fbpx

79% bisnes kecil bungkus akibat modal yang tidak mencukupi

  • 1 year ago
  • 2Minutes
  • 349Words
  • 380Views

Setuju 500 juta peratus dengan tulisan Pn Ainon Mohd ini.

Sebelum saya buat keputusan untuk menceburi bidang kewangan dan takaful secara sepenuh masa pada tahun 2010, saya pernah menceburi beberapa bidang perniagaan sejak grad tahun 2003.

Saya pernah membantu makcik berniaga bazar Ramadan, buka stall tepi jalan dan pasar malam.

Saya juga pernah berniaga supply buku dan alatan bantu mengajar ke sekolah-sekolah dan jabatan kerajaan.

Pernah juga berniaga dalam bidang printing. Pernah juga bisnes jual kad top up up, produk kesihatan dan sebagainya.

Ia berlaku sekitar tahun 2003 hingga 2010. Dalam masa sama juga saya jalankan bisnes takaful secara part time.

Semua bisnes-bisnes yang saya jalankan di atas memerlukan modal untuk produk dan logistik.

Nak kena beli barang atau bahan mentah. Kemudian perlukan logistik atau pejabat untuk simpan barang / produk atau bahan mentah. Lepas tu kena deliver kepada pelanggan.

Meniaga makanan, kalau tak laku, dah tak boleh buat apa selain sedekah atau buang. Jika produk fizikal, jika tak laku masih boleh lelong atau jual balik.

Yang paling kritikal ialah kos modal produk dan overhead. Pejabat ada kos bulanan yang perlu diselenggarakan.

Berniaga makanan dan produk, modal tunai akan sangkut apabila produk tak laku.

Berniaga dengan sekolah dan jabatan kerajaan, modal tunai sangkut apabila payment lambat.

Nekad fokus bidang kewangan

Akhir sekali saya nekad fokus dalam bisnes dalam bidang kewangan.. Bukan sebab ia mudah, tapi sebab tak perlukan modal besar dan tak libatkan risiko modal.

Waluapun bisnes takaful paling bajak rejection, paling susah nak close, paling payah cari prospek. Hahahaa!

Kos awal yang sangat minima. Kos exam tak sampai seratus. Kemudian kos produk memang tak ada langsung.

Kos yang banyak ialah kos pengangkutan dan komunikasi. Masa mula-mula jadi ejen, banyak pakai motosikal sahaja untuk jimatkan kos petrol. Pernah sekali daripada Gombak ke Putrajaya, tak perasan tangki petrol tunjukkan simbol E.

Masa saya mula-mula jadi ejen dulu, masih gunakan form manual. Jadi memang perlu bawa fail ke hulu ke hilir dalam beg bersama laptop untuk buat quotation. Sekarang hanya pakai phone sahaja, tak payah beli tablet atau iPad untuk buat quotation.

Ada yang berminat nak join? KLIK di sini

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Seharian hari ini dalam National Leaders Congress & BEN Congress.…