fbpx

Adakah Polisi Investment-Link Adalah Pure-investment?

  • 2 years ago
  • 2Minutes
  • 195Words
  • 474Views

Tahukah anda, dalam mana-mana polisi takaful investment-link (takaful berkaitan pelaburan) akan ada klausa berikut dalam illustrasi yang perlu pelanggan semak sebelum tanda tangan?.

Klaus tersebut berbunyi:

THIS IS A TAKAFUL PRODUCT THAT IS TIED TO THE PERFORMANCE OF THE UNDERLYING ASSETS AND NOT A PURE INVESTMENT PRODUCT SUCH AS UNIT TRUSTS.

INI ADALAH PRODUK TAKAFUL YANG DIKAITKAN DENGAN PRESTASI ASET-ASET PENDASAR, DAN BUKANNYA PRODUK PELABURAN TULEN SEPERTI UNIT AMANAH.

Ia ditulis dengan huruf besar dan bold.

Saya sertakan kandungannya daripada beberapa illustrasi produk sebegini, daripada beberapa syarikat takaful.

Contoh 1

Contoh 2

Contoh 3

Contoh 4

Contoh 5

Contoh 6

Walaupun berbeza syarikat, berbeza produk tapi mempunyai DISCLAIMER yang sama.

Apa yang anda faham?

Suka saya kongsikan bahawa saya pun ada memasarkan dan melanggan produk sebegini dan faham maksud dan implikasinya, iaitu

1. Produk ini bukanlah pure-investment
2. Produk ini bukanlah seperti unit trust / unit amanah.

Jadi, adakah produk takaful sesuai untuk dijadikan sebagai pelaburan? Anda boleh buat kesimpulan sendiri.

Adakah anda melanggan produk sebegini? Jika ya, adakah ada sedar dan diberitahu tentang peruntukan ini ketika sign up?

Bank Negara Malaysia sendiri telah memberi peringatan bahawa takaful / insurans adalah untuk perlindungan, bukan untuk pelaburan dan simpanan

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
"Saya melanggan takaful dengan harapan tak perlu nak claim". Kenapa…