fbpx

  • 3 years ago
  • 2Minutes
  • 323Words
  • 294Views

Dipetik dari FB Ahmad Mustapha Ahmad

11 langkah mudah untuk buka akaun simpanan sspn-i plus online

  1. Buka laman web sspn.Cari pautan pembukaan akaun.
  2. Lengkapkan maklumat akaun. Ibu bapa sebagai pendeposit. Anak pula sebagai penerima manafaat.
  3. Ada 6 pakej yang boleh dipilih. Sesuaikan dengan bajet dan keperluan.
  4. Lengkapkan maklumat peribadi seperti yang diminta.
  5. Masukkan jumlah deposit sebanyak 2 bulan mengikut pakej yang dipilih.
  6. Pilih kaedah bayaran bulanan (rasanya wajib). Boleh semak balik.
  7. Klik seterusnya.
  8. Klik pada kotak di ruangan akad sebagai persetujuan. Sebelum itu, elok juga kalau semak sekali lagi takut-takut ada kesalahan maklumat.
  9. Buat bayaran dengan klik pada ruangan yang disediakan. Di situ, kalian boleh pilih nak bayar melalui medium apa. FPX, kad debit atau kad kredit.
  10. Klik papar resit dan muat turun resit pembayaran. Jika perlu, semak sekali lagi maklumat yang dipaparkan pada resit.
  11. Klik papar e-cover note dan muat turun sijil takaful. Sekarang sudah berjaya buat pendaftaran akaun simpanan untuk anak. Dah boleh tepuk bahu tanda lega.

Apa kena mengena simpanan untuk anak dengan takaful?

Ia adalah satu nilai tambah supaya lebih ramai ayah-ayah yang berlumba untuk mula menabung demi masa depan pendidikan anak tercinta. Cewah.

Takaful yang dilanggan adalah memberi perlindungan serendah RM 40,000 sehingga RM 1 juta untuk pampasan kematian akibat kemalangan dan ilat kekal berdasarkan pelan atau pakej yang kalian guna.

Ada banyak lagi, nanti boleh download dan baca maklumat-maklumat lain seperti syarat-syarat dan keistimewaan apabila menyimpan melalui sspni-plus.

Boleh baca maklumat yang dicetak pada brosur. Agak lengkap penerangan di situ.

Untuk dapatkan takaful dengan perlindungan maksimum pula, boleh pilih pelbagai produk di luar sana. Sememangnya ia lebih fokus kepada perlindungan yang komprehensif dan menyeluruh. Bukan lagi simpanan.

Begitulah sifat setiap produk kewangan. Lebih di sana, kurang di sini. Cuma perlu pilih dan sesuaikan dengan keperluan empunya badan.

Yang menariknya, semua urusan di atas kita boleh buat sendiri. Ikut saja langkah-langkah tersebut. Tak perlu melalui ejen pun.

Ahmad Mustapha Ahmad

Bukan ejen sspn-i

INFAQ Consultancy

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Jangan terpengaruh Jangan mudah terpengaruh jika ada yang mempromosi pelaburan…