fbpx

Annualized Return As 28 Feb 2018

  • 4 years ago
  • 2Minutes
  • 332Words
  • 295Views

Dipetik dari FB Unit Trust Terbaik Malaysia

ANNUALIZED RETURN AS 28 FEB 2018

Setakat 31 Dec 2017, terdapat sebanyak 220 dana unit trust Patuh Shariah (Islamic Fund) yang merangkumi Equity, Balanced / Mixed Asset, Fixed Income (Bond & Money Market).

Prestasi terkini dana unit trust disusun Top 80 mengikut prestasi terbaik bagi tempoh 5 tahun (28 Feb 2013 – 28 Feb 2018). Data statistik ini diperolehi melalui Morningstar.

Annualized Return is year-over-year growth rate of an investment over a specified period of time atau dalam bahasa mudahnya adalah “Purata Pulangan Setahun” mengikut formula khas yang tertentu.

Sepuluh Dapatan daripada prestasi 5 tahun bagi data ini:

1) Terdapat hanya 1 dana yang mencatatkan prestasi purata melebihi 15% setahun iaitu Eastspring Dinasti Equity.
2) Terdapat 11 dana yang mencatatkan prestasi purata >10% setahun.
3) Terdapat 30 dana yang mencatatkan prestasi purata >7.5% setahun.
4) Daripada keseluruhan 36 syarikat unit trust, hanya 5 syarikat unit trust yang berjaya tempatkan dana mereka dalam Top 10. Wow, eastspring Investment ada 3 dana dalam Top 10.
5) Dana Equity terbaik setakat ini : Eastspring Dinasti Equity
6) Dana Balanced / Mixed Asset terbaik setakat ini : Dana Makmur Pheim
7) Dana Bond / Sukuk terbaik setakat ini : RHB Islamic Bond
8) Dana terbaik yang melabur dalam Malaysia sepenuhnya : PMB Shariah Aggresive.
9) Dana terbaik yang melabur di luar Malaysia : Eastspring Dinasti Equity
10) Dana yang boleh dilabur dengan KWSP (EPF Approved Fund) terbaik : Eastspring Dinasti Equity

Dalam membuat perancangan untuk pemilihan dana pelaburan, prestasi semasa ini BUKANlah SATU2nya perkara yang perlu dititik-beratkan oleh para pelabur.

Setiap pelaburan mempunyai risikonya. Sebaiknya para pelabur mengetahui Tahap Penerimaan Risiko masing2 sebelum melabur dalam sesuatu dana tertentu.

“Sharpe Ratio” yang mengambil kira (1) Prestasi dan (2) Risiko, adalah salah satu kaedah yang sangat baik dalam menentukan kualiti sesuatu dana seperti yang diringkaskan melalui article ini – disini

*Senarai ini hanya memaparkan Top 80. Terdapat 3 kemungkinan jika sesuatu dana itu tidak tersenarai dalam Top 80 ini:
1) Prestasinya berkedudukan antara 81-220, iaitu prestasi semasa secara puratanya <4.4% setahun bagi tempoh 5 tahun.
2) Sesuatu dana itu belum cukup umur (kurang daripada 5 tahun sejak ia dilancarkan)
3) Sesuatu dana itu tidai tersenarai dalam list Morningstar.

Catatan :
Mohd Rosyaidi
INFAQ Consultancy

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Seminar Bijak Merancang Wang edisi Utara di Sungai Petani. Gambar…