fbpx

Akhirnya, ini pengumuman penting saya tentang pilihanraya

  • 1 year ago
  • 3Minutes
  • 427Words
  • 313Views

Imej adalah sekadar hiasan – sumber harakhdaily

Assalamualaikum rakan-rakan semua,

Berkali-kali saya gagahkan diri untuk menulis catatan maha penting ini menjelang PRU yang akan datang.

Hari penamaan calon semakin dekat, mahu tak mahu saya perlu lakukan pengumuman penting ini dengan segera bagi mengelakkan sebarang kontroversi di kemudian hari.

Agak berat juga untuk saya kongsikan perkara ini tapi lambat laun terpaksa umumkan juga. Jika saya tak umumkan di sini, ia akan diketahui juga.

Ia sebenarnya bermula dari tahun lalu lagi apabila saya menerima panggilan telefon dari salah seorang pemimpin tertinggi sebuah parti politik.

Beliau merupakan antara tokoh politik yang berwibawa dan merupakan salah seorang mentor saya.

Saya dimaklumkan oleh beliau bahawa nama saya naik di peringkat pemimpin tertinggi untuk dicalonkan sebagai calon pilihan raya akan datang.

Saya beristighfar berkali-kali malah mengucap panjang sebab terkejut besar. Saya bukanlah sesiapa dalam arena politik negara malah saya juga sudah agak jarang menghadiri aktiviti parti sejak sekian lama.

Saya maklumkan kepada mereka saya sudi untuk menyumbang kepada parti tapi bukan melalui jawatan parti apakah lagi berbanding pilihan raya.

Ia bukan passion saya. Saya boleh memberi sumbangan kepada parti, tetapi bukan melalui jalan politik kepartian.

Memandangkan ketika itu nama saya belum final, saya berdoa banyak-banyak agar nama saya akan digugurkan.

Dari tahun lepas saya berdoa agar nama saya digugurkan. Sehinggalah bulan lalu, saya dimaklumkan bahawa nama saya di antara top 3 di beberapa kawasan.

Sejak itu tidur malam saya tak lena, resah dan gelisah menunggu keputusan dan kemuncaknya semalam saya dimaklumkan secara rasmi melalui sepucuk surat dengan tanda tangan Presiden parti dan nama saya tercatat pada surat watikah tersebut.

Saya hanya mampu menarik nafas panjang untuk menerima perlantikan tersebut.

Ia bukan satu keputusan yang mudah malah ia adalah amanah yang maha berat untuk saya terima dengan suasana politik Malaysia hari ini yang masih tidak dapat dibebaskan dari cengkaman politik kepartian.

Dengan rendah diri, dengan ini mengumumkan akan menjadi calon Pilihanraya Umum yang akan datang demi untuk melihat Malaysia yang lebih cemerlang.

Saya harap dengan pengumuman ini diterima baik oleh semua rakan-rakan Facebook semua.

Jika ada sebarang teguran dan cadangan, saya amat alu-alukan. Antara harapan saya ialah saya dapat bebaskan diri dari cengkaman politik kepartian yang lebih banyak keburukan daripada kebaikan.

Mudah-mudahan keputusan ini dikira oleh Allah sebagai amalan saya untuk ke syurga kelak.

Sekian, terima kasih.

<Nama>

Calon <masukkan nama parlimen atau DUN>

Parti Cap Ayam

(Ini adalah CONTOH KARANGAN MESEJ yang boleh digunakan oleh mana-mana calon yang dipilih untuk bertanding pada pilihanraya akan datang. Hanya perlu edit bahagian nama dan kawasan bertanding)

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Saya baru tahu, boleh post kpd top fans sahaja atau…