fbpx

7 Tanda Anda Berpotensi Menjadi Hebat!

  • 2 years ago
  • 1Minute
  • 188Words
  • 316Views

Dipetik dari FB Wanie Liman

7 Tanda Anda Berpotensi Menjadi Hebat!

1. Anda suka bertanya soalan.
Kajian dari Havard mengatakan, pekerja yang suka bertanya didapati lebih kompeten berbanding dengan pekerja yang kurang bertanya.

2. Anda seorang yang “resourceful”
Saya tak pasti bagaimana nak terjemahkan perkataan “resourceful”. Ia digambar seseorang yang selalu mencetuskan sesuatu inovasi, bukan hanya menunggu. Mungkin hampir sama dengan proaktif.

3. Anda mampu menyelesaikan masalah secara semulajadi.
Menyelesaikan masalah boleh mencetuskan kreativiti seseorang dan ia salah satu tanda kebijaksanaan.

4. Anda selalu mencapai matlamat.
Jika anda seorang yang tidak pernah putus asa dalam mencapai sesuatu matlamat, maka anda mempunyai ciri seseorang yang berkualiti hebat.

5. Anda seorang yang “persistent”.
Dalam mencapai sesuatu matlamat dalam hidup, akan ada cabaran dan halangan. Orang yang “persistent” akan kekal fokus menghadapi segala cabaran tersebut.

6. Anda tidak melihat kegagalan (blind to failure)
Anda melihat kegagalan bukan sebagai kelemahan tapi sebagai proses pembelajaran untuk menjadi lebih hebat.

7. Anda bersedia berubah
Apabila anda bersedia untuk berubah sebagai sebahagian daripada proses untuk mencapai kejayaan, maka bersedia untuk menjadi lebih hebat.
*saya sedang dalam proses untuk menjadi Hebat itu..

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Geng forex menyangka orang lain seperti mereka, jenis shopping fatwa.…