fbpx

3 Krisis Berlaku Serentak: Kesihatan, Politik dan Ekonomi

  • 4 years ago
  • 7Minutes
  • 1267Words
  • 346Views
Krisis COVID-19 buka ruang reformasi ekonomi | Komentar | Berita ...
gambar dari Berita Harian

 

3 Krisis Berlaku Serentak

Krisis kali ini sangat berbeza dengan krisis-krisis sebelum ini, apabila 3 krisis berlaku serentak: krisis kesihatan, krisis politik, krisis ekonomi.

Krisis kali ini melibatkan

– Krisis kesihatan: Covid-19, yang baru bermula sejak hujung 2019.

– Krisis politik: Perubahan kerajaan sebanyak 2 kali dalam masa kurang 3 tahun, dari Mei 2018 dan Feb 2020.

– Krisis ekonomi: Minyak jatuh, getah jatuh, saham jatuh. Sejak 2015.

 

Belum pernah lagi Malaysia menghadapi krisis seteruk ini.

Ayuh kita selusuri krisis-krisis yang pernah melanda negara sejak insiden Black Monday 1987.

1987, berlaku stock market crash yang dipanggil sebagai Black Monday 1987 sehingga ia memberi kesan kepada negara-negara besar dunia dan Malaysia turut terkena tempiasnya. Tahun yabg sama berlakunya krisis Perlembagaan Malaysia dan Ops Lalang yg menyaksikan beberapa pemimpin politik pembangkang ketika itu, spt Lim Kit Siang dan Karpal Singh, dan ditangkap di bawah ISA.

1988, UMNO berpecah dan lahir Parti Semangat 46 di bawah Tengku Razaliegh.

1990, pergolakan politik tanah air yg menyaksikan PAS yg bekerjasama dengan parti S46 berjaya menawan Kelantan pada pilihan raya umum 1990, dan kekal hingga kini.

1997, Malaysia menerima kesan langsung berikutan krisis mata wang Asia yg dicetuskan oleh spekulator dan penyangak mata wang George Soros. Tahun yang sama juga berlaku insiden jerebu sehingga Sarawak diisytiharkan darurat.

1998, rakyat Malaysia takkan lupakan krisis politik selepas pemecatatan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Sri Anwar Ibrahim yang membawa kepada gelombang reformasi penentangan terhadap Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Dato’ Sri Mahathir Mohamad (sekarang Tun)

1999, rakyat Malaysia dikejutkan dengan virus nipah yang didapati berpunca daripada penternakan babi dan disebarkan melalui kelawar di beberapa kawasan di Malaysia. Tahun yang sama berlaku PRU yang menyaksikan Terengganu pula jatuh ke tangan PAS.

2002, wabak SARS pula yang melanda dunia dan Malaysia turut menerima kesannya apabila mencatatkan kematian pada tahun berikutnya.

2008, PRU bersejarah yang menyaksikan 5 negeri jatuh ke tangan pembangkang yang berpayung di bawah Pakatan Rakyat (PR) – Perak, Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan mengukuhkan kedudukan di Kelantan. Perak jatuh kembali ke tangan UMNO-BN apabila beberapa Adun PKR dan DAP berpaling tadah.

2012, harga sawit jatuh teruk dan memberi kesan kepada peneroka-peneroka Malaysia selaku pengeksport komoditi ini.

2014, wabak MERS-Cov pernah menggemparkan negara apabila seorang rakyat kita yang baru pulang dari menunaikan haji disahkan menghidap penyakit ini. Tahun sama juga berlaku wabak selesema burung dan Ebola.

2015, harga petrol mula jatuh sedikit demi sedikit dan memberi kesan besar kepada ekonomi Malaysia yang menjadi antara negara pengeluar petroleum. Banyak syarikat terpaksa gulung tikar dan pekerja diberhentikan saban tahun.

2018, berlaku ketidak-stabilan politik apabila buat pertama kali dalam sejarah Malaysia, kerajaan UMNO-BN tumbang dan digantikan dengan Pakatan Harapan. Rentetan itu, turut memberi sedikit kesan kepada ekonomi.

Dalam banyak-banyak krisis di atas, ada yang saya ingat, ada yang saya ingat-ingat lupa kerana masih kecil ketika ia berlaku.

2020, kini.

Tahun di mana Wawasan 2020 sepatutnya Malaysia menjadi negara maju sebagaimana diimpikan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-4 pada tahun 1991.

Ikuti perdagangan global, IHSG dibuka melemah | merdeka.com

Jika sebelum ini, krisis-krisis di atas berlaku dalam tahun berbeza tapi kini ia berlaku SERENTAK melanda dunia dan memberi impak kepada Malaysia.

– KLCI terjun tiruk, terburuk dalam tempoh 10 tahun.

– Harga petrol terus jatuh sejak ketidakseimbangan harga bermula 2014. Selaku negara pengeluar petrol, Malaysia menerima impak langsung dan ironinya rakyat Malaysia gembira menikmati harga petrol di bawah harga RM2 seliter.

– Bukan sekadar petrol, sawit juga mencatatkan harga terendah dalam masa 7 tahun sejak 2012. Dengan kejatuhan ini, memberi kesan kepada para peneroka.

– Krisis politik yang menyaksikan pertama kali Perdana Menteri letak jawatan sehingga menyebabkan kerajaan PH yang baru memerintah 21 bulan, runtuh. Ramai ahli politik hilang kerja akibat kejatuhan ini.

– Wabak Coronavirus atau Covid-19 yang bermula dari China dan melanda dunia benar-benar memberi impak besar hampir ke semua sektor. Sektor pelancongan yang paling besar impaknya sehingga syarikat-syarikat penerbangan utama terpaksa berikan cuti tanpa gaji kepada pekerja mereka.

Nampaknya krisis-krisis ini – dari krisis ekonomi, krisis kesihatan ke krisis politik negara – berlaku serentak di tahun 2020.

Sudahlah kerajaan Malaysia tak stabil, ekonomi suram dan rakyat pula berisiko tinggi dijangkiti virus yang boleh membawa maut!

Impak Covid-19 pula memberi kesan langsung dan tidak langsung kepada ekonomi negara.

– Apabila kes-kes Covid-19 meningkat, memberi kesan kepada para petugas dalam bidang kesihatan terutama doktor dan jururawat yang perlu menjaga pesakit dengan kawalan ketat.

– Apabila kilang-kilang di China terpaksa menutup operasi mereka, perniagaan yang berkaitan dengan import eksport ke China turut menerima impak.

– Apabila sektor pelancongan suram, sektor lain yang selama ini bergantung kepada kedatangan pelancong, turut menerima impak kekurangan pelanggan.

– Apabila pekerja-pekerja dalam sektor pelancongan diberhentikan pekerjaan atau diberikan cuti tanpa gaji, akan memberi kesan kepada sektor kewangan apabila mereka yang terlibat tidak mampu membayar ansuran hutang-hutang mereka dengan bank seperti kereta dan rumah.

– Apabila pekerja-pekerja tadi tak dapat bayar hutang rumah dan kereta, maka akan berlaku lambakan rumah dsn kereta lelong.

– Apabila kerajaan membatalkan program-program yang melibatkan kehadiran mega, memberi impak kepada pihak-pihak yang terlibat. Contohnya Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang dijadualkan hujung bulan ini ditangguhkan ke bulan Jun, memberi impak kepada usahawan penerbitan secara langsung.

– Apabila berlaku percanggahan arahan Menteri Agama dengan Mufti Perlis, menimbulkan pula polemik baru isu Covid-19 dari sudut pandangan agama ke atas para agamawan dan orang awam. Mujur DAP dah tak ada dalam kerajaan, kalau tidak sudah tentu DAP yang akan dijadikan kambing hitam.

Kesan domino. Dari satu krisis ke satu krisis.

Kesan domino itu pula ditambah dengan hentakan ke atas domino-domino yang runtuh.

Tidak masuk lagi segelintir peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga sanitizer dan topeng muka.

Bak kata pepatah, “Sudah jatuh, ditimpa tangga dan muka kena tahi ayam pula, kaki pula patah riuk” apabila krisis ekonomi diburukkan dengan krisis kesihatan ditambah dengan krisis politik yang melanda negara kita pada tahun yang sepatutnya menyambut kejayaan mencapai Wawasan 2020.

Sepanjang ingatan saya, krisis kali ini paling buruk yang pernah kita hadapi. Selama ini bukan tak pernah berlaku krisis, tapi tidaklah bertimpa-timpa begini.

– Ketika krisis ekonomi, krisis perlembagaan dan krisis politik 1987 ke 1990, tidak ada krisis kesihatan berlaku malah kerajaan yang memerintah tetap stabil dan berjaya memulihkan ekonomi dalam masa 3 tahun daripada tragedi Black Monday 1987.

– Ketika krisis ekonomi (penyangak mata wang) , politik (reformasi) dan kesihatan (jerebu) serentak pada tahun 1997 hingga 1999, kerajaan masih utuh malah parti kerajaan kekal 2/3 di Parlimen.

– Ketika krisis kesihatan pada 2014 yang menyaksikan beberapa wabak menyerang pada tahun yang sama, politik dan ekonomi stabil. Tidak sampai solat Jumaat ditangguhkan.

– Ketika krisis politik dan ekonomi berlaku pada 2018 akibat perubahan kerajaan, tidak berlaku krisis kesihatan seperti hari ini.

Tapi krisis ekonomi yang bermula dari kejatuhan harga sawit dan harga petrol sejak 7 tahun lalu, sehingga menyebabkan 2 kali kerajaan bertukar bertambah teruk apabila virus Covid-19 melanda. Belum nampak petanda akan pulih malah semakin teruk di tahun 2020.

Ada mesej yang Allah hendak sampaikan kepada kita.

Dalam situasi begitu genting sebegini, pergantungan kepada yang Maha Kuasa sangat penting.

Dengan kuasa Allah, kita berdoa semoga pakar-pakar dalam bidang perubatan berjaya menemui vaksin untuk menghalang dan mencegah penyakit Covid-19 ini daripada merebak.

Dengan kuasa Allah juga, kita berdoa agar ahli-ahli politik Malaysia cukup-cukuplah bergaduh berebut kuasa.

Kita juga berdoa agar para agamawan dan alim ulama dapat duduk semeja bersepakat memberi panduan kepada umat Islam. Sudahlah ahli politik bergaduh, orang bawah bergaduh, orang agama pun bergaduh sekali, rakyat jadi mangsa. Elephant fight elephant…

Tahun 2020 yang sepatutnya Malaysia menjadi negara maju, menjadi sebaliknya. Lain yang kita impikan, lain yang Allah anugerahkan.

Saya yakin dan percaya, ada hikmah yang tersembunyi di sebalik semua yang berlaku.

Ketik like dan “Amiiin“ jika baca sampai habis tulisan ini sampai ke perenggan ini.

Moga ALLAH selamatkan Malaysia.

Afyan Mat Rawi
Sudikan follow dan see first.
Saya selalu menulis tentang bisnes dan kewangan, dan sesekali tentang politik dan kenegaraan. Boleh juga ikuti Channel Telegram t.me/AfyanIFP utk info pantas dan terkini.

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
FAQ Covid-19 dan Takaful.   Q: Adakah takaful cover kalau…