fbpx

7 Langkah Memperbaiki Kewangan dan Menjadi Lebih Kaya

  • 2 years ago
  • 9Minutes
  • 1692Words
  • 1167Views

7 LANGKAH MEMPERBAIKI KEWANGAN & MENJADI LEBIH KAYA

Awas panjang! Kalau rasa nak short cut, boleh terus ke rumusan tulisan di akhir sekali.

Tahun 2020 banyak perkara yang berubah, terutama kewangan dan kehidupan.

Jadi ini 7 langkah yang boleh kita lakukan untuk mengubah dan memperbaiki kewangan anda tahun 2021.

1. LETAKKAN MATLAMAT

“Sesungguhnya setiap amalan bermula dengan niat” – Nabi Muhammad (selawat ke atasnya).

“Begin with the end of mind” – Stephen Covay.

Apa azam kewangan anda? Pergi haji? Tingkatkan simpanan? Tambah pendapatan? Beli rumah?

Letakkan matlamat tersebut secara spesifik. Spesifik dari sudut jangka masa, dan spesifik dari sudut jumlah amaun.

Pastikan ia realistik, menyeronokkan dan mencabar supaya ia menjadi pendorong dan pembakar semangat.

Gunakan formula SMART;

  • Spesifik
  • Masa
  • Arah Tuju
  • Realistik
  • Teruja

Jika dapat ditulis adalah lebih baik.

Contoh, matlamat untuk beli rumah. Kena ada spesifik harga rumah yabg ingin dibeli. Jika ada target lokasi adalah lebih baik. Matlamat untuk buat simpanan. Perlu ada jumlah sasaran yang kita target pada tempoh tertentu.

  • Spesifik : Nak beli rumah. Nak buat simpanan. Kena sepesifik berapa harga rumah. Berapa jumlah simpanan.
  • Masa : Setahu. Jika dapat spesifikkan tarikh lagi bagus.
  • Arah tuju : Kena ada plan tindakan arah tuju kepada matlamat tersebut. Berapa kena simpan setiap bulan.
  • Realistik: Harga rumah yang disasarkan, biarlah realistik dgn kedudukan kewangan. Jumlah simpanan biarlah realistik dengan pendapatan.
  • Teruja: Rumah yang kita target, menjadikan kita teruja mendapatkannya. Simpanan yang kita sasaran, menyebabkan kita teruja untuk mengumpulnya.Contoh, matlamat untuk kumpul RM10,000 yang pertama.
  • Jumlah tersebut sudah SPESIFIK
  • Nak capai pada 31 Disember 2020 – MASA.
  • Untuk capai, perlu ada ARAH TUJU dengan menabung RM833.33.
  • Jumlah tersebut REALISTIK dengan pendapatan semasa. Hutang RM1,000 lebih dapat bayar, takkan simpan bawah RM1,000 tak boleh buat?
  • Menabung RM833.33 sebulan, apabila berjaya dilakukan ia sungguh TERUJA

Sekarang, buat senarai matlamat kewangan anda sebelum baca point seterusnya.

2. BINA MINDSET KEWANGAN

Apabila kita sudah ada matlamat untuk memperbaiki kewangan kita di tahun 2020, kita perlukan mindset yabg betul supaya matlamat kita tercapai.

Kita perlu ada mindset kewangan yang baru supaya ia membentuk tabiat kewangan yang baru, sesuai dengan matlamat baru yang kita sasaran.

Dengan mindset yang betul, ia akan menghasilkan tindakan yang betul, untuk mendapat hasil yang betul.

Jika selama ini, kita selalu menghabiskan wang untuk belanja pada perkara-perkara yang tidak berfaedah, kena ubah tabiat tersebut.

Jika kita masih melakukan perkara yang sama untuk mencapai matlamat yang baru, ia bukanlah perkara yang cerdik.

Bak kata Albert Einstein, “insanity is doing the same thing over and over again and expecting a different result”.

Ada beberapa mindset baru yang perlu kita bina, seperti

  • Proaktif: Bertindak untuk menghasilkan sesuatu, bukan bertindak selepas berlaku sesuatu. Lawan kepada proaktif ialah reaktif, menunggu sesuatu berlaku baru bertindak
  • Bertanggungjawab 100%: Cukuplah menyalahkan pihak lain, kita tidak mampu mengubah orang lain. Lebih baik kita fokus kepada muhasabah diri sendiri dan memperbaikinya.

Ada beberapa lagi mindset kewangan yang kita boleh tingkatkan, insya Allah akan dikupas dalam artikel akan datang.

2 mindset yang ditulis di atas, sudah cukup bagus untuk kita amalkan mulai dari sekarang.

Cukup-cukuplah menyalah kerajaan. Cukupl-cukuplah mengeluh harga barang naik. Cukup-cukuplah bersungut gaji tak naik. Cukup-cukuplah marah harga bawang naik, tol tak mansuh, PTPTN tak mansuh, petrol tak turun harga.

Bersungut, mengeluh, marah, mengamuk – tidak mampu turunkan harga bawang. Tol masih sama. Hutang PTPTN tetap kena bayar. Petrol tak turun harga.

Apa nak kena buat? Ubah gaya fikir.

Apabila gaya fikir kita berubah, maka tindakan pun akan berubah dan seterusnya hasil pun akan berbeza. Ini kalilah! Eh?

Cara untuk untuk ubah gaya fikir ialah dengan menambah ilmu pengetahuan berkenaan kewangan.

Cara paling pantas untuk tambah ilmu kewangan ialah dengan membaca.

3. BUAT PLAN TINDAKAN

Tidak cukup dengan hanya letakkan matlamat. Matlamat tanpa tindakan hanyalah mimpi dan angan-angan.

Matlamat perlu disertakan dengan plan tindakan untuk mencapai tindakan tersebut.

Sebagai contoh, target untuk membuat simpanan RM10,000 tadi, perlu ada plan tindakan spesifik untuk pastikan ia tercapai.

Perlu menabung RM833.33 sebulan.

Sekurang-kurangnya, RM27.78 sehari perlu simpan.

Untuk capai matlamat tersebut dengan lebih pantas, nak tak nak, perlu lakukan 2 perkara penting ini

  • Tambah pendapatan
  • Urus kewangan dan perbelanjaan dengan baik

Untuk lakukan 2 perkara di atas, kena ada mindset kewangan yang betul.

Baca selanjutnya.

4. TINGKATKAN PENDAPATAN

Orang Melayu “masa itu emas”. Orang barat kata “time is gold”.

Menunjukkan betapa berharganya masa.

Sepatutnya, pendapatan berkadaran dengan masa kita bekerja.

Sepatutnya juga, lagi banyak masa diluangkan, lagi tinggi pendapatan yang kita perolehi.

Tapi realitinya, majoriti tidak berlaku.

Jadi dalam hal ini, kita kena PROAKTIF untuk;

  • Meningkatkan nilai diri supaya boleh memperolehi pendapatan yang lebih besar.
  • Mencipta sumber pendapatan kedua, ketiga dan seterusnya.

Dalam bab ini, kita sahut seruan menteri kerajaan Malaysia suatu ketika dahulu supaya rakyat Malaysia perlu buat 2 kerja.

Semua kita mempunyai masa yang sama Allah berikan setiap hari, 24 jam. Jadi maksimakan tempoh 24 jam tersebut. Bukan setakat 2 kerja, kita juga perlu mempelbagaikan sumber pendapatan.

Untuk meningkatkan nilai, kita perlu meningkatkan 2 perkara yang berkaitan kerjaya kita;

  • Ilmu
  • Kemahiran

Contoh mudah, pendapatan ijazah secara logiknya lehih tinggi berbanding diploma dan sijil. Pendapatan mereka yang mempunyai Phd dan ijazah sarjana atau Master sudah tentu daripada mereka yang mempunyai ijazah.

Namun sijil akademik sahaja tidak cukup. Ilmu dan kemahiran

Berikut beberapa ciri sumber pendapatan kedua yang boleh dipertimbangkan.

  • Boleh dijalankan secara separuh masa atau part time.
  • Tidak memerlukan modal awal yang besar
  • Mempunyai potensi untuk berkembang

Boleh mulakan perniagaan yang boleh dilakukan secara part-time yang mempunyai potensi berkembang dan tidak memerlukan modal yang besar.

Tambah pendapatan sahaja tidak memadai. Perlu tambah pendapatan dengan pantas.

Jadi, sangat penting untuk pilih perniagaan yang mempunyai potensi untuk berkembang dan boleh mulakan secara part time.

Ia sama ada perniagaan kita sendiri, atau perniagaan berbentuk networking. Ia juga boleh dalam bentuk penyediaan perkhidmatan.

5. URUS WANG DAN BELANJA

Selepas berjaya meningkatkan pendapatan, perlu uruskan dengan baik kewangan dan perbelanjaan.

Jangan jadi seperti kata pepatah, “lagi besar periuk, lagi besar keraknya”. Sebab sekarang kita berada di Tahun 2020, zaman kereta terbang – kita ada rice cooker. Nasi yang kita masak, tidak ada kerak lagi

Dalam hal ini, perlu kawal nafsu belanja dan berhutang. Kekalkan gaya hidup yang sama sebelum pendapatan kita meningkat.

Jika belanja sara hidup meningkat seiring dengan peningkatan perbelanjaan, sebenarnya kita terperangkap dalam “rate race” atau perlumbaan tikus.

Pernah tengok tikus makmal yang dijadikan ujikaji berjalan di atas roda? Selaju mana tikus tersebut berlari, ia berada di tempat yang sama.

Jika pendapatan kita meningkat tapi masih mempunyai masalah kewangan yang sama ketika gaji kita kecil, bermakna kita berada dalam perangkap rat race tadi.

Buat 2 penyata ini utk pastikan mengawal kewangan kita.

  • Penyata aliran tunai.
  • Pengat nilai aset bersih.

Kedua-dua topik ini pernah saya kongsi sebekum ini.

Apabila ia berlaku, barulah mudah untuk pergi ke langkah seterusnya iaitu simpan dan labur.

6. BINA ASET

Apabila kita berjaya tingkatkan pendapatan dan kawal perbelanjaan, maka kita akan mempunyai lebihan untuk 2 perkara ini

  1. Simpan, dan
  2. Labur.

Dengan SIMPAN dan LABUR, barulah kita dapat BINA ASET

Melabur lebih sukar dan mencabar berbanding menyimpan.

Jika menyimpan ibarat membawa basikal, melabur ibarat membawa motosikal.

Jika menyimpan ibarat membawa motosikal kapchai, melabur ibarat membawa motorbike.

Lebih sukar membawa motorbike berbanding membawa motosikal kapchai tapi ia lebih menyeronokkan dan lebih cepat sampai jika kita bijak menunggangnya.

Begitulah ibaratnya perbandingan menyimpan dan melabur. Menyimpan lebih selamat sebab tiada risiko tapi lambat untuk mencapai matlamat kewangan sebab pulangannya rendah.

Melabur pula berisiko duit hilang tapi jika kita bijak memanfaatkannya, ia sebenarnya menyeronokkan dan memudahkan kita untuk mencapai matlamat kewangan kita.

Dalam pelaburan, perlu sentiasa ingat 2R yang sentiasa seiring ini;

  • RISK &
  • RETURN.

Kata orang, “High risk, high return. Low risk, low return”.

Yang lebih tepat ialah “High knowledge, high return. Low knowledge, low return”.

Andai kita sukar untuk menyimpan, lagi-lagi sukar untuk melabur sebab melabur perlukan ilmu dan disiplin yang tinggi berbanding menyimpan.

Simpanan tiada sebarang kos dan risiko tetapi melabur akan ada kos yang perlu ditanggung dan risiko yang perlu dihadapi.

Walaupun ada yang mengatakan bahawa ASB Financing atau membeli emas sebagai “force-saving” atau simpanan paksa, tapi saya lebih cenderung untuk mengatakan ia adalah “force-investment”, sebab ia datang dengan kos dan risiko tertentu.

Begitu juga dengan istilah “regular-saving” dalam unit trust, saya lebih cenderung dengan istilah “regular-investment” sebab ia bukan “saving” tapi “investment”.

Ia bukan bermaksud kita menafikan kelebihan instrumen-instrumen tersebut.

Cuma kita perlu tahu fungsi dan objektif setiap instrumen kewangan yang ada di hadapan kita agar tidak tersalah pilih.

Jika tersalah, kemungkinan menjerumuskan diri ke #nerakawang tanpa disedari.

7. PERTAHANAN ASET

Selepas kita bersusah payah membina aset, maka kita perlu lindunginya agar tidak tergugat oleh insiden-insiden yang tidak kita jangka dsn suka.

Apabila sebut tentang perlindungan, selalunya orang akan terbayang takaful dsn insurans. Ya, betul. Tapi sebenarnya bukan itu sshaja.

Lindungan aset menggunakan semua instrumen ini:

  • Zakat dan sedekah:

Ini adalah instrumen perlindungan kewangan yang paling ampuh. Belum pernah ada lagi manusia di atas muka bumi ini yang jatuh miskin disebabkan terlalu banyak menderma dan bersedekah.

Lagi banyak kita beri, sebenarnya lagi banyak aset kita akan bertambah. Sebab, apabila kita berkira dan kedekut untuk memberi, otak kita telah setkan dalam minda dengan mindset “duit aku sikit je, tak cukup untuk menderma”

  • Takaful atau insurans

Ini pula instrumen kewangan untuk memberi perlindungan kewangan sekiranya berlaku musibah kewangan atau “financial disaster” iaitu kematian, hilang upaya dan sakit kritikal atau disebut juga sebagai 3D (DEATH, DISABLE, DISEASE). Bagi Muslim, gunakan takaful, bukan insurans konvensional.

  • Cukai

Dalam dunia, ada 2 perkara yang tidak boleh kita elak: KEMATIAN & CUKAI. Jadi, jangan lari dari cukai. Sebab kita tidak mampu untuk lari daripadanya. Hatta selepas meninggal dunia pun, lembaga cukai akan cari pembayar cukai yang culas. Malah ada banyak kes, peniaga jatuh bankrap sebab tak cukup wang bayar cukai yang bertahun-tahun mereka tak bayar.

  • Pusaka

Aset dan harta yang kita kumpul dan bina ketika hidup, tidak mungkin dibawa ke kubur. Akhir sekali ia akan jadi milik orang lain. Jadi, ketika hidup kita perlu membuat rancangan pusaka supaya harta yang kita bersusah payah dibina ketika hidup, tetap menjadi aset untuk akhirat dan tidak menjadi fitnah di dunia yang kita tinggalkan.

2 fitnah harta pusaka yabg tidak dirancang dengan baik;

– Menjadi rebutan di kalangan waris

– Menjadi beku sebab tidak diuruskan oleh waris

SEKIAN.

Baca sampai habis?

Ringkasan “7 Langkah Memperbaiki Kewangan dan Menjadi Lebih Kaya”

  1. Letakkan matlamat
  2. Bina mindset kewangan
  3. Buat plan tindakan
  4. Tingkatkan pendapatan
  5. Urus wang dan belanja
  6. Bina aset
  7. Lindungi aset

Baca sampai habis ke?

Follow Channel Telegram t.me/AfyanIFP utk lagi tip-tip kewangan, bisnes dan kehidupan. PERCUMA.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
  Saya tercari-cari juga, mana satu mereka yang dulu maki…