fbpx

10 Pengajaran Kewangan Yang Kita Boleh Dapati Daripada K-Drama Squid Game

  • 2 years ago
  • 7Minutes
  • 1227Words
  • 408Views

Saya baru selesai menonton K Drama viral, Squid Game. Berikut 10 pengajaran kewangan yang saya belajar daripada K-Drama ini.

Awas, tulisan ini agak panjang penuh dengan spoiler. Jika bersedia, boleh teruskan pembacaan:

1. Wang boleh membawa bahagia?

Ingat tak babak-babak terakhir watak utama drama Squid Game, Gi Hun berdialog Pemain 001, Il Nam yang disangka mati selepas permainan guli?

Dalam babak tersebut berlaku plot twist apabila Pemain 001 mengaku bahawa dia adalah mastermind kepada Squid Game!

Gi Hun bertanya kepada Pemain 001 , mengapa dia menganjurkan permainan maut Squid Game, kemudian dia jawab dengan persoalan yang sangat mind-blowing:

“Awak tahu apa beza orang yang tak ada duit dengan orang yang terlalu banyak duit?

Tak ada apa-apa perbezaan kerana akhirnya tiada apa yang menarik dalam hidup.

Kalau orang tak ada duit, tak mampu nak beli apa yang mereka mahukan dan hidup menjadi tidak menarik, begitu juga dengan orang banyak duit.

Apabila ada banyak duit, kita boleh beli apa sahaja, makan dan minum apa sahaja dan akhirnya ia membosankan”

Itulah alasan dia dan rakan-rakannya dari kalangan orang yang terlalu banyak duit menganjurkan program Squid Game untuk mengisi kebosanan mereka.

Jadi dari sini timbul persoalan yang biasa diperdebatkan di media sosial: Adakah wang boleh memberikan kebahagiaan?

Inilah pengajaran ulung yang saya perolehi daripada drama ini.

Ia biasa menjadi perdebatan di media sosial dan akhir sekali drama ini memberi satu sudut pandangan yang menarik.

Jadi, jika saya tanya kepada anda yang membaca: “Adakah wang boleh memberi bahagia?”

Apa jawapan anda? Boleh kongsikan jawapan di ruang komen.

2. Wang adalah segala-galanya?

Ini juga kesinambungan daripada polemik “Wang boleh membawa kepada kebahagiaan”

Pada awal episod-episod awal, melihatkan watak utama, Gi Hun sangat terdesak untuk mendapatkan wang untuk menyelesaikan masalah kewangannya, membayar hutang piutang, membahagiakan anaknya dan menyediakan kos rawatan ibunya.

Tapi di hujung-hujung episod menyaksikan bahawa Gi Hun bukanlah mata duitan. Di permainan akhir Squid Game, beliau sanggup untuk melepaskan peluang untuk dapatkan wang taruhan 4.56 billion won demi untuk memastikan lawanya, yang juga bekas rakan universitinya Song Woo, kekal hidup.

Ia sangat mengejutkan VIP-VIP yang bertaruh kepada beliau. Bukan itu sahaja, sebaik sahaja selepas menerima wang tunai sebanyak itu, beliau hanya keluarkan 10,000 won sahaja dan hidup seperti biasa.

Beliau begitu kesal dengan apa yang berlaku apabila menyaksikan banyak nyawa hilang selain rakannya tadi. Beliau juga kehilangan ibunya yang menderita diabetis.

Di sini menunjukkan ada yang lebih penting berbanding wang; kesihatan, keluarga dan ketenangan hidup.

3. Orang kaya vs orang yang nampak macam kaya

Watak Song Woo yang merupakan rakan seuniversiti Gi Hun digambarkan sebagai seorang yang cemerlang ketika di universiti, mempunyai pekerjaan yang stabil, gaji yang lumayan tapi tetap mempunyai masalah kewangan, mempunyai hutang yang tinggi malah sebenarnya mempunyai rekod jenayah komersial dalam kehidupan sebenar.

Malah Gi Hun sendiri terkejut apabila berjumpa Song Woo ketika permainan pertama kerana pada mata beliau, Song Woo merupakan bekas pelajar contoh ketika di universiti. Malah ibu Song Woo juga menyangka anaknya itu sedang out-station di luar negara.

Berbanding watak Pemain 001 yang nampak lemah, tua tapi rupa-rupanya dia adalah master-mind Squid Game yang memiliki wang yang banyak untuk menjadi penganjur dan penaja program ini.

Kos untuk menjalankan program permainan berkenaan bukan setakat taruhan 45.6 billion won, tapi merangkumi kos pekerja, infrastruktur, bangunan, pejabat, kenderaan dan lain-lain lagi.

4. Berjudi lebih banyak datangkan masalah daripada penyelesaian kewangan

Daripada episod pertama lagi, watak utama drama ini, Seong Gi Hun ditonjolkan sebagai orang yang kuat berjudi. Dari judi lumba kuda menggunakan wang ibunya, kemudian bermain judi mainan kanak-kanak untuk membeli hadiah untuk anaknya, sehingga berjudi dan bertaruh dalam permainan “ddakji” apabila diajak oleh seorang lelaki wakil penganjur “Squid Game” ketika menunggu Subway. Bagi peminat “Running Man”, pasti biasa tengok permainan “ddkaji” ini.

Malah permainan-permainan tradisional yang dimainkan oleh para peserta, dijalankan dalam bentuk “kalah mati” dan ia adalah berbentuk perjudian dengan taruhan wang sejumlah 45.6 billion won!

Daripada 456 peserta hanya seorang sahaja yang akan membawa pulang wang bernilai 45.6 billion won dengan pertaruhan 10 juta won setiap peserta, apabila memenangi kesemua 6 permainan yang dipertandingkan.

Bukan itu sahaja, dia episod terakhir juga menyaksikan pertaruhan terakhir antara Gi Han dan pemain 001 yang sebenarnya adalah master-mind Squid Game.

Orang yang mencari solusi masalah kewangan sebenarnya hanya menambah masalah kewangan.

5. Berjudi membawa kepada masalah-masalah lain

Daripada episod pertama ditunjukkan Gi Hun mengalami masalah keberhutangan yg tinggi dan ketagih judi. Ia kemudiannya membawa kepada tabiat buruk seperti mencuri wang ibunya, menipu anaknya, minum arak, kemurungan.

Ia juga membawa kepada masalah keluarga yang membawa kepada perceraian dengan isterinya.

Betul kata orang, judi adalah ibu segala kejahatan.

6. Masalah kewangan tak kira sesiapa

Dalam episod pertama, apabila ada peserta mempersoalkan tentang sejauh mana mereka perlu percaya kepada penganjur, didedahkan bahawa mereka semua melalui proses rekrutmen yang sama sebelum menyertai permainan ini.

Bermula dengan masalah kewangan, kemudian didatangi oleh wakil penganjur untuk bertaruh dalam permainan kanak-kanak “ddakji” dan diakhiri dengan bisnes kad penganjur untuk dihubungi sekiranya berminat untuk menyertai permainan yang dianjurkan.

Dan ia bukan sahaja masalah bagi orang yang bergaji kecil malah juga terjadi kepada orang yang berpangkat tinggi, eksekutif, doktor dan sebagainya. Salah seorang peserta permainan ini, Sang Woo ialah seorang bekas pelajar terbaik ketika di Universiti Seoul dengan degree dalam Business Administration yang mempunyai pekerjaan yang stabil, namun tetap mempunyai masalah kewangan.

7. Wang boleh menjadikan kita gelap mata.

Motivasi utama 456 peserta dalam permainan Suquid game ialah nilai hadiah yang berjumlah 45.6 billion won!!! Ia menjadikan manusia gelap mata sanggup mengorbankan apa sahaja untuk mendapatkannya.

Selepas game pertama “lampu merah, lampu hijau”, barulah mereka tahu bahawa nyawa yang dipertaruhkan dan selepas undian, majoriti tipis memilih untuk menamatkan permainan.

Namun, selepas diajak sekali lagi selepas beberapa hari, majoriti mereka memilih untuk menyertai kembali permainan yang mempertaruhkan nyawa mereka untuk mendapat wang besar 45.6 billion tersebut!

Walaupun ketika undian selepas game pertama yang menyaksikan banyak nyawa hilang, hanya perbezaan 101 vs 100 peserta yang memilih untuk hentikan permainan berbanding yang ingin teruskan, tapi apabila diberi peluang untuk kembali, lebih 90% peserta kembali!

Hujah mereka “Jika teruskan kehidupan di luar mereka tetap hidup susah dibelenggu masalah kewangan, jadi lebih baik mereka mencuba nasib”.

Mereka sanggup pertaruhkan nyawa mereka untuk merebut peluang memperolehi 45.6 billion won tadi.

8. Betapa pentingnya takaful.

Selepas dibenarkan pulang daripada arena Squid Game, Gi Hun mendapati ibunya mengalami sakit diabetes yang kronik. Namun memandangkan tidak mampu menampung kos perunatan, ibunya keluar daripada hospital.

Ketika Gi Hun menggesa untuk kembali ke hospital, ibunya mengingatkan bahawa insurans perubatan yang pernah dilanggan sudah dibatalkan oleh Gi Hun dan wang nilai tunai polisi tersebut sudah dihabiskan. Jadi, sekarang mereka tidak mempunyai sebarang perlindungan insurans untuk menampung kos rawatan diabetis.

Insiden ini juga menjadi sebab kenapa Gi Hun kembali ke arena Squid Game, untuk mendapatkan wang bagi rawatan ibunya selepas gagal berhutang.

Di sini menunjukkan betapa pentingnya pelan takaful sebagai pelan kecemasan dalam kehidupan kita.

9. Betapa pentingnya wang simpanan kecemasan

Dalam episod 5, ketika sedang berjaga malam, Gi Hun bercerita bagaimana masalah kewangannya bermula 10 tahun lalu apabila diberhentikan kerja tanpa sebarang persediaan dana kecemasan.

ketika itulah juga isterinya sedang bertarung nyawa melahirkan anak sulongnya dan ketika itu juga dia dan kawan-kawan sedang bertarung nyawa apabila berlaku rusuhan di tempat kerjanya selepas mereka diberhentikan kerja secara beramai-ramai.

Insiden itu lah yang membawa kepada perceraian mereka suami isteri dan seterusnya kehidupannya terumbang-ambing dalam tempoh 10 tahun tersebut.

Apa pandangan anda?

Afyan Mat RAwi, IFP
INFAQ Consultancy

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Bagaimanakah proses cashback itu berlaku? Contoh, jika kita beli rumah…