fbpx

Adakah Kita Seperti Ini

  • 4 years ago
  • 3Minutes
  • 391Words
  • 404Views

Deeeeeeeeeeeeeeppppp tak?

Dari Fb Raja Kamil

Kesian

1. Nak pemimpin bersih, tapi tipu pendapatan apply brim/bsh/bpn/bantuan dll

2. Nak ilmu mahal, tapi buat live free tak datang, lepas tu terhegeh2 tanya rakaman takde?

3. Nak kuih besar, inti penuh, bahan premium, hantar depan rumah on time, tapi bayar nak harga tepi jalan, cod free, lepas tu cakap “aku dah beli ni pun, bersyukur lah”

4. Nak pemipin zuhud, amanah, fatonah, kuat kerja tapi bila kau buat kenduri dia bagi kau rm10, mengata belakang, pemimpin kedekut.

5. Nak anak pandai, bijak, terbilang, tapi anak tak buat homework, left group kelas, kau tak pedulik, asalkan dia tak kacau kau buat kuih raya, main game dah ler.

6. nak belajar dengan sifu, otai, orang lama, bila caj murah, dia tak pakai kereta mahal, tak banyak gambar melancong obersi, kau tak nak pergi belajar dengan sifu tu, nak jugak pergi yang mahal, dah kena scam, loan overlaps, default sana sini baru nak sedar.

7. nak masuk “jannatul firdaus”, syurga paling tinggi, tapi perangai, amal macam ahli neraka jahannam. Tobat tak nak, sombong, quran kumpul habuk, ceramah agama lalu kat newsfeed “hide”

8. nak harga barang murah, harga rumah murah, harga kereta murah, tapi orang masuk minang anak dia, letak hantaran macam nak jual anak, konon “ingat anak aku anak patung ke”, pui…

9. kutuk drama melayu selalu acah2 anak orang kaya, megah holding bagai, tapi tengok cerita korea guna timeline anak orang kaya, anak raja, bangsawan takpe. Kunun oppa, saranghay, anjir..

10. nak anak soleh muslih hafiz hafizah ahlul jannah fisabilillah, tapi depan ana mencarut, cakap kotor, bukan henfon berejam, bukan quran jarang2, hafalan sejak dulu 3 qul je, tak pernah nak upgrade hafal surah lain, dambakan anak ahli syurga, tapi diri sendiri ahli bid’ah

11. satu jari aku tunjuk kat orang, konon2, kasi masyarakat sentap, tak sedar, 4 jari lagi tunjuk kat diri sendiri, bajet power dapat sentap orang lain, lupa hati manusia ni Allah boleh bolak balikkan je.
Hari ni aku solat, ibadat tunggang terbalik, esok lusa kalau Allah tak izin aku mati dalam iman, ruginya aku. Nauzubillah min zalik

Aku menulis untuk diri aku sendiri.
bukan kerana aku baik, tapi kerana aku selalu lupa dan bajet baik.

maaf andai terasa, bukan niat nak bagi hati luka,
tapi niat nak pintu hati terbuka, agar kita dapat berkumpul di syurga sana.

Allah terima lah kami

Raja Kamil
eSeminarBMW

Sumber dari Fb Afyan Mat Rawi
............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Dari Fb Shahir Zin II BETUL KE KALAU BELI KERETA…