fbpx

90% Pemegang Polisi Insurans Under-Insured

  • 4 years ago
  • 2Minutes
  • 257Words
  • 484Views

Ini laporan daripada Berita Harian;

“KUALA LUMPUR: Hampir 90 peratus daripada rakyat Malaysia yang dilindungi insurans hayat, mempunyai perlindungan di bawah kadar sebenar, kata Pengerusi Jawatankuasa Promosi Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM), Ramzi Toubassy. “Pada 2015, kira-kira 50 peratus (lebih kurang 12.5 juta) daripada penduduk Malaysia mempunyai perlindungan insurans hayat tetapi hampir 90 peratus daripada mereka di bawah perlindungan sebenar, yang bermaksud perlindungan insurans mereka mungkin hanya satu atau dua kali pendapatan tahunan mereka,” katanya.

 

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/133134?m=1

Komen saya;

Daripada laporan di atas, ini bermakna:

1. Majoriti pemilik polisi insurans / takaful masih tidak cukup perlindungan kewangan menggunakan kedua-dua produk ini.

2. Siapa yang promote kepada pelanggan majoriti tersebut? Ejen.

Walaupun bersepah ejen insurans takaful dan insurans di Malaysia, majoriti mereka tidak menjual produk yang sepatutnya kepada pelanggan.

Atas sebab itu majoriti pemegang polisi masih tidak cukup coverage sepatutnya.

Ia sama dengan dapatan saya apabila mengendalikan program-program kewangan dan dalam sesi-sesi personal.

Majoriti mereka yang melanggan takaful mengatakan ejen cerita bahawa takaful untuk simpanan, takaful utk pelaburan, takaful untuk persaraan, takaful hybrid ada simpanan dan pelaburan, takaful 3 dalam 1, dan sebagainya.

Dengan statistik yang dikeluarkan ini, saya harap ejen-ejen takaful yang membaca status ini dapat fokus untuk memberi nasihat kepada pelanggan tentang fungsi sebenar takaful untuk protection, bukan simpanan atau pelaburan.

Masyarakat memerlukan kita untuk khidmat nasihat yang betul.

Itulah yang membezakan antara syarikat takaful, bank dan syarikat unit trust.

Bank untuk simpanan.

Syarikat unit trust untuk pelaburan.

Syarikat takaful untuk perlindungan kewangan.

Ketiga-tiga di dalam sektor yang sama.

 

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

 

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Dalam program Seminar Bijak Merancang Wang 2016 (Edisi KL) yang…