fbpx

90% Pemegang Polisi Insurans Under Insured? Kenyataan Lelaki Ini Akan Membuat Ejen Insurans & Takaful Sentap

  • 3 years ago
  • 3Minutes
  • 478Words
  • 463Views

Ini berita tahun lepas

“Hampir 90 peratus daripada rakyat Malaysia yang dilindungi insurans hayat, mempunyai perlindungan di bawah kadar sebenar”

Boleh rujuk di sini

Bayangkan, selepas berpuluh-puluh tahun wujud industri insurans di Malaysia, setahu saya sebelum Malaysia merdeka lagi syarikat insurans sudah wujud di Malaysia dan takaful pula sejak tahun 80-an, hanya 10% sahaja pemegang polisi insurans memiliki coverage yang mencukupi.

10%!!!!

Banyak ke sikit? Sikit beb!

Maknanya, kalau kita jumpa 10 orang yang cakap “saya dah ada polisi”, hanya seorang sahaja memiliki coverage yang mencukupi.

Ini bukan saya cakap, tapi Life Insurance Association Malaysia (LIAM) yang cakap.

Agak-agak kenapa berlaku begini?

Ini pandangan saya dan saya yakin, ejen-ejen takaful dan insuran mesti sentap.

Kalau tak nak sentap, boleh stop di sini pembacaan Tuan-Puan ejen.

*****

Ejen takaful insurans perlu lebih cermat

Tarik nafas, dan baca sambungannya.

Begini; sekian lama, yang mempromosi insurans dan takaful ialah ejen.

Ejen insurans dan takaful ini bersepah-sepah.

Malah, jika baling 10 biji batu ke pasar malam, 1 mesti kena ejen takaful / insurans atau bekas ejen. Tak percaya boleh cuba. Saya belum pernah. Hahaha

Walaupun bersepah ejen insurans takaful dan insurans di Malaysia, majoriti mereka tidak menjual produk yang sepatutnya kepada pelanggan.

Atas sebab itu majoriti pemegang polisi masih tidak cukup coverage sepatutnya.

Inilah jadinya apabila ejen promo insurans / takaful dan bandingkan dengan bank / ASB / Tabung Haji.

  • Promote insurans takaful – tapi cakap ada saving, ada investment.
  • Promote insurans takaful tapi buat comparison dengan bank dan ASB.
  • Promote insurans takaful – tapi beritahu kalau tak berlaku apa-apa boleh dapat balik duit.
  • Promote insurans takaful – tapi beritahu boleh guna untuk persaraan.
  • Promote takaful haji dan cakap ia lebih bagus dari menyimpan di Tabung Haji.

Walhal, insurans dan takaful adalah perbelanjaan bukan simpanan atau pelaburan.

Akhir sekali, 90% pelanggan polisi insurans dan takaful di bawah jumlah coverage sepatutnya.

Dal hal ini, pemain-pemain dalam industri insurans dan takaful bertanggungjawab ke atas statistik ini.

Nampak?

Boleh tak saya simpulkan bahawa, MAJORITI ejen takaful insurans tak buat kerja betul-betul? Buktinya MAJORITI polisi insurans dan takaful tidak cukup coverage.

****

Sebenarnya dari satu sudut, ia adalah peluang besar dalam industri takaful.

Apabila 9 daripada 10 pemegang polisi insurans dan takaful mempunyai coverage tidak mencukupi – bermakna peluang bisnes dalam bidang ini masih luas!

Walaupun ejen takaful dan insuran bersepah-sepah, tapi majoriti tidak menjalankan tugasan dengan betul dalam mempromosi produk takaful.

 

Inginkan sesi konsultansi bersama perunding INFAQ Consultancy tentang perkara ini? Isi borang di bawah:

 

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Hari ini, FB saya dihiasi dengan status-status berkaitan kisah tayar…