fbpx

Duit Raya Anak. Apa Pilihan Terbaik Yang Ada ?

  • 5 years ago
  • 2Minutes
  • 212Words
  • 279Views

Dipetik dari FB Hafiz Al-Ansari berkenaan pilihan terbaik untuk menabung duit raya anak

Duit raya anak. Apa pilihan terbaik yang ada?

1. Tabung Haji
2. SSPN-i atau SSPN-i plus(+takaful)
3. Unit amanah

1. TH
Semua sedia maklum tentang kelebihan yang ada pada TH. Antaranya mudah duit keluar masuk, dijamin kerajaan sepenuhnya dan yang paling penting dividen(hibah). Dalam satu kenyataan CEO TH, beliau membayangkan hibah selepas ini mungkin setara fixed deposit sahaja iaitu bersamaan 4%.

Artikel 1

Artikel 2

2. SSPN-i atau SSPN-i plus(+takaful)
Boleh dibuka untuk penerima manfaat seawal usia 1 hari sehingga 29 tahun. Ada pelepasan cukai, andaian purata dividen sebanyak 4.25% dan ada manfaat takaful.

Apa beza SSPN-i dengan SSPN-i plus?

Artikel 1
Artikel 2

Artikel 3

3. Unit amanah
Sesuai untuk pelaburan jangka masa panjang & untuk ibubapa yang lebih agresif dalam melipatgandakan kekayaan. Dividen boleh mencapai sehingga 14% atau lebih.

Artikel 1

Artikel 2

Apa yang penting adalah dalam kita membina aset untuk pendidikan anak-anak, aset yang sedia ada (pendapatan ibu bapa) hendaklah dilindungi terlebih dahulu dengan memiliki polisi takaful ( income protection).

Tiada pendapatan ibu bapa bermakna tiadalah aset untuk anak-anak. Ibu bapa yang bekerja adalah lebih utama untuk memiliki polisi takaful. Setelah pendapatan yang sedia ada dilindungi dengan polisi takaful(asset preservation), barulah fokus kepada membina aset untuk pendidikan anak-anak (investment).

Sahabat-sahabat ada cadangan lain?

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Topik berkenaan "Takaful Trust: Instrumen Pelengkap Plan Income Protection &…