Video-Rumah Tidak Mampu Milik-Analisis Bersama Finaz Yunus di TV Al-Hijrah

Video rakaman lansung rancangan ANALISIS bersama FINAZ YUNUS.

Moderator: Finaz Yunus, TV Al-Hijrah

Ahli panel: 
Mohd Ali Majis, Pakar Hartanah
Afyan Mat Rawi, ejen cabuk.

Topik: RUMAH TIDAK MAMPU MILIK.

Nota yang saya tulis minggu lepas ketika hari rakaman;

“Topik tentang Rumah Tidak Mampu Milik bersama pakar dan ikon hartanah Tuan Mohd Ali Majis.

Ketika sesi saya bercerita tentang kesesuaian graduan muda yang bergaji RM3,000 untuk membeli rumah harga RM100,000, studio kecoh sedikit sehingga penerbit bertanya melalui pengacara, “mana nak dapat rumah harga tu?”.

Kata saya, “Ada, rumah flat!”.

Janganlah expect dengan bajet RM100,000 dapat rumah banglo idaman atau teres 2 tingkat di Kuala Lumpur. Dengan bajet itu boleh dapat rumah flat di pinggir bandar KL.

Rumah flat tetap sebuah rumah.

Tinggal lagi kita sanggup atau tidak.

Beli rumah tak semestinya kita kena duduk. Kita boleh beli rumah yang berharga murah, dalam masa sama menyewa di rumah yang kadar sewanya lebih rendah dari ansuran bulanan jika kita beli.

Saksikan rakaman keseluruhan di TV Al Hijrah kelak.

Terlupa pakai baju batik Wakanda.

Afyan Mat Rawi,
Bukan Pakar Hartanah.”

Saksikan 🙂

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com