fbpx

Ahli Dewan Undangan Negeri / ADUN mudah dapat naik gaji waktu tengah ekonomi meleset?

  • 2 years ago
  • 3Minutes
  • 442Words
  • 230Views

Best kan kalau dapat jadi Ahli Dewan Undangan Negeri / ADUN? Mudah je dapat naik gaji waktu tengah ekonomi meleset macam ni 😁

Boleh dapat gaji banyak, elaun banyak. Masuk sidang DUN, hanya perlu pandai melalak sahaja

Usia muda dah boleh kumpul aset satu juta

Kalau dapat jadi menteri, tak payah lagi banyak boleh dapat.

Ingat senang ke nak jadi Menteri? Kalau dapat, memang untung banyak. Kalau dapat jadi Menteri Kanan, atau Perdana Menteri, lagi masyuuuk.

Kita tengok step by step, bagaimana untuk menjadi ADUN.

PERTAMA, kena join parti politik.

Tapi bukan sebarang parti. Kalau join parti pembangkang, memang jauh lagi nak lah! Kena aktif politik parti yang memerintah. Itu pun belum tentu memerintah selamanya.

Ada parti yang memerintah 60 tahun pun jatuh tergolek. Ada parti yang tak pernah-pernah memerintah.

Ada parti yang 22 bulan memerintah pun diruntuhkan dari dalam. Hahahah!

Jadi, memang kena pilih parti yang strategik supaya ada peluang. Sebab itu ada jenis ahli politik yang suka lompat parti. Sebabnya mudah, nak jaga periuk nasi.

KEDUA, kena aktif politik.

Join parti tapi tak aktif, memang tak ada harapan. Tapi tak cukup sekadar aktif. Kalau sekadar aktif peringkat cawangan, peringkat kawasan, peringkat bahagian, peringkat ranting – belum cukup.

Kena tonjolkan diri di peringkat nasional, baru ada peluang nama naik. Kalau dapat aktif di semua peringkat lagi bagus. Sebab ada kes, calon terpilih untuk bertanding parlimen oleh pimpinan atasan tapi tak diterima oleh ahli di peringkat bawahan. Dah jadi susah.

KETIGA, kena bertanding pilihanraya.

Join parti dan aktif, belum tentu layak dipilih bertanding mewakili parti. Takkan nak bertanding calon bebas?

Bukan senang woooo nak terpilih jadi calon. Ada beza bertanding di DUN atau Parlimen.

Nak terpilih jadi calon, memang nak kena lobi dari peringkat cawangan sampai ke peringkat nasional. Bab sini pun dah kena keluar modal banyak.

KE-4, kena menang pilihanraya tersebut!

Bertanding, belum tentu menang. Nak menang kena keluar modal banyak. Silap-silap kena rasuah pengundi.

Paling kurang kena tabur janji-janji manis dan manifesto yang boleh menarik perhatian pengundi.

Sampai step ini, baru boleh jadi wakil rakyat dan dapat elaun ADUN. Kalau kalah, kena start dari awal balik.

KE-5, selapas dah jadi ADUN, boleh cadangkan dalam Sidang DUN untuk tambahkan gaji.

Insya Allah ADUN lain pun akan sokong, walaupun ADUN pembangkang.

Dalam hal naik gaji ADUN, insya Allah semua adun kerajaan dan pembangkang akan bersatu hati.

Susah ke susah?

Kalau rasa susah, boleh cuba kerjaya lain. Nak jadi doktor, kena ada dgree medical. Nak jadi engineer, kena ada degree engineering. Nak jadi arkitek, kena ada degree architecture.

Ini alternatifnya: Jom jadi perunding kewangan bersama INFAQ Consultancy. Hoho!

Ada peluang untuk tambah pendapatan, bukan sahaja setiap tahun malah setiap bulan.

Amacam?

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended