VMC

Ini adalah dari status lama saya berkenaan tentang VMC, pada September 2015.

Tulisan asal di asal https://www.facebook.com/afyan.ikhlas/posts/10207139398074032

Seorang rakan bertanyakan tentang VIP Medical Card / VMC.

Boleh rujuk web http://www.mxm.com.my, sebagai syarikat pengurus kepada program kesihatan kesihatan bersama Pathlab.

Pathlab ialah ejen korporate VIP Medical Card yang diunderiter oleh syarikat insurans / takaful berdaftar.

Pathlab bekerjasama dengan Syarikat MXM untuk mengendalikan program healthcare dengan nama Medisavers. Dalam medisavers, bukan terhad kepada medical card semata tapi ia adalah program keahlian dan healthcare yang merangkumi pemeriksaan kesihatan oleh Pathlab sendiri dan bantuan kesihatan di luar negara oleh Asia Assistance.

Ada sedikit isu apabila ejen-ejen MXM memasarkan produk ini tanpa lesen TBE atau PCE. Sebenarnya ada sedikit loopholes dalam undang-undang berkaitan sebab ejen-ejen MXM mempromosi “Healthcare Programme”, yang di dalam mengandungi perkara-perkara lain termasuk VMC ini.

Malah dalam borang dan kontrak, ejen ialah Pathlab dan bukan MXM atau ejen MXM.

Sebelum ini, produk yang sama di’underwrite’ oleh Takaful IKHLAS tapi sudah ditamatkan pada bulan Disember tahun lepas. Ditamatkan bersama-sama produk ini ialah satu lagi produk medical card stand alone, dan ia adalah keputusan syarikat yang mahu menumpukan kepada produk medical card rider.

Antara produk baru ialah medical card Mediplan yang menawarkan medical card tanpa annual limit sebagaimana VMC. Rujuk: http://rahsiatakaful.com/p…/medical-card-medisavers-ikhlas//

Yang ditamatkan hanyalah proses underwriting kes-kes baru VIP Medical Card ini. Dari segi tuntutan dan pembayaran pembaharuan adalah seperti biasa. Kontrak polisi memberi jaminan pembaharuan (renewal guaranteed) terhadap polisi berkenaan.

Jadi yang tinggal ialah produk VIP Medical Card ini yg diunderwrite oleh Pacific Insurance (Update: Kini bersama dengan Lonpac Insurance).

Saya sempat melanggan produk ini bersama Takaful IKHLAS sebelum ia ditamatkan tahun lepas (2014) dan proses renewal sama seperti biasa. Dan kini syarikat Pathlab sedang dapatkan partner baru dengan syarikat takaful lain.

Merujuk kepada keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan, produk insurans konvensional adalah haram tidak kira insurans hayat, insurans kenderaan, insurnas medical card dll. (Rujuk: http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/insurans-0)

Wallahua’lam.

UPDATE January 2016: Takaful IKHLAS menamatkan untuk NEW BUSSINES produk ini pada Disember 2014, dan Alhamdulillah selepas setahun klien-klien sedia ada tiada masalah untuk renewal dan claim.

UPDATE FEBRUARY 2016: Produk takaful untuk Medisavers ini akan kembali dengan takaful operator yang baru. Tunggu pengumuman rasmi.

UPDATE NOVEMBER 2016: Produk baru Medisavers Takaful telah mula dilancarkan pada bulan April 2016, cuma kali ini model bisnes sedikit berbeza. Pathlab bukan lagi sebagai ejen tetapi Standard FA, sebuah Financial Advisory Firm yang berdaftar dengan BNM yang mengambil alih sebagai ejen bagi produk Medisavers Takaful. Kali ini dengan Archipelago Insuransce, sebuah syarikat yang mempunyai lesen “window takaful” di bawah Labuan FSA, yang diiktiraf oleh BNM juga. Rujuk http://rahsiatakaful.com/medical-card-medisavers-takaful/

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?