fbpx

Ada Segelintir Penyokong Yang Bersikap Keterlaluan Dan Ekstremis.

  • 5 years ago
  • 2Minutes
  • 264Words
  • 310Views

Tidak dapat dinafikan, dalam kempen sokong produk Muslim, ada segelintir penyokong yang bersikap keterlaluan dan ekstremis.

  1. Menghina agama dan bangsa lain dengan gelaran-gelaran buruk,
  2. Menghina mana-mana komen dan status yang tidak bersetuju dengan cara kempen dibuat dengan gelaran mahacai, keldai DAP dan lain-lain,
  3. Memburuk-burukkan produk keluaran bukan Muslim,
  4. Bergembira apabila produk keluaran non-Muslim Muslim tidak laris, dll
  5. Menyamakan kempen BMF BMBF ini dengan kempen boikot produk non-Muslim.

Percayalah, cara sebegitu menjauhkan orang ramai daripada kempen murni ini.

Ia memberi back-fired balik kepada kita kemudiannya.

Malah ia digunakan oleh musuh-musuh yang iri hati kejayaan kempen ini untuk menunjukkan sisi buruk kempen.

Tak mustahil juga, ia juga cetusan musuh untuk memprovikasi kita.

Jadi, kita selaku Muslim yang mempromosi produk Muslim patutnya jalankan kempen ini dgn cara berhemah.

Usah terbawa-bawa sentimen politik kepartian dan kaum ke dalam kempen ini. Ia merentasi sempadan politik dan bangsa.

Contoh mudah, saya analogikan dengan dakwah mengajak manusia kepada Islam.

Ia perlu berhikmah. Memberi gelaran buruk kepada agama dan bangsa lain tidak mendekatkan diri dengan Islam.

Kata-kata yang baik akan mengajak mereka.

Contoh kedua, saya analogikan dengan aktiviti “marketing”. Apabila menjalankan “marketing”, kita menceritakan kelebihan produk kita tanpa perlu memburukkan produk orang lain.

Begitu juga dengan kempen #BMBF #BMF ini.

Kita ada produk yang bagus. Tapi cara kita ajak, tidak berapa kena.

Jadi, mohon rakan-rakan penyokong kempen “Buy Muslim Brand First” untuk gunakan kata-kata yang baik serta tunjukkan akhlak yang terpuji untuk mengajak lebih ramai sokong kempen ini.

Peace!

Afyan Mat Rawi
Admin Group FB PERSATUAN EKONOMI MUSLIM MALAYSIA – Jangan lupa join group ni

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Dari group PERSATUAN EKONOMI MUSLIM MALAYSIA Hari tu admin nampak banyak…