fbpx

Zakat Pendapatan

Zakat pendapatan tiada pada zaman Rasulullah. Ia juga tidak disebut secara jelas di dalam al-Quran dan Hadith.

Yg ada ialah zakat fitrah dan zakat harta. Di dalam zakat harta, ada zakat emas, zakat perak, zakat perniagaan, zakat binatang ternakan dan zakat pertanian.

Pada zaman Rasulullah, umat Islam rata-rata terlibat dalam perniagaan, penternakan dan pertanian. Maka dari situ datangnya zakat perniagaan, zakat haiwan ternakan dan zakat pertanian.

Dari sinilah zakat pendapatan dinisbahkan kepada zakat perniagaan, zakat haiwan ternakan dan zakat pertanian kerana ketiga-tiga jenis zakat ini berdasarkan kpd hasil bersih. Maka zakat pendapatan juga diwajibkan ke atas hasil bersih.

Manakala, pada zaman Rasulullah, bagi yg makan gaji, upah mereka dibayar menggunakan emas dan perak. Dari sini datangnya kewajiban zakat emas dan zakat perak.

Di zaman moden, mereka yg bekerja dibayar dengan mata wang tempatan. Di Malaysia dibayar dgn Ringgit Malaysia. Maka dari situlah kewajiban zakat pendapatan diwajibkan sebagai salah satu zakat harta.

Ia juga boleh dinisbahkan kepada zakat emas dan zakat perak atas dasar emas dan perak diterima melalui upah.

Jika zaman Nabi, upah dibayar dgn dinar dirham, maka zaman sekarang upah dibayar melalui matawang RM.

Ia secara tak langsung menolak pendapat yg popular pada zaman “emas delay / ETA / Tok Belagak” bahawa wang kertas bukan item ribawi. Jika bukan item ribawi, maka ia tidak wajib zakat.

Kembali kepada zakat pendapatan tadi, di Malaysia institusi zakat di letakkan di bawah bidang kuasa negeri.

Zakat Pendapatan diputuskan sebagai wajib di dalam muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan sejak tahun 1997 lagi dan diikuti oleh negeri-negeri lain.

Di Malaysia, ada 2 kaedah pengiraan zakat pendapatan.

KAEDAH PERTAMA:
Zakat daripada keseluruhan pendapatan.

Melalui kaedah pertama, zakat dikenakan ke atas kesemua gaji yg diterima dalam sesuatu tahun selepas cukup nasab dan haul.

Contoh, jika gaji RM100,000 setahun maka gaji zakat yg dikenakannya ialah 2.5% daripada gaji tadi iaitu RM2,500

KAEDAH KEDUA
Zakat dikenakan daripada pendapatan bersih.

Kaedah ini lebih popular dan lebih munasabah iaitu jumlah gaji dan pendapatan ditolak dengan perbelanjaan wajib dan asasi dlm masa setahun

Contoh perbelanjaan asasi dan wajib seperti;
– Perbelanjaan Sendiri
– Nafkah isteri
– Perbelanjaan anak belajar IPT
– Perbelanjaan sekolah anak
– Perbelanjaan anak bawah umur
– Tanggungan sakit kronik
– Tanggungan anak sakit
– dll

Contoh, jika pendapatan setahun ialah RM100,000 dan selepas ditolak perbelanjaan wajib dan asasi sebanyak RM40,000 maka zakat pendapatan dikenakan terhadap gaji bersih RM60,000

RM60,000 x 2.5% = RM1,000

Buat rakan-rakan yg ingin membayar zakat pendapatan di bulan Ramadhan, dialu-alukan utk membayar zakat kepada Lembaga Zakat Selangor melalui portal KMSS ini.

http://www.kmss.edu.my/bayar-zakat/

Sebahagian zakat akan diterima oleh Khalifah Model School (KMSS)

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com