fbpx

Ada Apa Dengan Hibah Takaful (2)

  • 3 years ago
  • 2Minutes
  • 357Words
  • 469Views

Muncul pula cara mempromosi takaful dgn hibah dgn dakwaan dapat menyelesaikan masalah pembahagian pusaka selepas kematian.

Sejak 3-4 tahun lepas saya kritik dan tegur cara ejen-ejen takaful mempromosi medical card 3 dalam 1 kononnya ada saving dan pelaburan.

Ditambah pula ada yg membuat perbandingan medical card 3 dlm 1 dgn Tabung Haji, ASB dan akaun bank yg menunjukkan produk takaful mempunyai semua ciri yg ada pada TH, ASB, akaun bank malah siap dgn return 12% setahun. Malah ada yg dakwa medical card mereka boleh dpt 40% return.

Ia memberi persepsi kpd klien “cukup simpan di takaful, tak perlu buat simpanan lain”.

Saya tiada masalah dgn produk. Tapi saya nampak masalah besar dengan cara pemasaran.

Rentetan itu ramai ejen yg panas punggung menjadi haters saya kononnya saya memburukkan mereka dan ada yg mengugut utk melaporkan ke BNM.

Alhamdulillah sekarang sudah semakin jarang kelihatan cara promosi itu di FB.

Tapi akhir-akhir ini muncul pula cara pemasaran mempromosi takaful dgn hibah dgn dakwaan dapat menyelesaikan masalah pembahagian pusaka selepas kematian.

Mempromosi hibah takaful adalah bagus, tapi dakwaan bahawa hibah takaful menyelesaikan urusan pusaka adalah salah sama sekali.

Jika tidak kena gaya, ia boleh menimbulkan persepsi di kalangan pengguna bahawa ” cukup dgn hibah takaful utk menyelesaikan urusan pusaka dan tidak perlu lagi kpd instrumen pusaka lain seperti wasiat, hibah harta dll”.

Hibah adalah hadiah.

Hibah takaful pula ialah pemberian pampasan takaful kepada penama.

Selepas hibah, harta menjadi milik penerima hibah. Penerima hibah tidak ada kewajipan syarie untuk membayar hutang pemberi hibah. Contoh, suami buat hibah takaful kepada isteri dan berpesan sebelum mati untuk membayar hutangnya.

Sebagaimana tadi, saya tiada masalah dgn produk. Tapi saya nampak masalah besar dengan cara pemasaran jika tidak dibendung sedari awal.

Perkataan yg lebih tepat ialah hibah takaful MEMBANTU urusan pusaka, bukannya “menyelesaikan”.

Satu perkataan tapi memberi impak maksud dan tanggapan berbeza.

Kerana produk takaful adalah “harta” yg mempunyai penama dan kecairan yg tinggi berbanding harta pusaka lain

Takaful mempunyai kedudukan yg tersendiri dlm perancangan kewangan dan ia bukan pengganti kpd produk kewangan lain spt TH, ASB, unit trust, simpanan bank, wasiat, hibah harta dan lain-lain.

Ini teguran awal dari saya.

Topik ini juga antara kupasan di dalam modul Seminar Bijak Merancang Wang 2017.

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
"Anjing biasa makan tahi, jika tak makan mencium ada juga"…