat Rawi | Create Your Badge

AFYAN merupakan seorang Penolong Pengurus Unit Takaful Keluarga di Takaful Ikhlas Sdn Bhd. Memulakan karier selaku perunding takaful dan kewangan Islam sebaik sahaja beliau bergelar graduan daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Undang-undang (LL.B), pada tahun 2003. Baca Selanjutnya
Sembang
Sponsor
Subscribe www.afyan.com
Blogroll
Login
Pages
Categories
Arkib
Terkini
Respon
Random Posts
Most Commented
Recent Posts