fbpx

Adakah ASB Financing masih releven untuk pelaburan tahun 2023?

  • 10 months ago
  • 3Minutes
  • 534Words
  • 1865Views

ASB Financing masih releven utk pelaburan tahun 2023?

Berdasarkan pengalaman saya secara personal memerhatikan naik turun ASB dan kadar untuk ASB Financing, selalunya ia seiring.

JIka kadar OPR naik, SELALUNYA keuntungan pengagihan pendapatan (selalu orang panggil dividen) ASB akan meningkat.

Jika OPR rendah, SELALUNYA dividen ASB juga rendah.

Kita lihat sejarah untuk 10 tahun ke belakang.

2017

OPR maksima: 3.00
Keuntungan ASB: 7.00 + 1.25

2018

OPR maksima: 3.25
Keuntungan ASB: 6.75 + 0.50

2019

OPR maksima: 3.25
Keuntungan ASB: 5.00 + 0.50

2020

OPR maksima: 2.75
Keuntungan ASB: 4.25 + 0.75

2021

OPR maksima: 1.75
Keuntungan ASB: 5.00

2022

OPR maksima: 2.75
Keuntungan ASB: Belum diumumkan

Saya buat semakan 10 tahun ke belakang pun sama

Contohnya pada tahun 2012,

OPR maksima: 3.00
Keuntungan ASB 7.75 + 1.15

20 tahun lepas?

Sori, dalam website Bank Negara Malaysia hanya ada rekod OPR daripada tahun 2004.

2004

OPR maksima: 2.70
Keuntungan ASB: 7.25 + 2.00

Berdasarkan rekod OPR tahun 2022, berlaku 4 kali kenaikan daripada 1.75 mata ke 2.75 mata.

Diharapkan juga tahun, pengagihan pendapatan ASB tahun ini lebih tinggi berbanding tahun sudah.

Untuk makluman, pengagihan pendapatan ASB pernah mencecah 10% sekitar tahun 1995 hingga 1997, ketika Datuk Sri Anwar Ibrahim menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Jadi, besar harapan saya agar ASB tahun 2023 tahun hadapan, ia akan melonjak lebih tinggi.

Jadi, menjawab persoalan “Adakah ASB Financing masih releven untuk pelaburan pada tahun 2023?”, jawapannya berganutng kepada beberapa perkara iaitu

  • 1. OPR
  • 2. Keuntungan ASB
  • 3. Strategi

Faktor pertama dan kedua adalah perkara di luar kawalan. Yang berada dalam kawalan kita adalan perkara ke-3 iaitu STRATEGI.

Strategi yang paling ampuh dalam melabur ASB Fianncing ialah:

  • 1. Bayar ansuran setiap bulan
  • 2. Janagn usik langsung duit keuntungan. Biarkan ia dan rolling setiap tahun untuk mendpapat keuntungan kompaun.

Secara personal, saya memamg tak melabur dalam ASB Financing, malah akaun ASB pun sudah lama tidak aktif.

Saya kongsikan info ini menjelang pengumuman pengagihan pendapatan ASB yang biasanya akan dibuat pada bulan Disember setiap tahun.

Isteri saya ada melabur dalam ASB Financing selepas mendapatkan pandangan saya beberapa tahun lepas. Saya berikan tip mudah di atas supaya maksimumkan keuntungan ASB Financing dan letakkan objektif jangka masa panjang.

Apabila OPR naik beberapa kali baru ni, beliau ada minta advise, saya katakan ia untuk jangka panjang. Jangan terminate jika tiada keperluan yang benar-benar-benar-benar terdesak. Fokus kembali kepada objektif asal ketika mula-mula melabur.

Dalam masa sama, saya kongsikan peluang jika ada yang berhasrat untuk melabur dalam ASB Financing bagi yang berhasrat.

Rate terkini 4.40% utk 50K ke atas dengan takaful. Jika tanpa takaful, RM50k ke atas 4.75%. Tempoh 40 tahun

Contoh ansuran tanpa takaful

  • 50k RM222
  • 100k RM444
  • 150k RM665
  • 200k RM887

Boleh klik link di sini

Baca dan faham sebulum isi borang maklumat di situ. Nanti partner saya akan hubungi.

Dalam link berkenaan juga ada kompilasi link-link artikel lain berkenaan ASB dan ASB Financing seperti

Baca juga artikel ASB lain di bawah

ASB Financing / ASB Loan Paling Rendah di Dunia! 4.40%, 40 Tahun (UPDATED 30 November 2022)

IKLAN : ASB Financing / ASB Loan Paling Rendah di Dunia!

Cekidaud!

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi



............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Komen ini datang daripada posting saya berkeenan perbankan Islam yang…