Warkah Untuk Ayah (Sempena hari ayah)

Assalamualaikum Ayah…

Ayah, ini Balqis . Balqis pinjam computer Ayah untuk tulis surat ni. Balqis harap Ayah tak marah Balqis .

Balqis taip surat ni waktu Ayah tak guna komputer ni, Ayah tak kisah kan? Selalu Balqis tengok Ayah guna komputer ni, Balqis belajar sikit-sikit. Itu yang Balqis rasa Ayah ingat Balqis nak kacau Ayah buiat kerja. Balqis tau Ayah sibuk selalu kat depan komputer. Kadang-kadang bila Balqis datang, Ayah ingat Balqis kacau Ayah. Ayah selalu panggil Ummi suruh ambil Balqis . Lepas tu Ummi akan bawa Balqis ke ruang tamu. Maafkan Balqis Ayah. Balqis tak niat nak kacau Ayah, Balqis nak tengok je Ayah buat kerja. Balqis minta maaf banyak-banyak kalau Balqis asyik kacau Ayah je.

Balqis tau, Ayah selalu sibuk. Kadang-kadang sampai lewat malam Balqis tengok Ayah duduk depan komputer. Balqis nampak ayah selalu guna komputer untuk buat design. Balqis tau ayah sibuk buat design untuk pelanggan ayah. Kalau lambat siap nanti ayah kena marah.

Kadang-kadang Balqis nampak ayah taip kat komputer tu quotation untuk kawan-kawan ayah yang nak ambik takaful dengan ayah. Kadang-kadang Balqis tengok ayah taip tulisan. Banyaknya kerja ayah buat……

Ayah, Balqis baru perasan dalam sebulan dua ni, Balqis selalu tengok Ayah taip artikel atau cerita atau apa-apa tulisan untuk blog ayah. Blog tu apa ayah? Balqis dengar Ayah bagitau Ummi pasal blog tu. Balqis tak faham la blog tu apa. Blog tu pun kerja ayah juga ke? Banyaknya kerja ayah….

Ayah, selalu masa hari minggu pun Ayah tak ada kat rumah. Ummi kata Ayah ada program motivasi. Banyaknya kerja ayah buat….

Ayah, hari tu masa Ayah takde sampai lima hari, Balqis rindu sangat dekat ayah. Ummi pun rindu jugak. Ummi kata ayah pergi kerja, nanti Ayah balikla. Bila Balqis nangis, Ummi selalu pujuk Balqis , kata yang Ayah nak balik. Lepas tu baru Balqis diam. Lepas ni kalau Ayah takde, Balqis taknak nangis lagi. Balqis mesti kuat sebab Balqis anak Ayah! Balqis nak jadi kuat macam Ayah. Bila Balqis besar nanti, Balqis pun nak kerja kuat macam Ayah yang boleh buat kerja macam-macam dalam satu masa.

Tapi kadang-kadang, hari-hari biasa pun ayah selalu ada kat rumah dengan Balqis . Masa Ummi kerja pun ayah ada kat rumah. Banyaknya masa ayah….

Ok la ayah. Balqis dah letih taip surat ni. Nanti bila Ayah balik tentu Ayah nak guna komputer ni kan. Jadi, sebelum Ayah balik, Balqis kena berhenti dulu. Nanti bila Ayah baca surat ni, Ayah simpan la surat ni elok-elok. Kalau ayah tak kisah, ayah masukkan la surat Balqis ni dalam blog ayah. Balqis baru tau tadi pasal blog tu bila Balqis sendiri baca blog ayah. www.afyan .com kan blog ayah?

Baiklah Ayah, Balqis berhenti di sini dahulu.
Yang benar,

Balqis Insyirah binti Afyan

 

 

P/S: Nanti ayah tolong save kan surat ni ye, Balqis tak sempat belajar cara-cara save sebab selalunya Balqis dah takde depan komputer Ayah masa Ayah save. Ummi dah ambil Balqis bawa ke ruang tamu rumah.

P/SS: Lagi satu, Balqis minta tolong ayah masukkan dalam blog ayah ye….

2 Comments

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?