fbpx

3 fasa “bergaduh” di FB

  • 2 years ago
  • 2Minutes
  • 264Words
  • 217Views

Dipetik dari FB Mohd Fadli Salleh
Kat Fb ni, bila orang maki, sindir, membawang dan menghentam kau, kau akan melalui tiga fasa sebelum matang.

Fasa pertama, fasa melawan. Masa ni kau akan hentam balik, sindiran dia balas semula. Kau bergaduh kat ruangan komen macam budak-budak kalah main guli. Bila kau tenang, kau baca semula komen kau, kau akan rasa bodoh betul melayan orang macam tu.

Fasa kedua, fasa lantakkan. Masa ni kau tak peduli apa orang kata. Kau buat kering dan jalan terus saja. Paling kuat, kau akan block mereka. Kau dah mula sedar, tak perlu melayan orang bodoh kerana kebodohan mereka akan berjangkit kat kau pula.

Fasa ketiga, kau akan rasa kasihan. Kau merasa simpati dan kasihankan mereka yang melalak, mengutuk dan mencari salah silap kau. Kau tak lagi marah atau berdendam.

Masa ni kau baru sedar, mereka tu sebenarnya cemburu dengan kau. Mereka seolah tiada life. Mereka inginkan perhatian akibat kurang kasih sayang.
Kesian kan?

Masa ini kau telah matang. Walau kau mendiam, sebenarnya kau telah menang. Saat ini, sewaktu orang galak mengutuk membawang, kau hanya mengiyakan dan membalas dengan senyuman.

Different level gituh. Selamat pagi dunia tipu-tipu!

Tepat sekali.

Ketiga-tiga fasa saya dah lalui.

Ada satu fasa advance yang sedang saya lakukan: Terus offer untuk ajak live je kpd mana-mana yang tak puas hati dgn tulisan saya.

Tapi setakat ni tak ada lagi yg menyahut. Memang kesian dengan orang sebegitu.

IKLAN: InsyaALLAH esok akan diadakan program #BorakMembawang Perbankan Islam Membawa Kemudaratan Kepada Rakyat? dengan menjemput Dato Manap, bekas CEO Bank Muamalat untuk membicakan topik ini.

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Bersungguh betul buat akaun palsu hanya semata-mata untuk komen di…