Home » Takaful, Urus Wang, pelaburan

Modul Piramid Pengurusan Kewangan

4 September 2009 8 Comments

Ini adalah lanjutan tulisan saya sebelum ini yang bertajuk, 7 Langkah: Asas Pengurusan Kewangan.

Modul ini saya guna di dalam setiap pembentangan saya selaku perunding takaful dan kewangan Islam. Modul yang saya bangunkan sedikit demi sedikit kira-kira dua tahun lalu ini masih belum sempurna  dan terbuka untuk sebarang penambahbaikan.

Modul yang sama juga saya gunakan untuk sesi ceramah atau latihan kepada para fresh graduan dan pelajar-pelajar tahun akhir IPT.

Secara keseluruhannya, penerangan di dalam tulisan sebelum ini, saya simpulkan dalam gambar rajah berikut;

Gambarajah: Piramid Pengurusan Kewangan

Piramid Pengurusan Kewangan ini membahagikan INSTRUMEN , TUJUAN dan PRODUK/CONTOH.

Pembahagian ini adalah untuk memahami perbezaan antara satu instrumen dengan instrumen yang lain.

Instrumen-instrumen ini perlu digunakan dengan betul berdasarkan tujuan masing-masing-masing. Jika tidak ia akan menghasilkan keputusan yang berbeza daripada yang diharapkan.

Perkara ini pernah saya analogikan antara pisau dengan kapak di dalam tulisan saya dahulu yang bertajuk; Jangan Gunakan Kapak Untuk Memotong Sayur!.

Memahami TUJUAN dan PRODUK setiap INSTRUMEN kewangan, boleh mengelakkan kita daripada menggunakan “PISAU” untuk “MENEBANG POKOK” perlu dielakkan. Jika tidak, “POKOK” tidak tumbang, malah “PISAU” kita pula yang akan tumpul.

Sebagai contoh, produk TAKAFUL adalah sebagai instrumen PERLINDUNGAN. Maka ia janganlah dianggap sebagai instrumen untuk SIMPANAN atau PELABURAN. Sekalipun di dalam sesetengah produk TAKAFUL mempunyai elemen SIMPANAN dan PELABURAN, namun tujuan utama dan asalnya ia adalah untuk PERLINDUNGAN.

Oleh yang demikian, apabila kita membuat sumbangan sebanyak RM 100 sebulan, maka ia bukan bermakna kita telah membuat SIMPANAN sebanyak RM 1,200 setahun di dalam polisi takaful tersebut.

Begitu juga untuk memahami produk UNIT AMANAH, ia adalah produk untuk PELABURAN. Maka, ia tidak dapat lari daripada elemen RISIKO. Justeru, ia sama sekali tidak sama dengan produk-produk untuk SIMPANAN yang tidak mempunyai RISIKO.

Oleh itu, sekiranya kita melaburkan RM 10,000 untuk dengan harapan untuk mendapatkan hasil RM 10,000 yang kedua, maka kita perlu turut bersedia untuk menerima risiko kehilangan RM 10,000 tersebut. Ini adalah contoh “worst case scenario”.

Jadi, fahami dan kenali instrumen-instrumen kewangan yang ada sebelum menggunakannya.

(bersambung…)

Lain-lain berkaitan:

  1. Membuat Perancangan Simpanan Pendidikan Anak
  2. Kini, Semua Orang Mampu Menunaikan Ibadah Haji!
  3. Membuat Perancangan Simpanan Pendidikan Anak (Bahagian 2)

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

Terima kasih kerana sudi membaca blog www.afyan.com, yang dimiliki oleh Sdra Afyan Mat Rawi, seorang perunding kewangan Islam dan takaful. Tuan-puan boleh manfaatkan kandungan blog ini untuk disiar kembali dengan merujuk blog ini sebagai sumbernya bagi mengelakkan salah faham. Sebarang komen dan persoalan boleh diajukan melalui ruang komen di bawah ini atau melalui emel afyan.ikhlas[@]gmail.com. Sudi-sudikan juga untuk menambah rakan Facebook di http://www.facebook.com/afyan.ikhlas

8 Comments »

  • Afandi said:

    Salam Afyan,

    Terima kasih atas perkongsian

  • afyan (author) said:

    Terima kasih kembali :)

  • Amin007 said:

    afyan, jadi kalau tujuan utama takaful adalah perlindungan bukannya simpanan
    kenapa kita akan dapat balik duit tersebut setelah tempoh matang?

  • afyan (author) said:

    Elemen simpanan tersebut tidakmenjadi elemen utama. Ia adalah sampingan dan bergantung kepada pelaburan.

    Tidak dinafikan, rata-rata produk takaful keluarga akan meletakkan peratusan tertentu untuk tujuan simpanan.

    Secara umumnya yang dikatakan “simpanan” itu adalah keuntungan pelaburan yang dibahagia dua di antara syarikat dengan peserta takaful.

  • treec00l said:

    salam tuan,

    tumpang tanya,

    mcmane saye nak tafsirkan piramid tu?

    adakah maksudnya, puncak die tu perkara terakhir yg perlu dilakukan?

    terima kasih kerana membantu.

  • afyan (author) said:

    Ia menjadi kemuncak dalam konsep pengurusan ini, ia terakhir dari segi prosesnya iaitu selepas meninggal dunia.

    Namun langkah persediaan dilakukan ketika hidup lagi..

  • iKaNbLuEs said:

    Setuju!

  • www.afyan.com » Blog Archive » Kini, Semua Orang Mampu Menunaikan Haji! said:

    [...] Kombinasi SIMPANAN, PERLINDUNGAN dan PELABURAN untuk menyediakan wang perbelanjaan menunaikan haji. Gambar daripada Modul Pengurusan Kewangan. [...]

Leave your response!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.