fbpx

Adakah BMF Gagal?

  • 3 years ago
  • 4Minutes
  • 683Words
  • 430Views

Sehari dua ni, ada segelintir yang mempersoalkan tentang BMF, susulan isu susu Farm Fresh.

Ada orang tanya, apa khabar BMF? Dah sejuk ke? Dah tak ada ke? Hangat-hangat tahi ayam je ni…

Soalan berbaur sindiran.

Saya hanya senyum sahaja. Nama pun kempen. Kempen memang la bermusim.

Mana ada kempen yang kekal lama dari dulu sampai sekarang?

Sebenarnya dalam mana-mana kempen dalam dunia pun, tak ada pun kempen yang selamanya wujud.

  • Kempen hapuskan PTPTN
  • Kempen hapuskan tol
  • Kempen beli buah-buah tempatan
  • Kempen jangan merokok
  • Kempen gaya hidup sihat
  • Kempen poligami
  • Kempen hudud
  • Kempen boikot barangan Israel
  • Kempen hapuskan sekolah venakular

Dan segala macam kempen atas muka bumi.

Ada masa ia dapat sambutan hangat, ada masa ia suam-suam suku.

Tak ada sebarang isu pun, sebab nama pun kempen.

Cuma yang bertanya memang dari dulu tak sokong pun BMF. Masa kempen BMF, hangat mereka bangkang. Jadi apabila kempen ini sejuk, mereka seronok sebab mereka rasa bangkangan mereka berhasil.

Walhal, itu memang lumrah.

Ambil contoh kempen makan buah-buahan tempatan, ada lagi ke sekarang? Masa kempen dahulu memang banyak tapi sekarang kempen itu dah sejuk. Walaupun sejuk dah sekarang, ramai usawan dsn peladang lahir daripada kempen itu suatu ketika dahulu.

Begitu juga kempen belilah barangan tempatan. Ia memang dah sejuk sekarang. Tapi dengan kempen itu, menggalakkan usahawan tempatan.

Kempen boikot produk Israel pun dah sejuk. Tapi kesan daripada kempen itu, beberapa syarikat berkenaan menurun jualannya.

Nak tau kempen itu berjaya atau tak, lihat perbezaan sebelum dan selepas kempen.

Ada juga kempen yang tak berjaya. Contoh kempen bahaya rokok.

 

Kejayaan kempen BMF

Alhamdulillah, dengan kempen BMF kita dapat lihat banyak bukti kejayaan kempen ini.

  • Jualan pasaraya Mydin meningkat,
  • PPIM berjaya tubuhkan Malakat Mall,
  • Ustaz Ebit Lew pun berjaya buka banyak cawangan kedai Elew Mart,
  • Ustaz Firdaus Wong pula berjaya buka banyak rangkaian Raudhah Grocer
  • Ramai pengguna Muslim kenal produk-produk nom-Muslim yang mengelirukan ornag Muslim.
  • Malah banyak produk-produk baru keluaran Muslim yg dikenali sekarang dan pelbagai lagi.

Ia sekarang dah jadi habit!!! BMF sudah jadi habit bagi penggiatnya.

Ada yang kata, BMF jadi tunggangan parti politik PAS dan Umno. Sekarang dah memerintah, jadi sejuk.

Saya setuju. Sama macam kempen mansuhkan tol, kempen mansuhkan PTPTN – ditunggang pula oleh PH. Masa memerintah pun sejuk.

Parti politik memang suka menunggang. Jadi ia tak ada bukan isu pun kpd BMF.

 

Kenapa tahun 2019 kempen BMF ini begitu hangat berbanding sekarang?

Sebab tahun ini tak menteri yang desak Zakir Naik keluar Malaysia, tak ada Menteri yang sokong ICERD, tak ada menteri yang cakap orang India di Malaysia didiskriminasikan, tak ada menteri yang sokong LTTE, tak ada menteri yang sokong LGBT, tak ada menteri yang pertikaikan tulisan jawi, tak ada menteri yang mulut celupar…

Dan BMF versi saya tak pernah menyeru kepada boikot. Jika ada BMF yang menyeru kepada boikot mana-mana barangan, atau berbaur rasis, kita tolak. Itu jenis pelampau dan wujud dalam mana-mana gerakan dan kumpulan.

Saya pernah kena remove sebagai admin kumpulan yang menyokong BMF lantaran pendekatan saya berbeza daripada mereka. Group mana? Cuba cari dan cek sendiri. Group yang paling popular dahulu. Saya kena remove ketika kempen ini sedang hangat. Ini pertama kali saya dedahkan kerana tak mahu rosakkan mood penyokong BMF ketika ia hangat dahulu.

BMF sekarang berada dalam fasa advance. Jika dahulu ia kempen membeli produk Muslim, sekarang ialah fasa meramaikan usahawan Muslim.

Kita mahukan lebih ramai lagi usahawan dari kalangan Muslim. Jika anda usahawan Muslim, kongsikan produk di ruangan komen. Tidak kira apa sahaja produk, asalkan halal.

Kempen BMF suam suku sekarang? Yes.

Kempen BMF gagal? No.

Apa pandangan anda? Adakah BMF gagal? Bagi saya tidak. Kita sekarang menuju ke BMF Advance atau BMF 2.0.

Boleh berikan komen. Saya sentiasa buka ruang komen untuk kalian berikan pandangan sekalipun berbeza dan takkan blok atau delete komen berbeza, kecuali akaun fake. Kalau posting di FB Aliff Ahmad III, hanya friend sahaja yang dapat komen. Tapi di FB ini, semua dapat komen, sekalipun haters.

Wallahua’lam.

Afyan Mat Rawi

 

Bekas Bapa BMF Kebangsaan (self claim)

Penulis buku Bijak Merancang Wang #BukuBMW

Klik BukuBMW utk belajar ilmu kewangan secara bermodul menggunakan buku Bijak Merancang Wang #BukuBMW

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
KUALA LUMPUR, 30 Jan - Orang ramai perlu berwaspada dan…