fbpx

Amsterdam, Bandar Basikal

  • 5 years ago
  • 3Minutes
  • 483Words
  • 373Views

Belanda, negara kincir angin.

Amsterdam pula, bandar basikal.

Ya, bandar yang paling banyak basikal di atas muka bumi.

Rata-rata penduduk di sini menggunakan basikal untuk ke sana ke mari.

Di hotel pun menyediakan perkhidmatan sewa basikal, 20€ sehari. Asalnya tergerak juga untuk sewa, tapi mengenangkan 1€ bersamaan RM4.80, saya batalkan hasrat tersebut. Hahahaha

Nampak hensem basikal ni kan?

Mamat ni tengah duk mikir.

“Kalau sewa sehari 20€, convert duit Malaysia x 4.80 dah dekat-dekat RM100 sehari. Kalau sewa dua tiga hari, boleh beli sebiji basikal”. — di Amsterdam, Netherlands.

Tak berbaloi bayar dekat-dekat RM100 untuk sewa sehari basikal. Kalau sewa 2-3 hari, Kos yang sama boleh beli basikal dengan jumlah yang sama balik Malaysia nanti.

Rilek je Mamat ni naik basikal pakai baju pejabat.

Pak polisi. Depa naik motor, tak naik basikal.

Basikal di merata-rata. Siang malam pagi petang.

Ada nampak brek basikal ni?

Penduduk Amsterdam lebih suka menaiki basikal sebab ia lebih ekonomi, lebih menyihatkan dan mesra alam. Parking percuma. Tak perlu petrol. Tak mencemarkan alam.

Jika bawa kereta, semua parkir berbayar 5€ ke 7€ untuk satu jam. Jika sehari? Lu pikir la sendiri.

Model basikal di sini, jika di Malaysia ialah stail basikal tua. Jarang-jarang sekali jumpa basikal yang canggih-manggih.

Harga? Kata pemandu pelancong kami, basikal tu harganya sekitar 200€ maknanya jika convert duit Malaysia dekat-dekat RM1,000!!!!

Itu baru basikal jenis “basikal tua”. Kalau basikal yang canggih-manggih, harganya boleh mencecah 1,000€.

Wow!!!!

Geng Wakanda datang sini pun pakai basikal. Parking mahal.

Basikal macam ni harga dalam 300€. Cer convert duit Malaysia?

Jangan main-main dengan basikal tua macam ni. Harga convert duit Malaysia dekat-dekat seribu wooo..

Sekali sekala akan nampak basikal yang canggih cenggini. Harganya dekat seribu.

Seribu duit Euro, bukan RM!

Rilek je bawa basikal tak ada brek sambil main handset.

Budak hipster macam ni pun naik basikal jewww…

Nampak tak basikal tu? Kacakss kan?

Sejuk. Jadi kena pakai baju banyak lapis. Itu yang nampak agak berisi.

Syukurlah, Malaysia masih aman.

(Oh ya, saya ke Amsterdam secara percuma, dapat hadiah dari syarikat takaful. Ada yg berminat jalan-jalan percuma begini?

Isi borang di bawah..

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Dah tengok gambar-gambar saya di Amsterdam tadi? Oh, saya ke…