fbpx

16 perkara yang kerajaan boleh lakukan tanpa mengubah isi kandungan perlembagaan

  • 1 year ago
  • 3Minutes
  • 488Words
  • 800Views
[Artikel ini ditulis pada 29 April 2018, kira-kira 2 minggu sebelum PH mengambil alih negara. Saya kongsikan kembali selepas ada yang komen dengan poster ini. . Tinggal tambah lagi selain 16 item yang saya nyatakan]

Saya terbaca beberapa artikel untuk menyanggah dakwaan bahawa Islam dan Melayu akan tergugat sekiranya berlaku perubahan kerajaan selepas PRU kelak.

Antara hujah yang digunakan ialah bahawa 5 perkara ini hampir mustahil untuk diubah kecuali mendapat persetujuan raja-raja

  1. Kedudukan istimewa orang Melayu dan pribumi Sabah dan Sarawak
  2. Bahasa Melayu
  3. Majlis Raja-raja
  4. Kedudukan Islam sebagai agama rasmi
  5. Darurat

Saya sangat setuju.

Memang semua perkara itu tidak akan diubah sama sekali sekalipun selllluruuuuh ahli parlimen bersetuju kerana ia memerlukan persetujuan raja-raja.

Cuma elok kita tahu juga ada banyak perkara yang kerajaan sedia ada atau yang akan datang sudah lakukan dan boleh dilakukan tanpa perlu mengubah sepatah pun isi kandungan perlembagaan.

1. Meluluskan atau menghadkan lesen arak, tak perlu pindaan perlembagaan. Hanya kuasa negeri.

2. Meluluskan atau menghadkan lesen judi, tak perlu pindaan perlembagaan. Ini pun kuasa negeri.

3. Mewujudkan pusat judi terbesar negara di Genting Highland atau nak menutupnya, tak perlu pindaan perlembagaan.

4. Menyekat atau menambah bantuan sekolah agama rakyat, tak perlu ubah perlembagaan. Cukup keputusan Kementerian Pendidikan.

5. Membuat meritokrasi untuk menyukarkan atau memudahkan anak-anak Melayu masuk IPTA pun tak perlu ubah perlembagaan. Cukup sekadar Kementerian Pendidikan.

6. Mengurang atau menambah bantuan kepada pusat-pusat ibadat seperti masjid atau gereja, tak perlu mengubah perlembagaan. Ia hanya kuasa kerajaan negeri.

7. Menganjurkan majlis-majlis rasmi kerajaan dengan atau tanpa hidangan arak pun tak perlu pindaan perlembagaan. Cukup keputusan kementerian terbabit atau kabinet.

8. Membuat atau membatalkan peraturan pakaian supaya berpakaian sopan apabila berurusan di presmis kerajaan pun tak perlu pindaan perlembagaan. Cukup keputusan kementerian terbabit atau kabinet.

9. Untuk menangkap tokoh-tokoh agama dan politik Malaysia ke dalam ISA pun tak perlu pinda perlembagaan. Cukup mendapat lampu hijau Perdana Menteri

10. Untuk menyekat atau membenarkan kehadiran mana-mana tokoh ulama antarabangsa daripada masuk ke Malaysia pun tak perlu buat pindaan perlembagaan.

11. Untuk mengurangkan atau membenarkan konsert-konsert artis-artis luar negara pun tak perlu pindaan perlembagaan. Cukup sekadar keputusan kementerian terbabit.

12. Untuk mengubah silibus pendidikan bagi pengajian bahasa Melayu dan tulisan jawi pun tidak perlu pindaan perlembagaan. Cukup sekadar keputusan Kementerian Pendidikan.

13. Untuk membuat hubungan diplomatik dengan kerajaan Israel atau menolak mereka pun tak perlu pindaan perlembagaan. Cukup sekadar keputusan kabinet menteri

14. Untuk menghantar bantuan kemanusiaan ke negara-negara umat Islam yang memerlukan bantun pun tak perlu ubah perlembagaan. Cukup sekadar keputusan kabinet menteri

15. Nak pinda mana-mana RUU untuk menambahkan atau mengurangkan kuasa mahkamah syariah pun tak perlu pinda perlembagaan. Hanya perlu majoriti MP.

16. Untuk menganjurkan Octoberfest atau pesta arak pun tak perlukan pindaan perlembagaan. Hanya di bawah kerajaan negeri.

[Artikel asal saya nyatakan 16 perkara ini. Ada nak tambah?]

Pendek kata , banyak lagi yang kerajaan boleh lakukan sama ada untuk membela atau untuk mengurangkan mahupun meningkatkan pembangunan Islam dan kuasa Melayu di Malaysia.

Tidak timbul isu untuk mengubah perlembagaan. Jika ada ia hanyalah bahan propaganda.

Tuan-Puan boleh tambah apa-apa yang sesuai.

Sekian.

Afyan Mat Rawi

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Minggu lepas lalu kawasan Cheras dan nampak papan poster calon…